Saturday 30 November 2013

Harvest Petang Jumaat - 29 November 2013

Assalamualaikum.

The Gartner kena balik ke kampung malam tadi so balik sahaja dari tempat kerja terus harvest bendi, cili padi bara dan cili besar untuk dibawa pulang ke Alor Setar. The Mother juga seorang gardener, so nak bagi dia merasa hasil tangan anaknya sambil ambil hati sebab dah lama tak balik. Hee.
Harvest petang Jumaat, 30 November 2013
Cili besar ini asalnya ditanam di Backyard Garden tetapi terpaksa di ubah ke halaman hadapan sebab tak cukup ruang. Kesemua pokok cili disemai pada 1 August 2013 dan sudah banyak berbuah. Walaupun buahnya tidaklah sebesar dan secantik cili besar yang dijual di kedai, but not bad laa for a backyard gardener. Hee. The Gartner kurang pasti cili besar ini dari varieti apa sebab ditanam dari benih daripada buah yang dibeli di pasar.

Pokok cili sekarang ni menghadapi masalah kulat di daun yang menyebabkan daun bertukar kuning dan selepas itu luruh. The Gartner sudah mencuba rawat menggunakan semburan air bawang putih dan halia tapi baru sekali sahaja. Nak kena buat lebih kerap sampai penyakit hilang. At the same time juga kena pastikan pokok cukup nutrien sebab pokok juga ada sistem pertahanan  diri sendiri yang akan jadi lemah kalau tak cukup zat. Sama seperti manusia - tak cukup zat, mudah kena penyakit.

Pokok Cili Besar di halaman depan.
Pokok Cili Besar sedang berbuah.
Cili Besar yang sudah boleh dituai.

Cili padi bara ini juga disemai pada hari yang sama dengan cili besar tadi. Cili padi bara ini berasal dari Indonesia dan rasanya lebih pedas dari cili api biasa. Ada yang memanggilnya cili bara sahaja. 2 pokok cili bara ini ditanam dalam container 30L dan buahnya sudah mula masak peringkat demi peringkat sejak bulan lepas. Menanam pokok cili agak mencabar sekiranya kita mahu ia berbuah mengikut masa yang ditetapkan atau dalam skala yang besar. Sebab itulah banyak tanaman cili diusahakan secara fertigasi.

Pokok Cili Bara di Backyard Garden.
Cili Bara at different stage of maturity.
Cili Bara yang masih hijau.
Selain itu pokok serai yang ditanam di halaman depan juga dituai sebab The Mother request. Malam sebelumnya satu rumpun serai dikorbankan dan selepas diproses dapatlah lebih kurang 2 kilogram serai untuk dibawa pulang ke kampung. The Gartner cuma simpan satu batang serai sahaja untuk ditanam semula. Serai sebaiknya dituai sebelum ia terlalu tua, selalunya dalam umurnya 6 - 8 bulan namun bergantung kepada saiz, kadar tumbesaran dan varietinya.

Serai yang dituai malam sebelumnya.
That's all for now. Nak kena bersiap-siap untuk majlis pertunangan adik perempuan The Garner.

OK. Thanks for reading.

Friday 29 November 2013

Cherry Tomato - #5

Assalamualaikum.

Just some photos from the Backyard Garden taken this morning - 29 November 2013. Semalam hujan turun di kawasan Kajang ni so tumbuh-tumbuhan nampak sangat segar dan menarik. The Gartner sempat lagi snap gambar walaupun dah terlambat nak ke tempat kerja.

Cherry Tomato, 29 November 2013
Cherry Tomato, 29 November 2013
Cherry Tomato, 29 November 2013
By far, this is my current obsession. Buah pada tangkai pertama dah mula bertukar warna menjadi kuning. Can't wait for them to turn red dan makan kesemuanya. The Gartner ada beli biji benih various types of cherry tomato from mylestaryseeds tapi belum mula ditanam. Hopefully I can set up a garden of various cherry tomato varieties and get a good experience from it untuk dikongsikan dengan semua.

