Showing posts with label Black Eyed Peas. Show all posts
Showing posts with label Black Eyed Peas. Show all posts

Monday, 12 May 2014

Lobak Putih & Black-Eyed Peas - 9 May 2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Lobak Putih yang The Gartner tanam sebelum ini membesar dengan baik. Dapat diperhatikan dalam tempoh lebih kurang 2 minggu, daun-daunnya semakin banyak dan juga bersaiz besar. Anak-anak siput masih lagi membaham daun-daun di bahagian bawah, tetapi the Gartner biarkan sahaja sebab masa yang boleh diluangkan di Backyard Garden sekarang sangatlah limited.

Lobak Putih, 24 April 2014
Lobak Putih,  9 May 2014
Kedua-dua pokok ini juga sudah mula menghasilkan lobak dan saiznya juga agak memuaskan. Mengikut apa yang The Gartner baca, lobak ini perlu dituai ketika masih muda supaya rasanya kurang pedas. Sebenarnya, The Gartner sendiri tak pernah makan lobak putih mentah so memang tak tahu rasanya macam mana. Lobak putih yang masin tu pernah laa makan tetapi kurang suka dengan rasanya. Hopefully yang ditanam sendiri ini lebih sedap. Hee.

Lobak Putih yang telah terbentuk di bahagian pangkal pokok.
Pokok Black-Eyed Peas yang berbuah buat pertama kalinya pada hujung bulan April sekali lagi berbunga dan berbuah. The Gartner rasa pokok ini sangat tahan lasak dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Walaupun hanya ditanam dalam bekas 5L dan selalu kekeringan, pokok ini tetap bertahan, mengeluarkan bunga dan berbuah. Alhamdulillah.

Black-Eyed Peas, 24 April 2014
Black-Eyed Peas, 9 May 2014
The Gartner perhatikan yang seed-pod kali ini muncul di bahagian atas pokok. Seed-pod yang sebelum ini muncul di bahagian bawah yang matang lebih awal. So, mungkin The Gartner akan biarkan dulu dan perhatikan sekiranya pokok ini boleh berbuah untuk batch yang ke-tiga.

Seed-pod batch ke-dua yang terbentuk pada pokok Black-Eyed Peas.
So, setakat ini sahaja buat kali ini. The Gartner akan sambung berkenaan pokok lain pula di post yang seterusnya.

Thanks for reading. Until laters. Gardening Rocks!

Thursday, 24 April 2014

Black-Eyed Peas - 24 April 2014

Assalamualaikum.

Hari ini The Gartner nak share gambar pokok Black-Eyed Peas yang sudah mula berbuah. The Gartner hanya tanam satu sahaja pokok ini sebagai percubaan. Mungkin boleh cuba tanam lebih banyak di masa akan datang sekiranya rasanya sedap.

Pokok ini mula berbunga around 6 April 2014 yang lepas dan The Gartner ada ceritakan dalam update yang lepas (click here to read).

Black-Eyed Peas, 6 April 2014
Black-Eyed Peas, 24 April 2014
Saiz pokok ini lebih kurang sama tinggi dengan pokok kacang panjang renek tetapi batangnya lebih keras dan ianya tumbuh secara menegak. Cabangnya juga tak banyak seperti pada pokok kacang panjang renek.
Gambar di bawah menunjukkan buah atau seed-pod yang ada pada pokok ini. Rasanya pokok ini lebih sesuai ditanam di dalam pasu yang diletak di atas tanah berbanding kacang panjang renek kerana buahnya yang tidak terlalu panjang sehingga mencecah tanah.

Seed-pod yang baru terbentuk.
Seed-pod yang sudah matang.
Gambar di bawah ini pula menunjukkan buah yang telah tua. Rasanya kacang-kacangnya masih boleh dimakan so I'm just going to keep these for later use. Nak tau sedap ke tak, rasanya The Gartner nak kena bagi The Baby makan dulu. Kalau dia suka, sedap laa tu. Hee.

Seed-pod yang terlebih matang.
Seed-pod yang terlebih-lebih-lebih matang.
So, that's all for now.

Sekiranya ada apa-apa pertanyaan, silakan.

Thanks for reading. Gardening Rocks!

Wednesday, 23 April 2014

Benih - Kangkung & Black-Eyed Peas

Assalamualaikum.

The Gartner masih dalam kesibukan bekerja dan masa juga agak limited untuk berkebun. However, I'm pushing myself to spend some time di Backyard Garden just to make sure everything is fine. The good news is all my cherry tomatoes are starting to fruit. Insyaallah, The Gartner akan update di kemudian hari disebabkan tiada peluang nak ambil gambar betul-betul.

OK. Pada kesempatan ini The Gartner cuma ingin berkongsikan gambar benih pokok kangkung yang sebelum ini pernah diceritakan dalam post terdahulu (click here to read).

