Tuesday 31 December 2013

Backyard Garden Update - 31 December 2013

Assalamualaikum.

Untuk menyambut kedatangan tahun baru 2014, The Gartner telah kemaskan dan restructure Backyard Garden to be more productive. Banyak pokok yang terpaksa dicabut to make room for new ones dan ada pokok yang telah ditransfer to a better container.

Antara pokok yang dicabut adalah 2 pokok cherry tomato, 2 pokok bendi, 3 pokok cili bara yang kurang produktif dan juga beberapa pokok ulam raja yang semakin membesar. So, below is the before and after photos of my Backyard Garden after the clearing works on 28 December 2013.

View from pintu dapur - Before
View from pintu dapur - After
View from the other side - Before
View from the other side - After
Hee. Nampak lebih kemas, kan? Raised bed yang sebelum ini ditanam dengan sawi dan kailan juga telah dibersihkan semula dan disediakan untuk batch yang seterusnya. Pokok bendi dan cherry tomato yang sebelumnya ditanam di bahagian ini telah dicabut.

Raised bed yang telah dibersihkan.
Pokok Tomato XX di dalam bekas 5L sudah semakin membesar and one of it dah mula mengeluarkan bunga. Anak-anak pokok yang berkongsi bekas juga telah diasingkan ke dalam pasu yang sebelum ini ditanam dengan cili bara.

Tomato XX, 29 December 2013
Bunga pada salah satu pokok Tomato XX.
Pokok Kacang Panjang Renek juga semakin banyak berbunga dan kacang-kacang muda mula kelihatan. Hopefully kacang kali ini tidak diserang serangga macam kacang yang pertama.

Bunga pada pokok kacang panjang renek.
Kacang muda yang sedang membesar.
Kacang yang rosak sebelum ini The Gartner dah belah and luckily there's no worms inside. Hee. Kacang agak panjang tetapi isinya sangat kurang dan bijinya pun hanya ada 7 biji. Insyaallah, kacang-kacang selepas ini lebih berisi dan berkualiti. Kena letak baja kompos banyak-banyak lepas ni.

Kacang panjang pertama di Backyard Garden.
Kesan serangan serangga - #1
Kesan serangan serangga - #2
Kacang yang telah dibelah dan isinya.
Kesemua pokok cherry tomato dah direlocate ke bahagian berdekatan pintu dapur. Pokok cili yang sebelum ini ditanam di dalam polibeg dipindah ke dalam bekas 45L menggantikan pokok yang kurang berbuah. Kangkung dalam tong 20L juga dipotong habis to allow new growth. Arrangement container diubah so kawasan ni lebih kemas and more accessible masa nak petik cherry tomato. Pokok cherry tomato juga banyak disandarkan ke pagar sebab The Gartner dah malas nak pasang pancang lagi. Hee.

Arrangement baru containers di Backyard Garden.
And lastly, The Gartner ada semai sedikit Pak Choy dan Kailan on the 27 December 2013. 2 hari selepas itu, anak-anak kecil mula berkeliaran di atas tanah. Hee. This is for the first batch of greens in 2014.

Semaian Pak Choy dan Kailan, 29 December 2013.
Semaian Pak Choy, 29 December 2013.
Apart from that, The Gartner juga ada menyemai benih-benih yang telah lama disimpan seperti Namnam, Mahkota Dewa dan juga Bunga Gandasuli. Hopefully most of it bercambah and grow well in 2014.

OK. That's all for now. See you in 2014. Happy New Year. Thanks.

Monday 30 December 2013

Cherry Tomato Kembar

Assalamualaikum.

Just to share some photos of the weird looking twin cherry tomato fruit found at the Backyard Garden.



Hee. Until later. Thanks.

Thursday 26 December 2013

Kacang Panjang Renek - #3

Assalamualaikum.

Kali terakhir The Gartner update pasal Kacang Panjang Renek ni is on 4 December 2013. After 2 weeks, perkembangan pokok sangat memberangsangkan walaupun ditanam 2 pokok dalam satu bekas 5L. Pokok sepatutnya akan mula berbuah dan boleh diharvest after 40 days which is on 20 December 2013.