Mungkin kali ini The Gartner hanya bernasib baik so tak berani nak bagi apa-apa tips. I wish to recreate the same result pada cherry tomato varieti lain and then share the stories.

OK. More updates later. Thanks.

My Thoughts - #1

Seeds are like small machines.

There is no way you could replenish yourself or absorb the nutrients you need from a handful of dirt.

Plant a seed into that handful of dirt and it will grow and become a plant. And from that plant we eat the roots, leaves or fruits.

Can you see the beauty in it?

Mulberry - #1

Assalamualaikum.

The Gartner ada tanam satu pokok mulberry di halaman depan rumah tapi agak kurang diberikan perhatian lepas dah berbuah 2 3 bulan lepas. Pokok dipangkas selepas habis berbuah dan keratan batang dipacakkan ke dalam polibeg dan dah tumbuh banyak daun. Pokok induk pula pertumbuhannya macam agak perlahan probably sebab tanah yang kurang subur.

Previously The Gartner noticed yang daunnya yang sudah tua ada yang menjadi warna kekuningan - normal sign of nutrient deficiencies - tapi sengaja buat tak kesah. Tapi dua tiga hari lepas baru nampak some of the top leaves ada kesan macam terbakar. The reason is unknown.
 
Daun mulberry yang macam ada kesan terbakar.
Hanya top leaves affected dan bertukar warna.
Other leaves with signs of nutrient deficiencies.
Gambar kat bawah ni pula anak-anak pokok mulberry yang berasal dari pokok di atas. Sudah tak ingat berapa umurnya. Dicambahkan untuk seorang sahabat yang request untuk ditanam di kebunnya di Kelantan.

Anak pokok mulberry dalam polibeg.
Daun-daun muda pada anak pokok mulberry.
Untuk pokok induk tadi mungkin hanya satu cara nak selesaikan masalahnya - pangkas dan tanam semula keratan so dapat lebih banyak pokok. Hee. Anyway, untuk rujukan simptom-simptom nutrient deficiencies in plants, boleh refer to this site - www.cropnutrition.com/nutrient-knowledge. 

Pokok seperti mulberry sebenarnya boleh diselamatkan sekiranya mengalami masalah kekurangan nutrien melalui penambahan baja yang kaya dengan nutrien yang kurang tersebut. Tetapi kita hendaklah kenalpasti nutrien/unsur yang mana satu terlebih dahulu sebab takut tersilap baja yang menyebabkan masalah tidak dapat diselesaikan.

OK. That's all. Thanks for reading.

Thursday 28 November 2013

Tumbuh Walaupun Tak Ditanam

Assalamualaikum.

Pagi tadi ternampak anak-anak pokok kecil di dalam bekas 5L yang ditanam dengan anak kailan. Ingatkan anak rumpai, tapi bila tengok dekat-dekat rupanya anak pokok tomato (rasanya lah..) sebab rupaya yang seakan-akan anak tomato dalam post yang terdahulu. Tak ingat pula bila benih disemai. Probably benih dari tomato yang The Wife potong, kemudiannya letak sekali dengan kulit bawang yang The Gartner tabur di dalam pasu. Alhamdulillah, tumbuh walaupun tak diminta. The Gartner akan cuba biarkan dia sampai besar dan berbuah. Barulah bleh find out tomato apa sebenarnya ni. Highly unlikely bukan cherry tomato.

Anak Kailan & Anak Tomato XX, 28 November 2013
Apart from that, ada juga some salad peperomia (Peperomia pellucida) or ketumpang air di tepi pak choy and around the area. The Gartner cuba makan sekeping - rasa macam sireh tapi very mild. Quite nice - boleh cuba dibuat salad or makan dengan nasi dan sambal belacan macam En. Iskandar Tanam Sendiri sarankan.

