Monday 18 August 2014

Mulching Daun Mulberry

Assalamualaikum,

Last weekend The Gartner pangkaskan pokok Mulberry yang semakin meninggi di hadapan rumah. Seperti kebiasaannya, daun Mulberry daripada dahan yang dipangkas The Gartner cabut kesemuanya dan keringkan untuk dibuat mulching. Ada daun Mulberry ini yang saiznya agak besar sehingga sebesar tangan The Gartner sendiri. Dahan yang telah dipangkas pula dikerat pendek sebelum dicucukkan ke tanah untuk mendapatkan lebih banyak anak pokok Mulberry.

Daun Mulberry sebesar tapak tangan The Gartner.
Apa yang The Gartner buat kali ini adalah masukkan kesemua daun yang telah dikutip ke dalam tong styrofoam dan biarkan di tengah panas. Tong styrofoam ini The Gartner kutip di tepi jalan. Free saja. Hahaa..

Daun Mulberry yang telah dikeringkan.
Selepas dibiarkan berpanas beberapa jam, kesemua daun tersebut menjadi kering dan rapuh.Daun yang telah kering ini kemudiannya The Gartner hancurkan dengan meramas di dalam bekas lain. Hasilnya...

Daun Mulberry yang telah dihancurkan.
Baru The Gartner tahu betapa sedapnya bau daun Mulberry ini. Baunya seakan-akan daun teh yang baru dikeluarkan dari uncang. The Gartner rasa macam nak buat teh tapi memandangkan daun ini tak dicuci terlebih dahulu sebelum dikeringkan dan dihancurkan maka tak sangguplah The Gartner membuatnya. Maybe next time.

Daun Mulberry yang telah dihancurkan ini The Gartner akan letakkan di permukaan tanah sebagai mulching. Memandangkan kuantitinya yang tak banyak, mungkin daun-daun lain juga perlu ditambah sekali. Sekiranya tak cukup juga, mungkin hanya dicampurkan ke dalam tong kompos. Anyway, next time pangkas Mulberry, The Gartner nak buat Teh Mulberry. Insyaallah.

That's all for now. Thank You.

Gardening Rocks!

2 comments:

  1. Ok next time kita buat teh daun mulberi ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti buat..in fact, saya dah buat a few days ago..agak nice rasanya..sedap!

      Delete