Kacang Panjang Renek, 4 December 2013
Kacang Panjang Renek, 19 December 2013
Seminggu sebelum itu, The Gartner ada terperasan yang pokok dah mula mengeluarkan bunga tapi belum ada buah. So, kalau ikutkan tahap kematangannya, agak sedikit terlambat. Mungkin disebabkan persaingan kerana terpaksa berkongsi tanah dan ruang.

Bunga Kacang Panjang Renek, 15 December 2013
Bunga Kacang Panjang Renek, 15 December 2013
Semasa ambil gambar pokok ini (19 December 2013), The Gartner ternampak sebatang kacang yang telah terbentuk tanpa disedari. Daripada 4 pokok yang ditanam, hanya satu sahaja pokok yang telah mengeluarkan buah. Alhamdulillah, pokok berjaya mengeluarkan buah walaupun sebiji sahaja. Hee.

Kacang Panjang Renek, 19 December 2013
However, buah yang satu ini ada sedikit kecacatan pada bahagian pangkal dan hujung buah yang nampak macam kesan gigitan serangga. The Gartner have no idea apakah puncanya. Kenapa jadi macam ni eh, kawan-kawan?

Kecacatan pada pangkal kacang panjang.
Kecacatan pada hujung kacang panjang.
So sekarang I'm waiting for the others to continue flowering and produce more beans. Yang cacat ni biarkan dia besar dulu pastu see if there's any worms inside. Hee.

OK. That's all for now. Thanks.

Thursday Harvest - 19 December 2013

Assalamualaikum.

Just to share some photos taken last Thursday, 19 December 2013. The Gartner harvest apa yang ada sebab nak pergi on company trip to Chiang Rai & Chiang Mai until 24 December 2013.

Balik saja dari kerja tengok-tengok one of the branches pokok cherry tomato dah patah disebabkan angin kuat dan hujan lebat earlier that day. Hmm..memang bukan rezeki The Gartner kali ini. Salah sendiri juga sebab pancang terlalu pendek. Lepas ni mungkin kena guna kayu yang lebih tinggi dan lebih kuat. Lesson learnt this time - kalau pancang panjang sejengkal, jangan ribut hendak diduga.

Batang pokok cherry tomato yang patah.
Batang patah pada bahagian hujung pancang.
Tangkai cherry tomato dengan buah yang masih hijau.
Buah cherry tomato yang belum masak.
Banyak juga buah yang masih kecil dan belum masak pada tangkai yang patah. The Gartner cuba makan sebiji yang masih hijau. Rasanya kurang masam, more like rasa epal hijau yang sangat light. Agak boleh tahan tapi tak berani nak makan banyak-banyak sebab takut sakit perut.

Isi cherry tomato yang masih hijau.
So, The Gartner harvest some of the cherry tomatoes, bendi dan juga cili bara untuk disimpan. Tak banyak tapi lebih baik diharvest daripada dibiarkan luruh, membusuk di pokok atau membesar sampai terlalu tua.

Thursday Harvest, 19 December 2013
Then, tiba-tiba ternampak sesuatu dia bawah pokok terung yang ditanam di atas batas - Hey..it's a baby terung. Walaupun buah agak sedikit deformed, dan pokok juga sedikit terbantut, The Gartner just biarkan buah terus membesar. Just in case menjadi juga pokok terung ini. Sebenarnya pokok ini ditanam a few months ago tanpa apa-apa harapan pun - cuma nak habiskan benih yang ada. Alhamdulillah, berbuah juga walaupun hanya dibiarkan saja hidup.

Pokok Terung ditanam atas batas.
Buah Terung yang sedang membesar.
There's nothing else in my mind before the trip except to get some seeds in Chiang Rai dan juga some gardening supplies kalau berkesempatan. Orang lain semua dah fikir nak jalan-jalan, shopping or enjoy; The Gartner fikir pasal gardening jugak. Hee. 

OK. That's all for now. Until later. Gardening Rocks!

Wednesday 18 December 2013

Cherry Tomato - #6

Assalamualaikum.

Hari ini The Gartner nak share some of the photos of cherry tomato yang tak menjadi. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekurangan air, kekurangan nutrien dan juga faktor persekitaran.