Bahagian pada pokok kangkung yang menjadi biji benih.
Apabila telah kering, bahagian ini boleh dipetik dan dikopek untuk mendapatkan biji benihnya. Setiap bunga boleh menghasilkan 2 hingga 4 biji benih. Sekiranya dibiarkan, seed-pod ini akan luruh ke tanah dan biji benih akan terus berkembang di dalamnya. Apabila sudah bercambah, benih akan terkeluar dengan sendirinya dari seed-pod atau seed pod akan mereput terlebih dahulu.

Seed-pod kangkung yang telah dikeringkan.
Close-up view seed-pod kangkung.
The Gartner masih belum ada tempat yang sesuai untuk menanam kangkung lagi so kesemua biji benih disimpan dahulu. 

Biji benih dan juga seed-pod yang telah dikopek.
Biji benih kangkung yang sedia untuk disimpan.
Selain dari itu, pokok black-eyed peas sudah mula berbuah dan The Gartner sempat tuai sebiji yang sudah dimakan ulat. Gambar di bawah ini menunjukkan perbezaan benih yang telah kering dan juga benih yang baru dikeluarkan dari seed-podnya. Mungkin disebabkan bahagian hitam itulah ianya dipanggil black-eyed peas. Hahaa. Gambar kacangnya The Gartner akan sertakan dalam future posts.

Benih asal yang telah kering.
Kacang yang baru dikeluarkan dari seed-pod.
That's all for now. Thanks for reading.

Gardening Rocks!

Thursday, 10 April 2014

Backyard Garden Update - 6 April 2014

Assalamualaikum.

Sudah hampir sebulan The Gartner tak update apa-apa di blog disebabkan oleh beberapa sebab.

Firstly, disebabkan cuaca panas yang berpanjangan di Kajang sampaikan most of the plants layu memanjang dan The Gartner sendiri takut nak menyemai anak benih baru sebab nanti semuanya mati kekeringan.

Ke-dua, most of the plants di Backyard Garden still dalam proses pembesaran, banyak daun dan bunga sahaja, buah belum menonjolkan diri - so berehat sekejap and let them grow.

Third, The Baby dah pandai jalan. Bila dibawa ke balakang rumah saja, semua benda nak dipegangnya. Terbaring dalam longkang sudah dua kali - so The Gartner terpaksa limitkan masa dan cuma berkebun bila The Wife ada.

Ke-empat, sibuk dengan kerja yang semakin bertimbun-timbun. Last week audit ISO dan OHSAS telah dilalui dengan jayanya so sekarang sudah ada masa untuk put everything back into the blog.

Walaupun sibuk, The Gartner still spend time everyday menjenguk blog kawan-kawan as a silent reader. Memang dasyat, yang terrer sudah semakin terrer, yang beginner dah jadi terrer.

OK. Since hujan sudah mula turun and I'm back into the garden, let's share some stories.

Inilah pemandangan di Backyard Garden taken on 6 April 2014. Pokok yang sama sahaja cuma ada beberapa penambahan. The Gartner sempat buang rumput-rampai yang ada a few days before this jadi pemandangannya tidaklah terlalu menyakitkan mata. Sebelum ini memang semak.

The Backyard Garden, 6 April 2014
The Backyard Garden, 6 April 2014
Sayur-sayuran di raised bed membesar dengan jayanya semenjak hujan mula turun. Alhamdulillah. Setakat ini belum putus bekalan pak choy dari raised bed. Mungkin juga tak putus sebab The Gartner pun jarang petik dan suruh The Wife masakkan. Hahaa. Anyway, semuanya sihat dan segar.

Overview Raised Bed, 6 April 2014
Pak Choy, 6 April 2014
Kobis Cina yang The Gartner tanam sebelum ini, salah satu darinya membesar bagaikan juara. Memang seronok melihatkan kadar pembesarannya yang pantas. Tapi - tak nampak macam kobis pun. Memang Kobis Cina ke ni? Mana kobisnya? Saya pun blank. Daunnya mempunyai banyak bulu. From my experience, tak pernah lagi makan kobis berbulu. Aduii..

Kalau sesiapa ada info, mohon sedikit pencerahan sayur jenis apakah ini? Hee..

Kobis Cina?
Daun yang gemok-gemok dan berbulu-bulu.
Pokok Kacang Panjang Renek yang The Gartner tanam bersama-sama pokok tomato sebelum ini sudah mula berbunga dan berbuah. Actually, The Gartner sendiri tak makan sangat kacang panjang ni. So, The Gartner biarkan buahnya tua sedikit, kemudian picit keluar kacang-kacangnya dan masukkan dalam bubur The Baby. Kulitnya pula The Gartner potongkan kecil-kecil dan jadikan sebagai mulching.

Kacang Panjang Renek yang mula berbunga.
Kacang Panjang Renek yang sudah berbuah.
Pokok Black Eyed Peas yang tumbuh sebelum ini juga sudah mula berbunga. Hopefully by next week The Gartner boleh kongsikan gambar buahnya pula. Gambar benihnya pula ada di bawah. Kalau tersalah nama mintak tolong betulkan ye.