Pak Choy dan Peperomia p.
Daun yang berbentuk dan mempunyai rasa seperti sireh.

That's all for today. Just a short one. Thanks.

Wednesday 27 November 2013

Bunga Pokok Kari

Assalamualaikum.

Di Backyard Garden ada sebatang pokok kari (Murraya koenigii) yang The Gartner tanam dari kecil sehingga sekarang ni ketinggiannya dalam 1.6m. However, sekali pun tak pernah petik daun dia. Hee.

Hari ini semasa menyiram pokok, The Gartner noticed yang pokok kari ni dah ada sejambak putik bunga. Sebelum ini pokok agak kekurangan nutrien dan daunnya bertukar menjadi hijau muda. Sekarang ini sudah sihat semula dan daunnya dah kembali menjadi hijau gelap. Photos ada di bawah sini.

Pokok daun kari yang mengeluarkan putik bunga.
Putik Bunga Pokok Kari

Pokok ini sebenarnya boleh juga disemai dari benih yang ada di dalam buahnya. Buahnya boleh dimakan tetapi bijinya sangat toksik. The Gartner akan cuba makan kalau buahnya menjadi. Ada orang cakap rasanya manis tapi aftertastenya sangat pelik. Belum cuba belum tahu. Hee.

OK.  Thanks.

Tuesday 26 November 2013

Penyakit Pokok Bendi

Assalamualaikum.

Semasa tengah check pokok pagi tadi, The Gartner noticed daun-daun bendi ada tompok-tompok putih macam terkena bedak. Ini adalah tanda-tanda jangkitan kulat dan ia amat mudah merebak ke daun-daun lain. Sebelum ini The Gartner dah terjumpa dan buang daun-daun yang berpenyakit ini tetapi memandangkan sekarang selalu hujan, penyakit kulat ini senang untuk menyerang. Pokok juga sudah tua dan mudah terdedah kepada serangan. Perlu diingat daun yang berpenyakit perlu dibuang terus dari kawasan kebun atau dibakar untuk mengelakkan penyakit berpindah ke pokok lain.

Daun yang terkena jangkitan kulat.
Close-up daun yang terkena jangkitan.
Gambar di bawah ini menunjukkan perbezaan antara daun yang sihat dan daun yang berpenyakit. Daun berpenyakit selalunya akan bertukar menjadi kuning dan kemudiannya perang sebelum kering dan mati.

Daun yang sihat.
Daun yang berpenyakit.
Hopefully tak semua daun terpaksa dibuang disebabkan masalah ini. Kalau tak, memang terpaksa buang semua dan tanam balik batch baru. The Gartner kena cari cara untuk mengatasi masalah ini.

OK. More updates later. Thanks.

Goodbye My Jagung

Assalamualaikum.

Pagi semalam tengok Backyard Garden macam agak semak. Pokok jagung yang dah habis berbuah semakin hari semakin kuning dan kering. So, malam semalam operasi clearing dijalankan dengan bersemangatnya.

Before
After
Before
After
Lepas pokok jagung dibuang, kawasan nampak lebih luas dan kemas. Bolehlah tukar tanam pokok lain pula di tempat jagung sebelum ini. Daun-daun jagung yang dah kering pulak diconvert kepada bahan di bawah ini - mulching - to return all the nutrients it took back to the soil. Agak banyak yang diperolehi selepas digunting oleh The Gartner. Walaupun agak penat tapi it's worth it.

Mulching daripada daun jagung yang dipotong kecil-kecil.
Mulching atau sungkupan ini kegunaannya adalah mengurangkan kehilangan air daripada tanah dan juga menghalang pertumbuhan rumpai. Jika ada cacing di dalam tanah, mulching ini akan jadi makanan cacing dan selepas ia reput atau terurai, nutrien akan dikembalikan ke tanah. Prosesnya sebenarnya agak kompleks tetapi begitulah cara mudah to explain it.

Cherry Tomato - #4

Assalamualaikum.