Tangkai buah yang sihat selalunya mempunyai 7 atau 8 biji buah dan saiz buah juga adalah sekata. Ini kerana selalunya bunga pada tangkai akan berkembang pada masa yang sama. However, disebabkan kekurangan air semasa pokok berbunga, putik bunga tidak akan terbentuk dengan sempurna atau luruh dan menyebabkan bilangan buah pada tangkai berkurangan. The Gartner ada terjumpa tangkai dengan satu buah sahaja (gambar sebelah kanan) dan dapat diperhatikan tangkai bunga yang gagal terbentuk iaitu bintilan berwarna putih di dalam gambar.

Tangkai buah yang sihat.
Tangkai buah yang kurang menjadi.
Walaupun bilangan buah berkurangan, pokok akan terus menghasilkan buah dan ia akan masak juga akhirnya. Gambar di bawah ini menunjukkan tangkai yang berbuah tetapi tidak penuh disebabkan cuaca yang terlalu panas ditambah pula dengan kurangnya air. Ada juga tangkai dengan buah yang berlainan saiz tetapi masak pada masa yang sama. The Gartner rasa puncanya adalah kekurangan air kerana buah di tangkai lebih bawah mempunyai saiz yang sekata berbanding buah di tangkai atas. Ketika buah sedang membesar, memang cuaca agak panas di kawasan Kajang ini.

Tangkai buah yang tidak penuh.
Buah yang berlainan saiz.
Cuaca yang terlalu panas dan kekurangan air juga boleh menyebabkan buah menjadi kering dan kulitnya berkedut. Gambar di bawah ini diambil before Sunday Harvest. Walaupun buah tidak luruh dan boleh kembali ke bentuk asal apabila air mencukupi, kualiti buah pastinya akan menurun.

Tangkai buah terdedah kepada kepanasan melampau.
Kulit buah yang berkedut.
So, to ensure buah yang terhasil adalah banyak dan mempunyai saiz yang cantik, The Gartner would like to share beberapa perkara yang telah dipraktikkan sendiri di Backyard Garden yang hopefully boleh memberi manfaat kepada rakan-rakan yang ingin mencuba. The Gartner mintak tumpang share ilmu yang tidak seberapa.
  1. Pokok  mestilah mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Apabila pokok cukup besar, boleh diubah ke kawasan yang menerima cahaya sepanjang hari.
  2. Perlu dipastikan pokok dibekalkan dengan air yang mencukupi terutamanya ketika cuaca panas. Ini adalah untuk mengelakkan putik bunga luruh sebelum buah terbentuk. 
  3. Untuk pokok cherry tomato di Backyard Garden, The Gartner juga ada semburkan larutan epsom salt setiap minggu (satu sudu kecil : 1.5L air). Semburan dilakukan pada waktu malam supaya pokok dapat menyerap nutrien secukupnya. Epsom salt membekalkan pokok dengan unsur magnesium dan juga sulfur.
  4. Bahagian pangkal pokok sentiasa diletakkan mulching to provide continuous nutrient secara slow release dan mengekalkan kelembapan tanah. The Gartner juga masukkan 5 - 6 ekor cacing tanah ke dalam container supaya mulching yang mereput diconvert kepada nutrien yang boleh dimanfaatkan kepada pokok.
  5. Pangkal pokok juga The Gartner sentiasa timbunkan sedikit tanah apabila ada unjuran akar keluar di sekelilingnya. Dari masa ke masa, timbunan ditinggikan apabila unjuran mula keluar di bahagian yang lebih tinggi.
  6. Bekas yang digunakan untuk menanam cherry tomato ini juga perlu cukup besar untuk menampung keperluan nutriennya. Bekas yang besar juga mempunyai kapasiti kandungan air yang lebih banyak. However, perlu dipastikan saliran bekas adalah baik untuk mengelakkan masalah akar reput. The Gartner gunakan bekas 45L yang dibeli dari Tesco.
  7. Pokok perlu sentiasa dipastikan agar tegak atau upright to reduce its width dan agar ia lebih terdedah kepada cahaya matahari. The Gartner gunakan pancang dan ikat batang pokok dengan tali. Pokok juga boleh disandarkan pada pagar.
  8. Pastikan tanah tidak 'mati' dan kaya dengan mikroorganisma. Apa yang The Gartner buat - siram dengan air basuhan beras yang diperam selama 2 hari, dan juga air basuhan ikan. Campurkan juga kompos secukupnya ke dalam bekas tanaman.
  9. Gunakan baja pellet yang sesuai sekiranya perlu. The Gartner gunakan NPK 12:12:17:TE setiap dua minggu sekali. Gunakan pada kadar minima. 
  10. TE ataupun trace elements perlu dibekalkan kepada pokok. Antara sumber TE yang paling bagus adalah air laut tetapi The Gartner gunakan air basuhan telur masin - lumpur yang disalut dengan sekam bakar with the hope lumpur yang digunakan tu berasal dari tepi laut. Hehehee. Plus, air hasil dari rebusan telur rebus yang dikatakan mengandungi sedikit kalsium. The Gartner campurkan sekali dengan air basuhan beras sebelum diperam.
That's all I have to share for now. Thanks for reading. Until later. Gardening Rocks!

