Monday 9 June 2014

Backyard Garden Update - 8 June 2014

Assalamualaikum.

Walaupun The Gartner baru saja buat posting Backyard Garden Update minggu lepas, minggu ni pun nak buat jugak sebab banyak benda dah dibuat over the weekend. Terima Kasih kepada The Wife dan The Baby yang bekerjasama tak mengganggu The Gartner buat kerja. Hahaa.

Antara benda yang dah settle over the weekend;
  1. The Gartner dah pindahkan anak pokok mangga yang ditanam dalam bekas yang kecil ke atas tanah di hadapan rumah. Akar pokok mangga sudah mula memenuhi bekas dan pokok juga macam sudah stop membesar. Hopefully, bila dah tanam di atas tanah, akan membesar dengan jayanya.
  2. Semua pokok Cherry Tomato pelbagai jenis dicabut keluar dan dibuang. The Gartner dah tak tahan melihat daun-daun yang mati diserang larva kumbang kura-kura so cabut kesemuanya dan kecuali satu pokok yang sedang berbuah.
  3. Pokok Cili Bara yang hidup segan mati tak mahu dipangkas sehingga tinggal ranting yang keluar pucuk sahaja. Sebab sayang nak buang, so The Gartner biarkan dulu, hopefully recover balik.
  4. Merumput dan merampai here and there. 
  5. The Gartner kemaskan raised bed dan tambahkan dengan tanah hitam yang diimport dari Alor Setar. Mix with some pellet tahi ayam dan biarkan sekejap sementara menunggu anak pokok pak choy batch baru. 
  6. Cabut lobak putih di dalam tong styrofoam dan tambahkan juga dengan tanah hitam. Tanah asal agak dipenuhi dengan clay so rasanya nak kena adjust lagi dengan tambahan pasir.
  7. Check anak pokok di dalam pasu. Yang berjaya hanyalah Sweet Basil sahaja. Benih lain nak kena cuba lagi.
Yang The Gartner lupa nak buat adalah trim daun pokok serai dan kemaskan besen yang ditanam dengan ubi sayur dan daun kesum. Maybe next weekend baru buat ni.

So, you can see the difference from the photos. Actually tak banyak pun yang berubah. Hahaa. Cuma tak ada lagi pokok-pokok yang mati dan kekeringan.

Overview from Right
Sebelum
Selepas
Overview from Left
Sebelum
Selepas
Overview Raised Bed
Sebelum
Selepas
Overview Bekas Cambahan
Sebelum
Selepas
Bekas 20L yang diisi dengan pokok Cherry Tomato sebelum ini the Gartner gunakan sebagai tempat untuk cambahkan keratan mulberry sementara menanti anak pokok yang sesuai. Keratan mulberry ini kemudiannya The Gartner akan pindahkan ke dalam polybag. Alhamdulillah, banyak juga yang menjadi.

Bekas Cherry Tomato yang sudah kosong.
Cambahan keratan mulberry dalam tong 20L.
Rasanya selepas ini The Gartner nak focus more on sayuran jenis daun. The Baby pun sekarang sudah kurang gemar makan cherry tomato so The Gartner nak cuba tanam pokok lain pula.

That's all for now. Thanks for reading. Gardening Rocks!

No comments:

Post a Comment