Thursday 28 August 2014

Backyard Garden Update - 26 August 2014

Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ini, The Gartner agak sibuk sampai tak sempat nak updatekan apa yang berlaku di Backyard Garden secara keseluruhan. Bila di pejabat, sibuk dengan urusan kerja. Bila di rumah pula, asyik melayan The Baby yang semakin lincah berlari ke sana sini. Ditambah lagi dengan penyediaan anak pokok untuk jualan live, masa yang ada menjadi sangat limited. Anyway, there will always be some time for everything.

Di bawah ini adalah overview Backyard Garden pada 26 August 2014. Currently, tak banyak yang The Gartner tanam untuk kegunaan sendiri disebabkan more focus diberi untuk jualan live. InsyaAllah, dalam satu atau dua minggu lagi, proses menyemai dan tanam semula akan dibuat. 

Backyard Garden, 26 August 2014
Backyard Garden, 26 August 2014
Kawasan raised bed pula masih dalam keadaan yang sama except for Kangkung yang semakin meriah tumbuhnya sebab tak pernah dikerat. Sawi yang ditanam pula agak terbantut sehinggakan The Gartner rasa macam nak tuai kesemuanya sekali. Pokok Cherry Tomato di dalam bekas tong styrofoam pula semakin besar dan terus berbunga walaupun tumbuhnya condong. However, sampai sekarang belum ada tanda-tanda akan berbuah. The Gartner semakin hilang sabar. Hee. Kalau tak berbuah juga, memang kena cabutlah hujung minggu ni.

Raised Bed, 26 August 2014
Containers, 26 August 2014
Pokok Ubi Kentang yang menghijau sebelum ini tiba-tiba bertukar kuning. Ada sebahagiannya yang mati dengan sendiri so The Gartner ambil keputusan untuk cabut kesemuanya sekali to see adakah ubinya telah terbentuk. Setelah dikorek dan dituang keluar kesemua tanahnya, yang ada hanyalah akar dan cacing-cacing. No potatoes. Maka, dengan ini, secara rasminya, percubaan menanam Ubi Kentang untuk kali kedua diisytiharkan gagal. Kena cuba lagi next time.

Ubi Kentang, 26 August 2014
Wild Capsicum pula semakin hari semakin sihat. Alhamdulillah. Buah yang terbentuk sebelum ini semakin membesar dan masih belum masak ranum. Pada masa yang sama, di tangkai-tangkai lainnya, bunga dan buah-buah kecil mula terbentuk.

Wild Capsicum, 26 August 2014
Wild Capsicum yang masih belum masak ranum.
The Gartner agak happy melihatpertumbuhan pokok ini. Cuma yang menjadi masalahnya adalah serangan penyakit yang kadangkala membuatkan daunnya berbintik-bintik, layu dan kemudiannya luruh. Apa yang The Gartner buat hanyalah cabut daun yang rosak dan kutip daun yang telah luruh untuk dibuang jauh-jauh. Sekiranya daun yang berpenyakit dibiarkan reput di dalam bekas menanam, ditakuti penyakit akan lebih merebak.

Bunga baru pada pokok Wild Capsicum, 26 August 2014
Di bawah ini pula adalah Pokok Kacang Renek yang berjaya tumbuh dengan suburnya diambil pada 23 August 2014. Actually, The Gartner tanamkan pokok ini selepas ternampak The Wife beli kacang panjang di pasaraya. Tapi, yang dibeli sebenarnya kacang buncis sebab The Wife memang tak gemarkan kacang panjang. Disebabkan tak ada sesiapa di rumah yang ingin makan kacang panjang, The Gartner transferkan kesemuanya ke dalam polybag dan bawa sekali ke jualan live. Pokok ini immediately menjadi tumpuan orang ramai semasa itu dan akhirnya kesemua mereka mendapat tuan baru. Alhamdulillah.

Kacang Panjang Renek, 23 August 2014
Pokok Bunga Matahari yang The Gartner cuba tanam juga tumbuh dengan jayanya. Alhamdulillah. Di package benihnya tertulis nama Edible Sunflower. The Gartner sebenarnya menanam bunga matahari untuk menjemput lebih banyak serangga pendebunga ke Backyard Garden but I don't really know whether it will work or not. The Gartner tanam sahaja and hope for the best. Baka pokok ini adalah dari jenis yang rendah. Kudup bunga juga sudah terbentuk pada keempat-empat pokok. Sekarang ini, The Gartner cuma menunggu kesemuanya kembang.

Edible Sunflower, 23 August 2014
Edible Sunflower, 23 August 2014
Kudup bunga pada pokok Edible Sunflower.
Akhir sekali, di bawah ini adalah anak pokok cempedak yang The Gartner semaikan daripada biji benih di dalam bekas plastik. Kebanyakannya mula tumbuh dan mula mengeluarkan daun yang pertama. Cadangan The Gartner adalah untuk mendapatkan beberapa batang pokok yang cukup besar untuk ditanam di sekitar kawasan perumahan The Gartner yang masih lagi kekurangan pokok.

The Gartner terilhamkan untuk menjalankan projek kecil ini selepas terbaca mengenai seorang lelaki di India yang menanam beribu-ribu pokok sehingga menjadi hutan dan juga satu pasangan di China yang membuat perkara yang sama sehingga gurun bertukar menjadi kawasan berpokok yang subur. InsyaAllah, The Gartner juga ingin buat perkara yang sama so kena lah bermula secara kecil-kecilan. The Gartner juga menyarankan kepada kawan-kawan gardener agar join sekali supaya bumi kita lebih hijau. Hee.

Cempedak, 26 August 2014
Cempedak, 26 August 2014
So, that's all for now. InsyaAllah, more updates coming later.

Thanks for reading.

Gardening Rocks!

2 comments:

  1. cantiklah wild capsicum tu,,sejambak macam bunga pulak..boleh tanam dalam pasu wat hiasan jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess..memang agak cantik bila dah mula berbuah..InsyaAllah lepas ni saya semai lagi..cuma nak perhatikan dulu perangainya macam mana..

      Delete