Tuesday 17 December 2013

Sunday Harvest - 15 December 2013

Assalamualaikum.

Last weekend The Gartner tiada di rumah sebab mengikuti The Wife yang ada program di Putrajaya. So, Backyard Garden tak berpenjaga for 2 days. Cuaca di Kajang pula agak panas dan rasanya tiada hujan yang turun. Balik saja dari Putrajaya petang Ahad tu, The Gartner terus ke Backyard Garden sambil berkata kepada The Wife , "I need to harvest something today. You take care of The Baby". Hee.

First thing I noticed ialah kebanyakan pokok agak kekeringan dan ada yang telah layu. Daun pokok tomato pun banyak yang melecur dan kering. Kailan di dalam pasu gantung pun kekeringan. Cepat-cepat The Gartner bagi semua minum air sikit - tak boleh nak bagi minum banyak-banyak sebab nak harvest. Lepas harvest baru bagi minum puas-puas.

Daun cherry tomato yang kekeringan.
Daun yang kering disebabkan kepanasan melampau.
Alhamdulillah, banyak cherry tomato yang dah masak. The Gartner petik most of it untuk dimakan. Rasanya lebih sedap berbanding buah sebiji yang dipetik sebelum ini (Single Fruit Harvest). What I've learnt kali ini adalah - Cherry Tomato boleh tumbuh subur di Kajang. Hee. Ingatkan boleh tumbuh di tempat sejuk saja.

Cherry Tomato, 15 December 2013
Buah-buah cherry tomato yang sudah masak.
The Gartner juga ada harvest sedikit cili dari halaman depan dan bendi yang dah cukup besar. Walaupun cili agak mengerekot dan belum cukup besar saiznya, The Gartner still harvest so pokok boleh rest sebentar selepas terkena jangkitan kulat (Pokok Cili Besar VS Penyakit Kulat Daun). Daun-daun yang kuning pun sudah kurang sekarang dan daun-daun baru mula muncul. Pak Choy yang terlebih hari juga diharvest kesemuanya. Sebelum harvest nampak macam sedikit, rupa-rupanya banyak. Makan sendiri pasti tak habis. Let's share with others - salah satu keindahan growing your own food.

Pak Choy, 15 December 2013
Pak Choy yang telah diharvest.
Harvest kali ini memang sangat menggembirakan. The Wife pun terkejut sebab ingatkan cherry tomato tak banyak rupa-rupanya almost penuh satu mangkuk. Hopefully ada lagi peluang sebegini dengan cherry tomato from different variety pula.  Hee. Pak Choy juga nampak sangat segar dan rangup walaupun ada yang warnanya daunnya agak hijau-kekuningan.

Sunday Harvest, 15 December 2013
Cherry Tomato & Cili Besar
Pak Choy, Cherry Tomato, Bendi & Cili Besar
The Baby pun geram tengok cherry tomato dalam mangkuk tu. The Gartner bagi dia sebiji and she instantly fall in love with it. Hahaa. Makan sampai habis comot baju.

The Baby makan cherry tomato.
Nyammmm!!
Alhamdulillah. The Gartner sangat berpuas hati dengan harvest kali ini. Hopefully batch selepas ini pun menjadi lagi. Lepas harvest, seperti yang telah dijanjikan, The Gartner bagi semua minum banyak-banyak.

OK. That's all for now. Thanks for reading. Gardening Rocks!