Thursday 30 October 2014

Pengajaran Daripada Ulat & Bendi

Assalamualaikum.

Dua minggu lepas The Gartner ada updatekan berkenaan Frontyard Patch yang ditanam dengan pokok bendi. The Gartner juga ada highlight berkenaan musuh utama pokok bendi iaitu ulat pengorek batang dan buah. 

Semasa The Gartner membelek-belek pokok bendi di Frontyard Patch di pagi 18 October yang lepas, The Gartner sudah ternampak yang beberapa pokok layu di bahagian pucuknya. The Gartner pun dah agak yang pastinya ada ulat yang dah menebuk dan melepak di dalam batangnya. Cara untuk mengenal serangan perosak ini adalah melalui tinggalan bintil-bintil hitam di bahagian batang yang dirosakkan. Bintil-bintil hitam ini adalah najis ulat tadi.

Bahagian batang yang ditebuk oleh ulat, 18 October 2014.
Bahagian batang yang ditebuk oleh ulat pada pokok yang lain, 18 October 2014
So, The Gartner pun kopek batang yang ditebuk ulat tersebut, dan potong ulat tersebut kepada dua bahagian walaupun rasa kasihan. Ulat tu kecil sahaja, nampak macam tak bersalah. The Gartner pun tak sampai hati nak bunuh tapi nak buat macam mana; kalau dibiarkan habislah pokok. Kalau dibunuh, rasanya seperti menghalang rezeki yang Allah telah tetapkan pada makhluk yang kecil ini. Pada The Gartner, apa yang dirosakkan oleh ulat ini adalah bahagian yang tak dapat kita manfaatkan. Sebabnya, kita hanya makan buah bendi, bukannya batang bendi. I'm filled with remorse. Nak biarkan atau nak dibunuh.

Semasa The Gartner tengah mencari ulat yang lain, The Gartner noticed sesuatu. Rasanya, semua yang pernah menanam bendi tahu yang pokok ini tumbuhnya menegak tanpa cabang. Kalau kita hendakkan ianya bercabang, pokok perlu dipangkas pada tahap tertentu supaya cabang yang baru akan keluar. 

Tetapi, beberapa pokok yang diserang oleh ulat ini, walaupun bahagian pucuknya mati, di bahagian bawahnya cabang-cabang baru mula muncul. Bukan satu, tetapi dua tiga!

Cabang baru pada pokok yang pucuknya dimakan ulat.
Cabang baru pada pokok yang lain.
Cabang baru pada pokok yang lain.
Subhanallah, The Gartner terkedu. Begitu indah sekali ciptaan Allah. Sesuatu yang kita nampak seperti perosak, dan perampas rezeki kita, rupa-rupanya membawa hikmah yang terselindung. Disebabkan pucuknya yang mati, pokok ini dengan kuasa Allah mengeluarkan cabang-cabang yang baru untuk menggantikan cabangnya yang lama.

The Gartner simpan dulu cerita ini minggu lepas untuk observe lagi perkembangan cabang-cabang baru pokok bendi ini. Pada 28 October 2014, The Gartner ambil gambar kesemuanya sekali lagi. Cuba bandingkan.
Frontyard Patch, 28 October 2014
Frontyard Patch, 18 October 2014
Walaupun ulat-ulat 'perosak' itu dibiarkan, apa yang kurang? Nothing! Cabang-cabang baru yang muncul tadi pula semakin lama semakin membesar. Di dalam gambar di bawah ini dapat diperhatikan bahagian yang rosak tadi sembuh semula. Cabang yang baru tumbuh pula terus membesar.

Pokok Bendi, 18 October 2014
Pokok Bendi, 28 October 2014
Pada salah satu pokok, cabangnya bukan sahaja tumbuh subur, tetapi berserta sekali dengan putik bunga yang bakal menjadi buah. Apa yang hilang? Apa yang rugi? Nothing! Tetapi bertambah-tambah pula. Minggu ini The Gartner sudah mula memetik bendi-bendi yang sudah cukup besar. Tiada pokok yang mati. Semuanya sihat tanpa cacat cela. Alhamdulillah.

Cabang pada pokok lain yang terus membesar dan berputik.
Inilah pengajaran yang dapat The Gartner perhatikan daripada interaksi antara ulat dan pokok bendi ini. Mungkin ianya kurang signifikan pada orang lain, tetapi bagi The Gartner, this means a lot.

Apa yang ingin The Gartner sampaikan; kadangkala apa yang nampak buruk di mata kita, sebenarnya membawa manfaat kepada kita. Dalam berkebun ini, seringkali tanaman kita dimakan oleh makhluk Allah yang lain. If that happens, janganlah ada perasaaan marah. Buangkan perasaan itu jauh-jauh. Berniatlah agar tanaman kita menjadi sedekah kepada setiap makhluk Allah yang mengambil manfaat daripadanya bermula di saat kita menyemai benihnya. Dan bersyukurlah apabila melihat daun-daun yang berlubang, buah-buah yang ditebuk; kerana sesuatu yang hilang daripada kita itu, pasti Allah akan gantikan dengan yang lebih baik, dan berlipat ganda balasannya, di dunia dan di akhirat. Belum tentu daun-daun, buah-buah, dan batang-batang tersebut membawa manfaat kepada kita. Tetapi apabila ianya dimakan atau dimanfaatkan oleh makhluk Allah yang lain, pahala itu mengalir masuk tanpa kita sedari. Yang penting, ikhlaskan niat, semuanya kerana mengharapkan keredhaan Allah.

Subhanallah. Alhamdulillah. La iilahaillallah. Allahuakbar.

Berkebun ini sebenarnya banyak mengajar kita tentang kekuasaan Allah dan membuatkan kita sedar betapa kerdilnya kita sebagai makhluk Allah. Tetapi, most of the time we failed to see what is happening in front of our very eyes. Banyak yang The Gartner ingin kongsikan, tetapi mungkin di masa hadapan. InsyaAllah.

Thanks for reading.

Gardening Rocks dan Ianya Suatu Ibadah.

5 comments:

  1. Betul tu, kak pun selalu rasa bersalah bila membunuh makhluk perosak. Tak dapat nak ikhlas hati biarkan mereka makan dan cacatkan pokok2 kita..Selalunya kak tak bunuh semua dan tak pakai racun cuma bunuh yang jumpa depan mata aja..

    ReplyDelete
  2. Ulat ni ada faedah pd pkk bendi tu sama mcm Diana KBB ckp pasal ulat yg mkn daun Limau purut & Jadikan pkk bercabang. Tp kalau whitefly, mealy bugs semua tu betul2 perosak je. Anyhow, sy geli sgt bab2 ulat ni.

    ReplyDelete
  3. Ulat2 atau siput2 yg selalu saya jumpa, yg tgh melepak2 kat daun2 etc, saya x bunuh tp lontar jauh2 dlm semak, as long as jauh dr kebun kecil saya, saya pun x sanggup nak bunuh.

    ReplyDelete
  4. Salam Tarique,

    Thanks for the reminder, kita ni kadang2 ditelan dek rasa geram lupa semua ni! Moga timbul rasa reda dan ikhlas akan rezeki yang Allah kurniakan kpd 'mereka' juga!

    ReplyDelete
  5. Pernah alami kejadian yang sama, pada pokok bendi, terus cantas
    musim kedua bendi kurang menjadi, kena cari ilmu lagi kot

    ReplyDelete