Friday 30 May 2014

Tips Menanam dan Penjagaan - Pak Choy

Assalamualaikum.

The Gartner mula-mula menanam tanaman Pak Choy di Backyard Garden pada bulan November 2013 disebabkan The Gartner agak kurang gemar sayur-sayuran lain. Bermula dari situ, sayuran ini tak pernah hilang dari Backyard Garden dan The Gartner juga sudah beberapa kali memetik hasilnya. Tanaman Pak Choy yang pertama The Gartner harvest dengan mencabut keseluruhan tumbuhan. Selepas itu, untuk kali kedua dan seterusnya, The Gartner hanya memotong daunnya yang telah matang dan biarkan daun yang muda untuk terus membesar. Alhamdulillah, ada Pak Choy yang sudah dituai lebih dari 4 kali tetapi masih tumbuh subur. Ada juga yang mula merosot selepas dituai pada kali ketiga, tetapi The Gartner gantikan secara berperingkat untuk memastikan bekalannya tidak putus.

Pada kesempatan ini, The Gartner akan kongsikan beberapa  tips untuk menanam Pak Choy dan cara-cara menjaganya.

Benih / Anak Pokok

Benih sawi boleh didapati dibeli secara online ataupun boleh dibeli di pasaraya di bahagian menjual peralatan berkebun. Benih sawi bersaiz kecil dan mudah ditiup angin atau dicuri oleh semut. Hee. Betoi, tak tipu.

Menyemai Benih

Benih boleh disemai terus ke atas tanah atau disemai di dalam semaian dan diubah kemudiannya.
Apa yang selalu The Gartner buat adalah semai di dalam bekas semaian. Beberapa lubang disediakan di permukaan tanah pada kedalaman lebih kurang 2cm dan 2 atau 3 biji benih dimasukkan ke dalam setiap lubang. Bekas semaian  disiram secukupnya dan kemudiannya dibungkus dengan plastik sebelum disimpan di tempat yang redup. Selepas 2 hari, benih akan bercambah dan diletakkan di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari. Apabila telah mempunyai 2 set daun kekal, anak pokok boleh dipindahkan ke bekas menanam.

Anak Pak Choy di dalam bekas semaian sebelum dipindahkan ke bekas menanam.
Bekas Menanam

Pak Choy boleh ditanam di atas tanah ataupun di dalam apa-apa bekas. Bekas tanaman perlu mempunyai saluran yang mencukupi untuk membolehkan air yang berlebihan keluar selepas disiram.

Tanaman Pak Choy di atas tanah dan juga di dalam pasu.
Tanah

Pastikan tanah yang digunakan mempunyai struktur yang baik dan tidak terlalu liat. Akar Pak Choy adalah dari jenis akar serabut dan pendek. Sekiranya tanah terlalu keras, akar tidak akan dapat berkembang dengan baik. Tanah juga mestilah boleh menahan air dan tidak terlalu berpasir supaya pokok tidak mudah layu ketika cuaca panas terik. Tanah perlu mempunyai saliran yang baik untuk mengelakkan akar daripada reput. Sekiranya dibiarkan, pokok akan layu dan mati walaupun disiram secara tetap. Akarnya pula akan menjadi masam dan tidak berfungsi seperti di dalam gambar di bawah.

Akar yang mengalami masalah reput disebabkan tanah yang bersaliran kurang baik.
Menyiram

Sama seperti pokok-pokok lain, The Gartner siram kesemua pokok sebanyak 2 kali sehari. Siraman pertama di sebelah pagi dan siraman kedua di sebelah petang. Siraman pada waktu petang hanyalah secara ringan untuk memulihkan pokok sekiranya cuaca terlalu panas. 

Siraman yang keterlaluan dan ditambah pula dengan tanah yang bersaliran kurang baik boleh menyebabkan akar menjadi masam.

Pembajaan

Pak Choy yang The Gartner tanam hanya dibaja sekali-sekala dengan pellet tahi ayam dan juga my favourite NPK 12:12:17:TE ataupun baja biru. Apart from that, The Gartner hanya tambahkan sedikit mulching pada pangkal pokok dari semasa ke semasa. Cara yang paling mudah adalah dengan memotong daun yang rosak atau tidak digunakan secara kecil-kecil dan taburkan di sekeliling pokok. After that, let nature do its own wonders.

Penjagaan

1. Serangga perosak - Pada peringkat awal, selalunya Pak Choy akan diserang oleh siput. Selalu periksa dan buang siput yang dijumpai. Apabila ianya semakin besar, daunnya mungkin diserang oleh belalang dan juga ulat beluncas. Since The Gartner tak menggunakan apa-apa racun untuk menghalang serangan perosak ini, The Gartner cuma pastikan pemeriksaan selalu dibuat pada waktu awal pagi dan juga waktu malam sekiranya ada kesempatan. Sekiranya terjumpa serangga perosak, penyet sajalah.
2. Nutrient Tambahan - Semburkan larutan epsom salt pada keseluruhan bahagian pokok setiap minggu (satu sudu kecil : 1.5L air). Semburan dilakukan pada waktu malam supaya pokok dapat menyerap nutrien secukupnya. Epsom salt membekalkan pokok dengan unsur magnesium dan juga sulfur yang mudah hilang daripada tanah. Taburkan juga sedikit pada pangkal pokok from time to time. 
3. Menguruskan pokok - Pastikan jarak antara setiap pokok adalah bersesuaian agar tidak menghalang cahaya matahari untuk sampai ke seluruh bahagian pokok. Sekiranya ada daun yang bertukar kuning atau kering, cabut ia keluar untuk mengelakkan pemakan bahan organik seperti ulat gonggok merayap naik ke atas pokok anda.