Black Eyed Peas, 6 April 2014
Bunga pada pokok Black Eyed Peas.
Benih pokok Black Eyed Peas.
Apart from that, The Gartner cabut keluar bawang putih yang ditanam di atas raised bed sebelum ini to make room for other plants. Dapatlah beberapa bulbs yang fresh. Bolehlah kalau dipotong kecil-kecil dan dimasukkan dalam masakan. Sweet potato yang ditanam dalam bekas styrofoam juga dicabut. The Gartner cuma dapat 3 ubi yang kecil. Hahaa. Nak makan pun tak sanggup.

Bawang Putih kecil-kecilan.
Sweet Potato kecil-kecilan.
Anyway, dalam bekas yang dah kosong itu The Gartner semaikan benih Lobak Putih. Alhamdulillah, lepas 2-3 hari sudah ada benih yang bercambah. 

Benih Lobak Putih yang sudah mula bercambah.
So, rasanya itu sahaja buat kali ini. Ada banyak lagi yang The Gartner nak share tapi simpankan dulu untuk kesempatan seterusnya.

Until later. Thanks for reading.

Gardening Rocks!

Sunday, 2 March 2014

My Tomatoes Update - 27 February 2014

Assalamualaikum.

This is apa yang tertinggal daripada pokok cherry tomato yang merimbun sebelum ini. Sebelum ini, The Gartner boleh dapat up around 6-8 biji tomato pada setiap tangkai namun begitu kadar penghasilan buah sudah semakin menurun. However, this week there's some positive indication yang productionnya semakin meningkat. 

Bunga tomato yang sebelum ini tumbuh hanya satu atau dua pada setiap tangkai sudah mula menampakkan perubahan. Pada tangkai-tangkai yang baru, tangkai-tangkai dengan 7-8 kuntum bunga sudah mula kelihatan. Hopefully most of it could set fruit despite this unforgiving weather.

Cherry Tomato, 27 February 2014
Bunga baru pada pokok cherry tomato.
Semasa observe tangkai-tangkai yang telah berbuah, ternampak seekor mealybug cuba menempatkan diri di Backyard Garden. Cepat-cepat The Gartner ambil dan penyetkan. Hee. So, kena perhatikan juga mealybugs ini so kalau ada infestation dapat dikawal dari peringkat awal.

Bunga cherry tomato pada tangkai baru.
Mealybugs mencuba untuk infest cherry tomato.
So, this is my Yellow Pear Cherry Tomato yang baru belajar berbunga. I'm hoping to see some fruits just to make sure it really is a Yellow Pear, bukannya cherry tomato jenis lain. Daripada review yang The Gartner baca, cherry tomato daripada jenis ini kurang sedap rasanya tetapi ditanam disebabkan bentuknya yang comel. However, ada juga yang sukakan rasanya dan different opinion diterima, mungkin kerana rasa buahnya dipengaruhi tanah dan juga cuaca di mana ianya ditanam.

Yellow Pear Cherry Tomato, 27 February 2014
Bunga pada pokok Yellow Pear Cherry Tomato.
Di dalam bekas semaian, anak anak Tomato Cherry XX semakin membesar. Ada dua tiga anak pokok yang nampak agak berpotensi untuk dipindahkan ke bekas yang lebih besar. The Gartner nak kena tunggu a few more days dan prepare bekas yang sepatutnya.

To my surprise, Sungold Cherry Tomato yang disemai untuk kali ke-tiga sudah mula bercambah. Ada 3 anak pokok yang muncul selepas The Gartner putus asa sudah. Haha. Alhamdulillah. Rezeki daripada Allah. 

Apart from that, ada satu pokok Black Eyed Peas daripada pek kacang yang The Gartner belikan untuk The Baby juga tumbuh. Asalnya, sebiji kacang jatuh ke lantai dan terbiar semalaman so bila The Gartner terjumpa esoknya, The Gartner cucukkan ke dalam tanah semaian Sungold disebabkan sudah frust. Tak sangka pula anak pokok kacang dan anak pokok tomato tumbuh serentak. Haha.

Tomato Cherry XX, 27 February 2014
Sungold Cherry Tomato, 27 February 2014
Anak pokok Tomato XX yang dipindah ke tanah pula semakin membesar bersama-sama kawan-kawan bendinya. Tapi, apa yang peliknya, anak tomato yang disembur dengan baja foliar macam terbantut pula dibandingkan dengan kawannya yang tak disembur. Mungkin juga disebabkan pokok yang lebih besar itu dipindahkan lebih awal 2-3 hari. I'm not really sure, mungkin juga baja foliarku sudah expired.

As for my Mini Cucumber, The Gartner rasa macam perlu abort disebabkan kadar pertumbuhan yang sangat tidak menggalakkan. Mungkin lepas ini The Gartner perlu cuba tanam di dalam container pula. Tempatnya di atas tanah pula mungkin to be taken over by my Red Cherry Tomato.

Anak Tomato XX in between pangkal pokok bendi.
Mini Cucumber yang tak menjadi.
So, that's all for now. Just to capture the progress of my beloved tomatoes. Haha.

OK. Thanks for reading. Gardening Rocks!