Latest update for my cherry tomato plant. Post-post sebelum ini adalah sebagai rekod perkembangan dan rujukan. Buah-buah pada pokok cherry tomato semakin menggalak. Bunga pun semakin banyak dan putik-putik buah banyak yang terbentuk. Sangat exciting. Dekat bawah ni photos taken on 22 November 2013.

Ketinggian pokok dah melebihi 1.5m dan tali diikat ke pagar untuk mengelakkan pokok tumbang.
Tanah di dalam container nampak kosong tapi dipenuhi akar pokok.
Buah tomato pada tangkai pertama adalah yang paling besar. So far, ada lebih kurang 3 tangkai buah pada setiap cabang pokok.Ada tangkai yang sudah berbunga tetapi belum menjadi buah. Gambar diambil selepas hujan semalaman. Memang nampak sangat menyegarkan. Better photos from a better camera.

Buah tomato pada tangkai pertama.
Buah tomato pada tangkai kedua.
Alhamdulillah. Pokok menjadi dan berbuah banyak. Hopefully sempat makan buah-buahnya yang nampak sangat comel. Pokok tomato memerlukan banyak unsur magnesium semasa berbunga dan berbuah jadi penggunaan magnesium sulfat atau epsom salt menjadi satu kemestian.

Bunga dan putik tomato yang baru terbentuk.
Bunga tomato yang baru kembang.
OK. The Gartner akan update lebih banyak di masa akan datang. Pokok-pokok lain pun nak kena tengok jugak ni. Hee.

Yellow Cosmos - #1

Assalamualaikum.

The Gartner ada tanam sedikit pokok bunga dia Backyard Garden to attract agen pendebungaan seperti lebah dan rama-rama.  Early in November, The Gartner dapat benih Yellow Cosmos dari Manjung. Di Backyard Garden memand ada banyak tanam pokok Ulam Raja. Masa tengok pokok Yellow Cosmos, The Gartner noticed yang daun dan benihnya sama dengan Ulam Raja. Lepas tanya Uncle Google, rupaya both dari keluarga yang sama. Ulam Raja - Cosmos caudatum. Yellow Cosmos - Cosmos sulphureus. Kalau salah tolong betulkan. Hee.

Dekat sini some of the photos of its progress. The Gartner tanam dalam tong styrofoam yang agak besar so boleh dapat pokok yang rimbun dan bunga yang banyak. Bees gonna love my garden. Hee.

Yellow Cosmos, 14 November 2013
Yellow Cosmos, 19 November 2013

Yellow Cosmos, 25 November 2013
Cosmos ni sepatutnya sangat mudah untuk ditanam. But tak sure daunnya boleh dimakan atau tidak macam Ulam Raja. Hee. OK. More updates later.

Monday 25 November 2013

Sweet Potato - #2

Assalamualaikum.

Semalam tengok pokok sweet potato dah banyak daun sampai terkeluar dari bekas. So, ambik buluh buat pancang, then ajar pokok memanjat. Ikut suka hati saja. Hee.

For comparison, photo on the right taken on 18 November 2013 and photo on the right taken on 24 November 2013.

Sweet Potato, 18 November 2013
Sweet Potato, 24 November 2013

Dalam 6 hari pokok ini tumbuh dengan bersemangatnya. This is my first time planting these. The Mother cakap daun sweet potato sedap dimasak buat sayur. The Gartner tak pernah cuba. Kalau nak makan daunnya memang kena tunggu merimbun lah. Kalau tidak, potato entah ke mana, daun entah ke mana.

OK. More updates later. Thanks.

Cherry Tomato - #3

Assalamualaikum.

Cherry tomato sudah berbunga dan berbuah. Kedua-dua pokok dalam container 30L are at the same progress stage. Gambar kat bawah ni taken on 18 November 2013.

Pokok dah tinggi melebihi 1.0 meter.
Buah Cherry Tomato pada tangkai pertama.
Buah pada tangkai pertama dan kedua.
Bunga cherry tomato sedang kembang.