Penuaian

Selalunya Pak Choy boleh dituai selepas ditanam selama 30 hari. Sekiranya lambat dituai, daun mungkin akan menjadi sedikit keras dan berserat. Rasanya juga mungkin sedikit pahit berbanding daun yang dituai lebih awal. Tetapi, sekiranya saiz daun tidak cukup besar, ianya boleh dibiarkan terlebih dahulu. 

Pak Choy boleh dituai dengan cara memotong bahagian daun yang telah matang sahaja ataupun mencabut keseluruhan pokok. The choice is yours. Pokok hanya perlu dicabut dan bahagian akarnya perlu dipotong. Kalau nak makan akarnya sekali pun boleh tetapi berkongsilah resepi masakan akar pak choy anda di sini. Hee.

Pak Choy yang dituai dengan mencabut keseluruhan pokok, 15 December 2013
Disebabkan The Gartner nak dapat pokok yang cantik pun agak susah sebab masih kurang ilmu, The Gartner cuma potong daun yang cukup besar sahaja. Daun yang masih kecil dibiarkan membesar untuk tuaian seterusnya. Selepas beberapa kali dituai, pokok akan merosot dan bolehlah dicabut kesemuanya.

Pak Choy yang dituai secara memotong daun yang matang sahaja, 26 April 2014
Setakat ini, ada pokok yang The Gartner sudah tuai untuk kali keempat. Apabila dituai sebegini, batang pokok akan berbentuk agak pelik (seperti batang pokok kelapa) dan kita bleh melihat bahagian yang dahulunya adalah pangkal "pelepah" daunnya.

Batang pokok Pak Choy yang kelihatan seperti batang pokok kelapa.
Rasanya, untuk menanam sayur-sayuran berdaun dari jenis lain juga caranya tidak jauh berbeza daripada apa yang sudah The Gartner senaraikan. Insyallah, diharapkan kawan-kawan mendapat manfaat daripada apa yang telah dikongsikan.

OK. Thanks for reading. Gardening Rocks!

14 comments:

  1. Excited juga tengok pak coy yg kembang subur tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..agree..lagi excited masa tengah harvest..

      Delete
  2. memang best tanam sayur2 mcm ni, terutama sekali bila time kutip hasil :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..tu laa..time kutip hasil tu senyumm saja kalau menjadi..

      Delete
  3. tgk en.tarique semai perasaan jeles nk menyemai tu pun datang...tp nk menunggu dengan dugaan kucing,ulat alahaiiii......mendam perasaan bila teringat ke pemusnah2 tanaman ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu Qistina..dalam banyak-banyak yang saya semai..yang menjadi mungkin 4 atau 5 pokok sahaja..memang banyak dugaan berkebun ni..tapi sedap dah minat kita sama-sama layankan je laa..hahaa..

      Delete
  4. hi The Gartner,,,

    bestnya tengok hasil kebun subur sihat kan..kalau Kak RIzz ke pasarayatu, memang selalu dok belek2 benih tu..tapi belum ada keberanian nak bercucuk tanam..
    sebab, kononnya tangan akak ni panas...the gartner rasa boleh percaya ke istilah tangan panas tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try dlu Kak...jgn takut...blum try blum tahu...klau dh try n kurang menjadi bleh buat adjustment...

      Delete
  5. Agak mengujakan lihat kesegaran hasil tuaian itu... mesti rangup dan manis. Semaian saya berusia 6 hari kini tinggi 3cm... mungkin dalam 2 minggu lagi boleh alih ketapak tanam. Pohon panduan epsom salt tu dlm market ada nama tertentu? kalau boleh tunjukkn gambar lebelnya... tk.

    ReplyDelete
  6. Agak mengujakan lihat kesegaran hasil tuaian itu... mesti rangup dan manis. Semaian saya berusia 6 hari kini tinggi 3cm... mungkin dalam 2 minggu lagi boleh alih ketapak tanam. Pohon panduan epsom salt tu dlm market ada nama tertentu? kalau boleh tunjukkn gambar lebelnya... tk.

    ReplyDelete
  7. memang pakchoy tue akan kembang ya? sy ada tanam jgk di rumah..heran kenapa kembang semacam ja tak macam yg dijual :D

    ReplyDelete
  8. Sure ke tak guna apa2 baja atau racun seranga?

    ReplyDelete
  9. Ada kuantiti khusus tak untk peletakan baja tahi ayam pada tanaman pak choy. The second questions kenapa tanaman pakchoy yg ditanam sekitar (18hari) mnjadi layu jika diletak direct di bawah cahaya matahari. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Salam tuan..baru2 ni saya beli pakchoy untuk masak.ada lebihan sebelah bawahnya tu saya xbuang..saya trus letakkn dlm pasu..sehari dua lepas tu saya nmpak macam ada tumbuh daun di tengah2 keratan batang pakchoy yg saya cuba tanam tu..boleh ke semai cara yg saya buat tu?arini saya perasan keratan batang pakchoy tu ada yg dah mnjadi lembik n busuk.

    ReplyDelete