Friday 16 May 2014

Lobak Putih - Progress, Observation & Harvest

Assalamualaikum.

This is actually just a compilation of photos and notes berkenaan lobak putih yang The Gartner tanam di Backyard Garden for the first time.

Benih lobak putih ini The Gartner semaikan pada 4 April 2014 dan ianya mula bercambah pada selepas 2 hari. Sebenarnya The Gartner semaikan beberapa benih tetapi yang bercambah hanyalah 2 anak pokok. 

Fast forward - on 24 April 2014, kedua-dua pokok sudah mempunyai 3 set daun dan pertumbuhannya kelihatan agak perlahan pada 2 minggu pertama. Pada masa ini juga The Gartner noticed yang daun di bahagian bawah pokok berlubang-lubang dimakan oleh anak-anak siput. The Gartner ada ceritakan about this dalam post terdahulu (click here to read).

Lobak Putih, 6 April 2014
Lobak Putih, 24 April 2014
Lobak Putih, 9 May 2014
Lobak Putih, 13 May 2014
Setelah lebih sebulan, kedua-dua pokok sudah cukup besar dan lobak mula terbentuk di bahagian akarnya. The Gartner agak pelik kenapa bahagian lobak ini terkeluar dari tanah dan selepas beberapa hari ianya semakin menonjol keluar. Ada kawan-kawan yang advice agar dikambus semula bahagian yang terkeluar untuk mengelakkan serangan perosak tetapi disebabkan bahagian yang terkeluar itu agak tinggi, The Gartner decide untuk cabut kedua-duanya pada 14 May 2014.

Lobak putih pada pokok #1, 9 May 2014
Lobak putih pada pokok #1, 14 May 2014
Lobak putih pada pokok #2, 9 May 2014
Lobak putih pada pokok #2, 14 May 2014
Setelah dicabut, barulah persoalan mengapa lobak ini menonjol keluar terjawab dengan sendirinya.

Rupa-rupanya, bahagian hujung lobak sudah menyentuh bahagian bawang tong styrofoam, so bila lobak terus membesar, there's no other direction to go except UP. Hahaa. Note to self - selepas ni kalau nak tanam lobak putih, kena pastikan tanah dalam tong adalah pada kedalaman yang sesuai.

Lobak putih pada pokok #1 yang telah dicabut.
Daun lobak putih pada pokok #1.
Pada pandangan The Gartner, menanam lobak putih ini agak mudah disebabkan ianya tidak memerlukan perhatian yang rapi, cukup sekadar pastikan dibekalkan air yang mencukupi dan pastikan tiada siput atau perosak lain yang makan daun-daunnya. Currently, The Gartner masih ada 2 anak pokok yang sedang membesar which will be my harvest for next month.

So, gambar di bawah adalah hasil tuaian lobak putih from Backyard Garden pada 14 May 2014. The Gartner agak berpuas hati and I'll try it again for sure.

Kedua-dua lobak putih yang telah dicabut, 14 May 2014
Kepada kawan-kawan di group Facebook, Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri, thanks for your support.

Sekiranya ada apa-apa persoalan, feel free to comment or email me at tarique.syahman@gmail.com.

That's all for now. Thanks for reading. Gardening Rocks!

No comments:

Post a Comment