Thursday 14 August 2014

Wild Capsicum - 9 August 2014

Assalamualaikum.
 
Pada kesempatan kali ini, The Gartner ingin ceritakan tentang pokok Wild Capsicum yang pernah diceritakan sebelum ini. Setelah lebih kurang seminggu, buah-buah yang terbentuk sebelum ini mula membesar. Alhamdulillah.

The Gartner cuma tanam pokok ini sebanyak 3 pokok sahaja sekadar untuk percubaan. Pada pokok yang pertama ini, buahnya muncul lebih awal daripada pokok-pokok yang lain. Saiz buahnya agak tidak sekata dan ianya terbentuk dalam bentuk kelompok. Ianya berbeza dengan pokok cili biasa dimana buahnya terbentuk secara single.

Wild Capsicum, 9 August 2014
Pada pokok yang kedua ini, buahnya lebih cantik daripada pada pokok pertama. Cili seperti ini juga dipanggil dengan nama Cili Jambak. Terdapat pelbagai jenis varieti dan apa yang The Gartner tanam ini is on of it. Ada varieti yang berwarna merah dan juga yang berbentuk lebih runcing.

Wild Capsicum, 9 August 2014
Salah satu cabaran yang The Gartner hadapi dalam menanam Wild Capsicum ini adalah penyakit layu bakteria yang masih bersisa di dalam bekas yang menempatkan cherry tomato sebelum ini.  Dapat diperhatikan yang hanya satu pokok layu walaupun tanah dalam keadaan basah. Pokok berdekatan pula dalam keadaan segar. However, pokok yang layu itu kemudiannya segar semula dan pokok pertama di hadapannya pula layu sampai The Gartner terpaksa cabut. Hahaa.

Wild Capsicum yang diserang penyakit layu bakteria.
Hopefully, pokok yang masih ada boleh bertahan sehingga buahnya matang. Buah separa masak pada pokok yang The Gartner cabut itu The Gartner suruh The Wife cuba. Katanya, tahap kepedasannya agak rendah. The Gartner teringin sangat nak tengok buahnya yang kononnya berwarna jingga garang seperti yang terpampang di pek benihnya di bawah ini. Hahaa.

Pek benih Wild Capsicum.
So, sekarang The Gartner just wait and see. Bila buahnya dah masak nanti The Gartner akan updatekan lagi. Insyaallah.

Note: I misplaced my camera. Jadi terpaksa ambil gambar gunakan handphone. Terambil pula gambar secara menegak. Rasa sedikit awkward sebab selalunya gambar melintang. One of the reason kurang bersemangat nak post entry for this week. Hahaa.

Just a short one for today. Thanks for reading. Until laters.

Gardening Rocks!

9 comments:

  1. Salam Tarique,

    Rasanya sama macam capsicum ke atau pedas macam cili padi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Honey,

      Rasanya lebih pedas daripada capsicum tapi tak sepedas cili padi..nak kena cuba bila dah masak pula lepas ni..mungkin rasanya berbeza..

      Delete
  2. macam bunga jadinya nnt kalau sudah berwarna jingga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..macam bunga..sejambak berwarna jingga..

      Delete
  3. tanam cili ni susah skit... dulu tanam asyik kena sakit saja. tapi kalau cili burung kampung tu alhamdulillah .... kuat dan tahan serangan penyakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Chik Att,

      Yes..saya setuju..cili burung memang mudah ditanam dan tahan penyakit..cili seperti Wild Capsicum ini saya rasa lebih kepada tumbuhan hiasan..

      Delete
  4. Assalamualaikum...seed tu beli kat mna ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Bella,

      Saya beli di kedai 2 Ringgit..cuma kadang-kadang ada..kadang-kadang tak ada..

      Delete
    2. Sy penah beli.tp malangnya tk hidup.Taniah Encik bjaya tanam..:-)

      Delete