Tali rafia diikat pada batang yang ada tangkai berbuah and connected to the pancang for extra support.  Sebabnya, batang ini akan jadi lebih berat jadi kena support supaya dia tak patah. Sebab lain ialah The Gartner nak cherry tomato ni tumbuh meninggi. Kalau dia tumbuh merimbun nanti akan makan banyak ruang, susah nak tambah pokok lain pula. Hee.

Actually, The Gartner ada juga pindahkan anak tomato lain ke container 20L dan juga tanam di atas tanah. Just to see which is the best method. Pertumbuhan anak pokok di dalam container 20L agak perlahan mungkin disebabkan tanah yang kurang sesuai. Pembungaan bermula seminggu selepas pokok lain dan bunga di tangkai hanyalah 3 – 5. Mungkin disebabkan oleh kekurangan nutrien.

 OK. More updates later.

Kacang Panjang Renek - #2

Assalamualaikum.

Pokok Kacang Panjang Renek semakin membesar. So far tiada masalah. Daun kekal dah tumbuh sebanyak 2 set. For comparison, below are photos taken on 18 November 2013 and 22 November 2013, only 4 days apart.

Kacang Panjang Renek, 18 November 2013
Kacang Panjang Renek, 22 November 2013
OK. The Gartner akan teruskan update di lain kali. Thanks. To be continued..

Cherry Tomato - #2

Assalamualaikum.

Anak cherry tomato yang ditanam di dalam bekas sudah dipindahkan ke container yang lebih besar. Kapasiti container rasanya 30 L dan dibeli di Tesco semasa promosi, hanya RM 10 satu. The Gartner ada beli 2 biji untuk dibuat menanam pokok. Kebaikan menggunakan container sebesar ini adalah kapasiti air yang boleh ditampung oleh tanah lebih besar jadi pokok tidak mudah kering. Nutrien dan bahan organik pada tanah juga dapat disesuaikan sesedap hati mengikut keperluan pokok yang ditanam. Sekiranya ditanam di dalam pasu, agak sukar dilakukan disebabkan ruang yang terhad.

2 anak tomato ditanam di sebelah kanan bekas dan di bahagian lain dibiarkan kosong. Tujuannya agar senang untuk membaja dan menyelenggara tanah. Akar pokok akan bergerak ke bahagian yang kosong jadi pembajaan hanya dilakukan di kawasan itu. Gambar di bawah ini diambil pada 18 Oktober 2013 dan 6 November 2013. Benih cherry tomato ini disemai pada 13 September 2013 dan selepas sebulan ketinggiannya mencapai 30cm. Pembesaran agak perlahan sewaktu permulaan dan anak pokok perlu disokong dengan pancang to prevent from patah ditiup angin.  Sebulan selepas itu, pokok sudah steady dan pembesaran semakin accelerated.

Cherry Tomato, 18 October 2013
Cherry Tomato, 6 November 2013
Setelah lebih kurang 7 minggu, pokok ini sudah mula berbunga. Mungkin sedikit perlahan tapi it’s all right since we are not chasing for anything. Hee. Bunga tomato berwarna kuning dan ada up to 7 flowers di setiap tangkai. Di dalam gambar kat bawah ni (taken on 6 November 2013) buah dah terbentuk after kelopak bunga luruh. That gets me really excited. Gambar agak sedikit low quality sebab diambil menggunakan camera phone. Lepas ni pakai camera yang canggih sikit lah.


OK. I’ll include more close-up photos in the next post. Rasanya menanam cherry tomato ini sangat exciting. The Gartner ada menanam cili padi dan cili besar juga tetapi the excitement is different. Pokok cili lebih manja dan memerlukan penjagaan yang rapi and there’s too many aspects to be taken care of to make sure pokok cili menjadi sangat produktif. Siapa yang tak nak stress silalah tanam cherry tomato. Hee.