Thursday, 22 May 2014

Tomato Cherry Red - 17 April 2014

Assalamualaikum.

Kali terakhir The Gartner updatekan berkenaan Tomato Cherry Red ini adalah pada 24 April 2014, lebih kurang sebulan yang lepas (click here to read). Alhamdulillah, setelah beberapa lama menunggu, akhirnya The Gartner telah berjaya memetik beberapa biji tomato dari varieti ini pada 17 April 2014.

Setakat ini, The Gartner hanya dapat  paling banyak pun hanya 3 biji buah pada satu tangkai. Ada tangkai yang hanya menghasilkan satu buah sahaja. Banyak tangkai lain pula hanya menghasilkan tangkai sahaja.  My target is to get 7 fruits on a bunch tetapi semuanya beyond my control. Allah jua penentu segalanya.

Gambar di bawah ini menunjukkan mixture of cherry tomato yang The Gartner tanam. Alhamdulillah, dengan hujan yang turun hampir setiap hari di Kajang ini, kadar penghasilan buah juga semakin bertambah bagus.

Mixture of cherry tomatoes on vines, 17 April 2014
Tangkai yang paling banyak berbuah.
Tomato Cherry Red yang telah masak.
Walaupun begitu, ada juga buah tomato yang apabila The Gartner periksa, menunjukkan kesan disuntik oleh lalat buah. Sebelum ini, tak pernah pula The Gartner noticed yang adanya lalat buah di sekeliling. Beberapa biji buah terpaksa dibuang walaupun masih belum cukup masak memandangkan ianya pasti rosak juga later.

Currently, The Gartner masih mencari dan membaca tentang teknik yang paling sesuai untuk prevent serangan lalat buah. Insyaallah, The Gartner akan kongsikan apabila telah dicuba.

Buah tomato dengan kesan suntikan lalat buah.
Apart from that, The Gartner juga ada terjumpa buah yang terbelah tanpa sebab. This is not cracking atau splitting seperti yang pernah diceritakan dahulu (click here to read) kerana buahnya pecah dan basah. Terdapat 3 atau 4 ekor serangga tanpa sayap seperti lipas kecil yang menghurungi bahagian yang pecah. Ianya kelihatan seperti lipas yang kecil tetapi bukan anak lipas.

Bahagian tomato yang pecah dan membusuk.
Serangga seperti anak lipas pada buah tomato.
The Gartner managed to pluck a few tomatoes yang sudah betul-betul masak. Rasanya - sedikit masam dan lebih hampir kepada tomato bersaiz besar tetapi lebih padat. How to easily describe it - sedap, tetapi lebih sesuai untuk masakan. Nak makan terus pun boleh tetapi saiznya agak besar berbanding cherry tomato sebelum ini.

Cream of the crop untuk kali ini.
The Gartner juga ada petik some cherry tomatoes yang telah masak. Nampak sangat perbezaan yang ketara pada buah yang berwarna merah dan jingga. Selepas ini, The Gartner akan cuba untuk menanam semula varieti Yellow Pear untuk kali kedua. Harap-harap berjaya juga hendaknya.

My Cherry Tomato Harvest, 17 April 2014
That's all for now. The Gartner masih lagi compile gambar pokok tomato yang diserang penyakit layu. Until laters.

Thanks for reading. Gardening Rocks!

1 comment:

  1. Nak tanya pasal batang tomato cherry berbiji2 macam jeragat. Adakah itunpenyakit?
    Terimakasoh

    ReplyDelete