Wednesday, 4 December 2013

Backyard Garden Update - 4 December 2013

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dengan hujan yang turun 2-3 hari ini, pokok-pokok di Backyard Garden kelihatan semakin ceria. Balik saja dari kerja semalam, terus ke belakang rumah to check on the plants. The Wife yang baru balik kerja pun terkejut melihat buah-buah cherry tomato yang tergantung. Rupanya selama ini dia ingat ada setangkai saja buahnya sebab gambar buah pada tangkai itu saja yang selalu dicapture.

Cherry Tomato, 4 December 2013
Cherry Tomato, 4 December 2013
Buah cherry tomato yang masih muda.
Different colours of ripening cherry tomato.
Pak Choy yang ditanam di raised bed juga membesar dengan jayanya di musim hujan ini. Walaupun ada yang kurang menjadi, tetap nampak sedap dan rangup daunnya. Tapi bila dibelek-belek, agak keliru yang ditanam ini Pak Choy atau Sawi Fair Lady Extra Dwarf?

Pak Choy ke Sawi Fair Lady Extra Dwarf ni?
Disebabkan waktu petang yang singkat, malam tadi The Gartner teruskan gardening. Sempat juga prepare satu besen untuk ditanam dengan ubi sayur bersama-sama daun kesum dan transfer satu anak pokok kailan ke dalam pasu gantung kecil. Kenapa The Gartner tanam dalam besen? Sebab kapasitinya yang besar (lebih kurang 20L), kedalaman yang cukup dan harga yang lebih murah berbanding pasu biasa. Hee.

Ubi Sayur dan Daun Kesum, 4 December 2013
Anak Kailan, 4 December 2013
Pokok Kacang Panjang Renek pula semakin membesar dan daun-daunnya juga dah banyak. Perubahan yang sangat memberangsangkan dalam masa lebih kurang 2 minggu. The Gartner terpaksa pindah kedua-dua bekas 5L ke tempat yang lebih terdedah pada cahaya matahari.

Kacang Panjang Renek, 22 November 2013
Kacang Panjang Renek, 4 December 2013
Pokok Ulam Raja yang tumbuh meliar di Backyard Garden juga semakin subur. Memang tak termakan sebab terlalu banyak dan daunnya juga dah menjadi tua. Daripada dibuang atau dibiarkan kering, The Gartner petik, gunting kecil-kecil dan hasilnya - mulching daun ulam raja. Selain itu dicampur juga dengan sedikit daun serai dan juga kangkung air.

Mulching daripada ulam raja, daun serai dan kangkung air.
Mulching ini perlu dibiarkan kering sedikit sebelum diletakkan di pangkal pokok atau dimasukkan ke dalam tong kompos. Tumbuhan-tumbuhan yang tidak dikehendaki atau tumbuh tanpa kawalan jangan kita buang begitu saja. Ada juga kegunaannya cuma perlukan sedikit usaha. Hee.

OK. That's all for now. Thanks for reading.

12 comments:

  1. Assalam En.Tarique,

    suka nya tgk tona warna tomato tu...berirama warna dia. cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qistina..saya pun suka..tak sabar nak ngap..hee.

      Delete
  2. Terbaik bro..aku pon nak tanam tomato gak la pasni..geram plk tgk tomato bro tarique tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa..boleh share benih Razi..ada banyak ni..kalau singgah Kajang jangan balik cepat sangat..banyak benih nak pass ni..

      Delete
  3. Geramnya tgk tomato tu Tarique.....lebat betol buah dia....Sawi tu nmpk mcm extra dwarf....saya ada jgk semai tapi semua gone....tak cukop cahaya kot..tak dan plak nak alih....setuju jgk guna besen tu.....saya pernah tanam selom dlm besen....dulu saya takot jgk org gelak sbb tanam dlm besen...tp mmg cost beli besen besar lagi murah dari beli pasu besar.....so biaq p la depa nak gelak pon kan...hehehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lynna..saya pun rasa extra dwarf sebab batangnya tak besar macam Pak Choy..tapi di pack benih tulis Pak Choy..takpa laa..asalkan sedap dimakan..saya still ada satu lagi besen tak tahu nak semai apa..hahaa..Besen Gardening Rocks!

      Delete
  4. Mantap bro...hebat...nanti nak menuntut...takde ko gamba tuan punya kebun? Hehe...kalo ada kankung liar tu cantik tu jadik fpj...garden u mmg kelas...syabas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..gambar tukang kebun takde orang nak snap..kangkung liar tu aku buat jadi mulching saja..nanti datang laa melawat..

      Delete
  5. Woah, your tomatoes look really big for cherry tomato size!

    ReplyDelete
  6. Salam The Backyard Gartner,

    Kalau saya nak gunakan besen, perlu tebuk lubang di bawahnya ke?

    Saya cuba tanam menggunakan botol minyak, saya buat lubang tapi seperti air bertakung di dalamnya..pokok pun mati sebab akarnya reput..lepas tu dah tak berani nak gunakan bekas2 yang tak berlubang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam learningtogreen,

      Yes. Bekas tanaman mesti ada lubang untuk mengalirkan air yang berlebihan keluar dari bekas. Kalau nak pakai botol minyak pun boleh cuma buatkan lebih banyak lubang..make sure juga lubang tidak tersumbat..tanah juga perlu dipastikan tidak terlalu banyak tanah liat..kalau banyak tanah liat atau clay, tanah akan memegang air dengan lebih lama..

      Delete