Tuesday 17 December 2013

Sunday Harvest - 15 December 2013

Assalamualaikum.

Last weekend The Gartner tiada di rumah sebab mengikuti The Wife yang ada program di Putrajaya. So, Backyard Garden tak berpenjaga for 2 days. Cuaca di Kajang pula agak panas dan rasanya tiada hujan yang turun. Balik saja dari Putrajaya petang Ahad tu, The Gartner terus ke Backyard Garden sambil berkata kepada The Wife , "I need to harvest something today. You take care of The Baby". Hee.

First thing I noticed ialah kebanyakan pokok agak kekeringan dan ada yang telah layu. Daun pokok tomato pun banyak yang melecur dan kering. Kailan di dalam pasu gantung pun kekeringan. Cepat-cepat The Gartner bagi semua minum air sikit - tak boleh nak bagi minum banyak-banyak sebab nak harvest. Lepas harvest baru bagi minum puas-puas.

Daun cherry tomato yang kekeringan.
Daun yang kering disebabkan kepanasan melampau.
Alhamdulillah, banyak cherry tomato yang dah masak. The Gartner petik most of it untuk dimakan. Rasanya lebih sedap berbanding buah sebiji yang dipetik sebelum ini (Single Fruit Harvest). What I've learnt kali ini adalah - Cherry Tomato boleh tumbuh subur di Kajang. Hee. Ingatkan boleh tumbuh di tempat sejuk saja.

Cherry Tomato, 15 December 2013
Buah-buah cherry tomato yang sudah masak.
The Gartner juga ada harvest sedikit cili dari halaman depan dan bendi yang dah cukup besar. Walaupun cili agak mengerekot dan belum cukup besar saiznya, The Gartner still harvest so pokok boleh rest sebentar selepas terkena jangkitan kulat (Pokok Cili Besar VS Penyakit Kulat Daun). Daun-daun yang kuning pun sudah kurang sekarang dan daun-daun baru mula muncul. Pak Choy yang terlebih hari juga diharvest kesemuanya. Sebelum harvest nampak macam sedikit, rupa-rupanya banyak. Makan sendiri pasti tak habis. Let's share with others - salah satu keindahan growing your own food.

Pak Choy, 15 December 2013
Pak Choy yang telah diharvest.
Harvest kali ini memang sangat menggembirakan. The Wife pun terkejut sebab ingatkan cherry tomato tak banyak rupa-rupanya almost penuh satu mangkuk. Hopefully ada lagi peluang sebegini dengan cherry tomato from different variety pula.  Hee. Pak Choy juga nampak sangat segar dan rangup walaupun ada yang warnanya daunnya agak hijau-kekuningan.

Sunday Harvest, 15 December 2013
Cherry Tomato & Cili Besar
Pak Choy, Cherry Tomato, Bendi & Cili Besar
The Baby pun geram tengok cherry tomato dalam mangkuk tu. The Gartner bagi dia sebiji and she instantly fall in love with it. Hahaa. Makan sampai habis comot baju.

The Baby makan cherry tomato.
Nyammmm!!
Alhamdulillah. The Gartner sangat berpuas hati dengan harvest kali ini. Hopefully batch selepas ini pun menjadi lagi. Lepas harvest, seperti yang telah dijanjikan, The Gartner bagi semua minum banyak-banyak.

OK. That's all for now. Thanks for reading. Gardening Rocks!

6 comments:

  1. Assalam en.tarique,

    wow,kagumla dengan harvest en.tarique. banyak dan meriah dan berwarna warni. Sedap the baby mengunyah tomato cherry yang di tanam ayahnye. berkobar2 la lepas ni nk tanam lagi kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salma Ibu Qistina,

      Alhamdulillah, menjadi kali ini. Lepas ni cuba tanam jenis lain pulak. Hee.

      Delete
  2. Salam Tarique, wah menjadi sungguh.. sejuk mate memandang.. sejuk lagi perut yg makan.. hehe.
    Tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pedasdanmanis..thanks..perut sejuk dan kenyang..hee..

      Delete
  3. salam en tarique...gerammmnyer tgk cherry tomato tu, ...menjadi sungguh....mcm sedap sgt tgk baby dok kunyah tu....sure manis kan? pasni nk tnm jgk la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na..rasanya manis..bahagian tengah tak masam seperti yang dibeli di kedai..selamat mencuba..insyallah menjadi juga..

      Delete