Tuesday 5 August 2014

Backyard Garden Update - 3 August 2014

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua. Maaf Zahir dan Batin dari team Backyard Gartner.

The Gartner pulang semula ke Kajang pada hari Jumaat lepas. Sampai saja ke rumah, terus ke belakang to check on my plants selelepas ditinggalkan selama seminggu tanpa penjaga. Alhamdulillah, self-watering system dengan timer berfungsi dengan baik. Tiada pokok yang mati kecuali yang The Gartner biarkan tanpa supply pipe. Banyak lagi yang perlu dibuat to improve the system kalau betul-betul nak jadikannya berfungsi dengan sempurna. I'll talk about this in my future post. Inilah overview Backyard Garden on Sunday, 3 August 2014.

Backyard Garden, 3 August 2014
Backyard Garden, 3 August 2014
Pokok-pokok di bahagian raised bed juga terus membesar dengan bersemangatnya. Tiada pokok yang mati especially anak pokok yang diletakkan di bawah mini-sprinkler. Selepas seminggu ditinggalkan, nampak macam semuanya semakin bertambah gemuk. Alhamdulillah. Daun Kunyit pula semakin membesar sehingga menghalang cahaya matahari ke bahagian yang ditanam dengan Sawi dan Pak Choy.

Pokok di bahagian raised bed dalam keadaan baik.
Mini Cucumber tumbuh dengan jayanya sampai menjalar tanpa haluan. Tapi, buah yang lekat cuma sebiji sahaja. Saiznya juga bukan lagi bersaiz mini disebabkan terlajak hari. So, The Gartner akan biarkan sahaja sampai ianya tua dan jadikan benih. Lepas ni boleh tanam banyak-banyak lagi. 

The Gartner agak pelik bila melihatkan daun-daun Mini Cucumber yang tak terjejas walaupun tak disiram seperti selalu. Selepas diperiksa, rupa-rupanya akar pokok sudah menembusi bekas menanam dan akarnya sudah menjalar merata-rata. Patutlaa steady saja walaupun panas terik berpanjangan.

Mini Cucumber, 3 August 2014
Di bawah ini adalah pokok Wild Capsicum (seperti yang tertulis di paket benihnya). Tengok sahaja pokok ini terus The Gartner notice yang ianya sudah mula mengeluarkan buah. Alhamdulillah. Pokok ini ditanam pada awal bulan June dan selepas 2 bulan ianya mula berbuah. Mengikut gambar pada paket benihnya, buah yang terbentuk akan berwarna jingga dan keluar dalam bentuk sejambak.

Wild Capsicum, 3 August 2014
Gambar di bawah adalah buah dan bunga Wild Capsicum yang terbentuk. So, sekarang ni The Gartner just tunggu dan lihat macam mana bentuk buahnya nanti. From my observation, pada pokok cili, selalunya aphid akan mula menyerang pokok apabila putik bunga mula terbentuk. However, for this plant, tiada aphid yang kelihatan. Yang ada hanyalah white fly yang bertelur pada bahagian bawah daunnya. Hopefully pokok ini tidak mempunyai masalah yang sama seperti pokok cili.

Buah yang terbentuk pada pokok Wild Capsicum.
Bunga pada pokok Wild Capsicum.
Pokok Ubi kentang yang pernah The Gartner ceritakan sebelum ini semakin membesar. Tanah di dalam bekasnya juga The Gartner sudah tambahkan supaya ubi-ubinya dapat terbentuk dengan banyak. The Gartner bercadang untuk tambahkan lagi tanah ke dalam bekas ini sehingga penuh but I need to wait a little bit more. Sekarang ini ketinggian pokok ini hampir menyamai paras pinggang The Gartner. Hopefully ianya terus membesar and produce a lot of potatoes. Aamiinnn...

Potato, 13 July 2014
Potato, 3 August 2014
Semasa membelek-belek kesemua pokok yang ada, the Gartner ternampak mealy bugs seperti di dalam gambar di bawah. Ianya mula menyerang pokok Ulam Raja yang tumbuh sendiri (mungkin Ulam Raja..tak pasti..) dan mula membiak. Cepat-cepat The Gartner musnahkan kesemuanya dengan cucuk each one of them dengan kayu. Hahaa.. Bagi The Gartner, for minor infestation macam ni, it is better to hand-pick the pests daripada menggunakan semburan. Lebih pantas dan berkesan.

Mealy bugs pada pokok Ulam raja.
Koloni mealy bugs - ada yang kecil, ada yang besar.
Salah satu pokok yang terjejas disebabkan kurang penjagaan minggu lepas adalah Mulberry di dalam bekas ini. Daun di bahagian bawah menjadi kering dan gugur. Ada juga batang muda yang terus kering disebabkan cuaca yang panas dan kering. Anyway, most of them segar semula selepas disiram. Umur pokok Mulberry ini sudah melebihi 2 bulan dan The Gartner akan pindahkannya ke dalam polybeg untuk dijual.

Mulberry, 3 August 2014
That's all for now. More updates later.

Info: The Gartner sekarang dalam proses menyediakan anak-anak pokok untuk dijual secara live. Anak-anak pokok yang akan dijual adalah dari jenis yang boleh digunakan di dapur dan ianya dijual pada reduced-price. This is just one of my effort in making home-gardening and food-growing easier for others. The Gartner akan updatekan lokasinya later. Jualan secara online masih dalam pertimbangan memandangkan masa yang agak terhad untuk kerja-kerja menguruskannya. Your support is highly appreciated.

Thanks for reading. Gardening Rocks!

4 comments:

  1. suburnya pokok2 kt sini..teruja melihatnya.
    camana nak buat teknik self watering tu yer..leh share tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi cucubulat,

      Insyaallah, saya akan sharekan pada minggu hadapan..tak sempat nak ambil gambar parts-parts yang terlibat..weekend ni baru ada masa sikit..hee..

      Delete
  2. Salam Tarique,

    Selamat hari raya! Allah, jelesnya tengok pokok dia sebab ada self-watering system tu! Mine pulak suruh anak jiran yang tolong siram so bagi lah upah sikit. Sekarang I baru semai benih bayam, sawi, terung and salad. Tapi nampaknya bayam merah tu yang beriya-iya tumbuh bagai juara. Musim panas sekarang kena kawal penerimaan air if not habis lah. Macam I, balik dah kul 7pm so dah malas nak buat kerja-kerja di luar tu. Since my Mom is here, she's my assistant lah hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Honey,

      Selamat Hari Raya! Nanti saya share macam mana nak set up system ni..tak susah sangat pun..saya terpaksa buat sebab tak ada anak jiran nak diupah..hahaa..

      Delete