Tuesday 17 June 2014

Cherry Tomato - Layu Tanpa Sebab

Assalamualaikum.

The Gartner pernah ceritakan sebelum ini yang beberapa pokok cherry tomato di Backyard Garden diserang penyakit layu. So, kali ini The Gartner nak share some photos of the plants yang layu tanpa sebab.

Daripada apa yang The Gartner perhatikan, terdapat dua sebab mengapa pokok ini menjadi layu. Sebab pertama adalah berlakunya reput akar dan yang keduanya adalah akibat serangan bakteria (fusarium wilt/verticulum wilt). 

Reput akar selalunya disebabkan oleh saliran tanah yang kurang baik menyebabkan akar terendam di dalam air dan tidak boleh bernafas. Lama-kelamaan, akar akan mati dan bekalan air tidak dapat dihantar ke bahagian daun lalu menyebabkan tumbuhan menjadi layu. Akar yang terendam akan menggunakan sumber oksigen yang ada di sekelilingnya sehingga habis. Ini menyebabkan kawasan sekitar akar akan menjadi persekitaran tanpa oksigen dan mengaktifkan bakteria jenis anaerobic. Dari apa yang The Gartner belajar, most of beneficial bacteria in the soil adalah dari jenis aerobic ataupun hanya hidup dalam keadaan persekitaran beroksigen. Bakteria perosak pula adalah dari jenis anaerobic yang hidup dalam persekitaran tanpa oksigen.

Pokok tomato yang layu secara tiba-tiba.
Reput akar akan menyebabkan pokok layu secara perlahan-lahan. Serangan bakteria layu pula menyebabkan pokok layu secara tiba-tiba. Contohnya seperti di dalam gambar di atas, hanya satu pokok layu sedangkan pokok lain dalam keadaan baik. Pokok ini juga layu walaupun sedang rancak berbuah. As a result, semuanya terpaksa dibuang untuk mengelakkan serangan melarat ke pokok lain.

Tangkai berbuah yang layu.
Tangkai berbuah yang terpaksa dibuang.
Gambar di bawah pula menunjukkan pokok yang layu secara tiba-tiba semasa berbunga. Simptom serangan layu bakteria ini adalah pokok akan layu part by part. Apa yang The Gartner pernah lalui adalah pokok layu di dahan sebelah kanan, keesokkan harinya, dahan di sebelah kiri pula yang layu.

Layu walaupun pokok lain segar.
The Gartner juga check on the roots of the plants yang layu secara tiba-tiba ini. There's nothing wrong with it. Semuanya dalam keadaan baik. Cuma ada unjuran-unjuran pelik pada bahagian akar yang baru keluar pada pangkal pokok. Tak tahu lah apa ke benda ni..

Akar pokok cherry tomato yang layu tanpa sebab.
Akar pada pokok cherry tomato dengan unjuran pelik pada bahagian pangkal.
Di bawah ini The Gartner kongsikan gambar akar pokok cherry tomato yang reput akar. Nampak perbezaannya tak?

Akar pokok cherry tomato yang reput akarnya.

So, apa yang boleh dilakukan sekiranya pokok diserang penyakit layu bakteria ini? 

Sekiranya pokok diserang penyakit ini, cepat-cepat buang dan musnahkan, jangan digunakan sebagai mulching atau dimasukkan ke dalam tong kompos.

Daripada apa yang The Gartner baca, apa yang boleh dibuat adalah tanam tumbuhan yang varietinya tahan serangan bakteria ini ataupun amalakan crop rotation - tanam tumbuhan jenis lain pada tempat yang sama, jangan tanam tumbuhan yang sama jenis on the same spot.

Selain daripada itu, baca doa banyak-banyak agar dielakkan pokok dari diserang penyakit sebegini. The Gartner sedikit kecewa bila pokok yang tengah berbuah tiba-tiba layu, tetapi bila diingatkan, no pain no gain, kalau tak berjumpa macam mana nak kenal, kalau tak belajar macam mana nak pandai, so The Gartner terima seadanya dengan hati terbuka. 

That's all for now. Thanks for reading. Gardening Rocks!

10 comments:

  1. Salam Tarique,

    Mungkin cuaca terlalu panas lately sebab tu pokoknya layu. Sama lah macam pokok bunga telang dan pokok kaduk I. Kedua-duanya layu musim panas ni.

    ReplyDelete
  2. Salam Honey,

    Actually ni gambar lama..bulan lepas punya..pokok tomato ni layu walaupun hujan setiap hari..

    ReplyDelete
  3. saya ada baca dan tgk dalam u-tube ada sorang gardener ni bagi tau,masa kita tanam tomato kene make sure kita create disease barrier pada pokok tomato. Disease barrier yg dia cakap,masa pokok dah sturdy kene potong daun bahagian bawah untuk galak air curculation dan jugak elakkan semasa watering the plant,air yang jatuh ke tanah melantun balik ke daun. sbb menurut gardener tu,benda tu boleh galakkan pertumbuhan bakteria sbb keadaan lembap dan pokok mati.

    just nak share, happy garden en.tarique. :)

    ReplyDelete
  4. Pokok En The Gartner ni maybe dah diserang penyakit kulat yang diakibatkan oleh Fusarium

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess..agree..serangan fusarium wilt ini memang sangat menyayat hati.

      Delete
  5. saya punya pokok tomato pun jadi benda yang sama...dah masuk pokok yg ketiga...tak tau nak buat apa dah...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. Sy pun ade mslh tetiba pokok tomato san marzano sy yg baru nk brbunga tetiba jd layu.. Sayang pulak nk dibuang sbb sgt menantikan dia berbuah sulung.. Sy x pakai medium tanah tp sy guna sistem hidroponik. Sesuai x guna sistem hidroponik utk tanam tomato?

    ReplyDelete
  7. Terimakasih infonya...pokok tomato saya dah berbuah tapi layu walau tak pernah kekeringan.agaknya medium tanaman tak cukup pasir kot...sebab tanah jafi mampat

    ReplyDelete
  8. Pokok tomato sy pn jd yg sama...masa kecik ok je...bila sampai tahap akn berbunga baru jd....sy ada 3 pokok...1 dh mati..tinggal lagi 2...dn sy lihat spt akn jd sama jgk spt yg dh mati tu....batang yg hujung ditanah tu spt layu..spt yg dikatan reput akar....xde cara ke...mcm mn xnk kasi mati...sedih rasanya...tanam dh berbulan2 klu mati...

    ReplyDelete
  9. Wahhhh, terima kasih dengan info yang bermanfaat ini. Terjawab sudah persoalan.

    ReplyDelete