Tuesday 21 October 2014

Frontyard Patch - 18 October 2014

Assalamualaikum.

Kali ini The Gartner nak kongsikan gambar patch di hadapan rumah yang The Gartner mulakan pada 30 August 2014 lepas. Tanah di bahagian depan rumah The Gartner agak keras dan berstruktur tanah liat jadi The Gartner ambil keputusan untuk buatkan batas untuk menanam sayur. After so many considerations, The Gartner semaikan benih pokok bendi memandangkan ianya lebih tahan lasak berbanding pokok lain. Lagipun, tanah di bahagian depan rumah ini terdedah kepada direct sunlight sepanjang hari.

Frontyard Patch, 7 September 2014
Gambar di atas ini diambil pada 7 October 2014 dan anak pokok bendi sudah mula muncul di sebalik sungkupan daun tebu yang tersangat kreatif dan inovatif. Hahaa. Inilah dia teknik sungkupan level pemalas. Kalau nak tiru, silakan. Hahaa.

Alhamdulillah, hujan turun beberapa hari berturut-turut selepas The Gartner menyemai. That surely helps the seeds to germinate. Fast forward satu bulan dan 10 hari, inilah rupa Frontyard Patch saya sekarang ini.

Frontyard Patch, 18 October 2014
Alhamdulillah, pokok bendi tumbuh dengan subur dan mula berbuah. Ditambah pula dengan pokok Kucing Galak yang tumbuh sendiri dengan galaknya. Yang tak berubah cuma satu sahaja, teknik sungkupan yang The Gartner aplikasikan sebelum ini. Teknik sungkupan level pemalas still berjalan. Haha.

Apa yang The Gartner observe, pelepah-pelepah daun tebu yang The Gartner letakkan di bahagian batas yang rendah menjadi tempat berkumpulnya makhluk yang memakan bahan-bahan organik seperti ulat gonggok dan lain-lain. Disebabkan patch ini jauh sedikit dari pili air (paip air pula pendek), The Gartner cuma pancutkan air dari jauh sahaja ke bahagian yang  telah disungkup. Indirectly, sungkupan tadi absorb the impact of the crushing water lalu mengelakkan tanah daripada bertaburan ke merata tempat. Hmm..kadangkala idea pemalas pun ada faedahnya, kan? Hahaa.

InsyaAllah, The Gartner akan updatekan berkenaan pokok di bahagian ini di masa lain. There are also some observation yang The Gartner harap dapat kongsikan berkenaan pokok bendi dan juga musuh ketatnya -ulat pengorek buah dan batang. Observation ini mungkin agak pelik dan diluar kebiasaan. We'll see how things turned out. The Gartner akan karangkan apa yang The Gartner perhatikan.

OK. Until laters.

Thanks for reading. Gardening Rocks!

6 comments:

  1. TG

    Seronoknya tgk
    Gemok2 pokok bendi.

    Saya sampai skrg tak kenal pokok galak kucing rupanya camner, TG Boleh tak closeup
    Sket gambarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMIIZAA boleh rujuk posting saya yang lepas lepas. Di sini http://backyardgartner.blogspot.com/2013/12/tumbuh-walaupun-tak-ditanam-2.html

      Delete
  2. Hampir 2 tahun sy menanam bendi...baru sebulan 2 ni sy dapat hasil pokok bendi yg berdaun lebar mcm TG punya ni....Rasanya disebabkan teknik sungkupan dan bahan kompos....cuma hasil buah nya saja tak besar n panjang...ketot saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..saya belajar gardening bermula dengan bendi..tanam ni pun sebenarnya saja nak ingat balik excitement memetik bendi..mungkin yang Nadia tanam tu varieti yang pendek..lepas ni boleh cuba yang panjang pula..

      Delete
  3. Salam Tarique,

    Menjadi nampak sungkupan tu, serves it's purpose well! Dah bertahun Mak Aji tak tanam bendi, teringinlah pulak melihatkan Tarique punya yang subur ni. Kucing galak tu apa khasiatnya ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tanamlah Mak Aji..best woo..saya pun kurang arif khasiat Kucing Galak. Boleh rujuk di dalam posting saya yang dulu-dulu ni. http://backyardgartner.blogspot.com/2013/12/tumbuh-walaupun-tak-ditanam-2.html

      Delete