Monday, 24 February 2014

Backyard Garden Update - 23 February 2014

Assalamualaikum.

Kali ini The Gartner nak update what have been done di Backyard Garden over the weekend.

Pokok bendi yang tinggi menjulang sampai susah nak petik buahnya terpaksa dipangkas. Disebabkan kebanyakan pokok kurang daun selepas dicabut kerana powdery mildew, The Gartner decide untuk pangkas kesemuanya sekali dan biarkan tunas baru take over.

Sebelum ini semasa memangkas The Gartner gunakan gunting sahaja. Kali ini, terpaksa gunakan gergaji sebab batang pokok bendi sudah terlalu besar. Haha. Tapi guna gergaji besi, bukan gergaji kayu, sebab matanya lebih halus.

Bendi yang tinggi melampai.
Okra dan langit biru.
Di bawah ini adalah gambar pangkal pokok sebelum dan selepas dipangkas. Nampak lebih kemas, kan? Di setiap pangkal pokok ada beberapa tunas yang selepas ini The Gartner akan biarkan membesar. From my observation, 2 cabang sudah memadai bagi setiap pokok. Jika terlalu banyak akan menyebabkan produktiviti pokok menurun.

Pokok bendi sebelum dipangkas.
Pokok bendi selepas dipangkas.
Cuaca di Backyard Garden pada pagi Ahad sangat nice. Semasa perhatikan pokok tomato, The Gartner noticed yang pokok paling kanan sudah terkena cahaya matahari pagi tetapi the other two belum lagi. Observing the arrangement, pokok yang paling akhir menerima cahaya matahari is the smallest.

So, terus The Gartner ubah kesemuanya ke bahagian tepi so tempoh cahaya matahari dipanjangkan lagi. Mengikut pengiraan The Gartner, pokok yang paling kanan menerima cahaya matahari lebih 2 jam awal daripada pokok lain. Hopefully lepas ni pokok-pokok tomato ini membesar dengan jayanya.

I think there must be something about the effect of the morning sun yang kita masih kurang faham. Hmm..mungkin perlu study on this lebih lagi selepas ini.

Tomato - Susunan sebelum.
Tomato - Susunan selepas.
Serai wangi yang dipotong habis sebelum ini sudah mula tumbuh kembali. Dalam masa 2 bulan lebih sahaja, saiznya sudah agak besar. Disebabkan lokasi tersebut ingin digunakan untuk meletak tong styrofoam berisi pokok tomato, The Gartner terpaksa potong kesemuanya sekali lagi.

Serai Wangi, 7 December 2013
Serai Wangi, 23 February 2014
Di dalam bekas 5L ini The Gartner semaikan benih Tomato Cherry Red dan juga satu lagi benih tomato yang bersaiz sedikit besar tetapi kurang pasti namanya. Sekarang ini The Gartner ingin fokuskan pada tomato dan cuba tanamkan seberapa banyak varieti yang boleh. The Gartner juga ada satu anak pokok tomato dari jenis Yellow Pear yang terlupa nak diambil gambarnya.

Tomato Cherry Red, 24 February 2014
Tomato Cherry XX, 24 February 2014
Tomato besar yang dinanti-nantikan ranumnya tiba-tiba cracking pula. Terpaksalah The Gartner petik walaupun masih hijau. Saiznya agak kecil dan masih keras.

Tomato yang sudah cracking.
Kesan cracking yang agak ketara.
Apart from that, The Gartner juga ada noticed yang one of the cherry tomato ada kesan pelik pada kulitnya. Rupa-rupanya kesan gigitan probably oleh tikus atau tupai disebabkan buah yang agak rendah dengan tanah. Sebiji buah di sebelahnya sudah hadis ditebuk sebelum ini. Mungkin buah ini sedikit liat semasa digigit jadi ia tidak pecah. Apabila sudah ranum, barulah kesan gigitan nampak ketara pada kulit buah. Haha.

Kesan gigitan pada buah cherry tomato.
Di halaman depan rumah pula, pokok kangkung yang telah lama ditanam mula mengeluarkan struktur yang pelik seperti kudup bunga di bahagian bawahnya. Adakah ini bahagian dimana terhasilnya benih kangkung? Feel free to comment sekiranya ada jawapan.

Kangkung di halaman depan rumah.
Struktur seperti kudup bunga pada bahagian bawah.
So, these are the photos of Backyard Garden before and after dikemas on the weekend. Nampak lebih kemas selepas pokok bendi dan ulam raja dipotong habis-habisan.

Backyard Garden, Pagi, 23 February 2014
Backyard Garden, Petang, 23 February 2014
Backyard Garden, Pagi, 23 February 2014
Backyard Garden, Petang, 23 February 2014
So, this is my harvest for the weekend. Kali ini tak banyak sebab tiada bendi sebagai filler. Haha.

My Harvest - 23 February 2014
That's all for now. Until later.

Thanks for reading. Gardening Rocks!

8 comments:

  1. Replies
    1. Nampak macam ya..tapi belum cuba korek lagi tengok ada apa kat dalam..

      Delete
  2. nanti keluar bunga mcm morning glory samaada putih atau purple.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..thanks for the info..sekarang tunggu dia keluar bunga dulu..

      Delete
  3. Rasanya kankung tu akan keluar bungga.. lepas bunga akan membentuk biji benih.. tapi kiter lihat nanti aper akan jadi.. Gudluck for tomato xx... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM..thanks..harap-harap tak perlu dicabut..hahaa..

      Delete
  4. Bunga keluar kemudian seed pod akan muncul.
    Ada space tu nak bela burung puyuh boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukang Kebun, thanks for info..niat di hati memang ada..harap-harap kesampaian juga nanti..

      Delete