Tuesday, 11 February 2014

Backyard Garden Update - 9 February 2014

Assalamualaikum.

Hujung minggu yang lepas The Gartner ambil kesempatan untuk kemaskan sikit Backyard Garden. Tengok dalam gambar macam tak banyak sangat perubahan but it took me almost an afternoon to complete everything. Banyak masa terbuang untuk hard-pruning pokok cherry tomato yang banyak rantingnya dah mati.

The Gartner cuba nak set up sprinkler DIY tapi disebabkan cuaca yang terlampau panas jadi terpaksa dipostpone ke hari yang lain pula. Paip yang dipasang ke pagar dua tiga hari lepas dibiarkan saja sebab rasanya macam kurang sesuai. Mungkin perlu dipasang rendah sedikit. Kayu-kayu lebihan dari yang diguna untuk membuat raised bed dahulu The Gartner lapikkan ke atas tanah untuk kurangkan pertumbuhan rumput.

Backyard Garden, 8 February 2014
Backyard Garden, 9 February 2014
Pokok Timun Mini yang ditanam sebelum ini sudah mula belajar memanjat jadi The Gartner sediakan pancang untuk directkan pokok agar menjalar di pagar. Hopefully menjadi walaupun serangan kumbang agak dasyat. Habis semua daun-daun dirobek-robek tak ada satu pun yang tanpa cacat cela.

Backyard Garden, 8 February 2014
Backyard Garden, 9 February 2014
So, kali ini The Gartner just nak share tahap perkembangan Tomato XX yang sekarang ni sudah mula berbuah dan menunggu ranum. Actually pokok ini disemai secara tak sengaja near the end of November 2013 dan The Gartner terus jaga to see how the fruit looks like.

Tomato XX, 10 December 2013
Tomato XX, 19 December 2013
Pada mulanya, setiap anak tomato ditanam dalam bekas 5L. Namun begitu apabila sudah mula membesar, The Gartner pindahkan ke pasu yang lebih besar. Walaupun The Gartner suka tanam dalam container 45L, tetapi disebabkan nak mencuba, pokok hanya ditanam dalam pasu biasa yang bersaiz sederhana, probably 10L.

Selepas hampir sebulan, pokok tomato ini mula berbunga. Tapi, pada peringkat awal, memang berbunga but it never set fruit. The Gartner hanya sabar menunggu dan pastikan pokok dijaga seperti biasa.

Tomato XX, 28 December 2013
Tomato XX, 28 December 2013
Tomato XX, 4 January 2014
Tomato XX, 4 January 2014
Pada penghujung January, salah satu pokok akhirnya berjaya menghasilkan beberapa biji buah walaupun hanya ditanam dalam bekas 5L. Oleh kerana asyik layu disebabkan kapasiti takungan air dalam bekas yang terlalu kecil, The Gartner pindahkan pokok ini ke bekas yang lebih besar.

30 January 2014
30 January 2014
Kesemuanya ada 4 pokok Tomato XX, tetapi salah satu mengalami masalah reput batang dan dipindahkan ke tanah. The Gartner ada ceritakan dahulu di sini. Pokok yang didalam gambar di atas ini pula dipindah ke dalam tong styrofoam dan dipancang dengan buluh. So far, pokok ini dalam keadaan sihat and the last time The Gartner checked, ada a few more buah terbentuk di bahagian batang yang lebih muda.

Gambar di bawah ini adalah gambar terbaru my beloved tomatoes. Hahaa. I love them tomatoessss. Semalam, 10 January 2014, The Gartner sempat pindahkan kedua-dua pokok dalam pasu ke dalam bekas styrofoam yang lebih besar. Both pokok digabung dalam satu bekas and hopefully lebih menjadi compared to tanam dalam pasu. Tapi sorry, gambar lupa nak snap sebab kalut sangat pagi tadi. Hee.

Tomato XX, 3 February 2014
Hmm..sedar tak sedar, all these tomatoes dah berumur almost 2 bulan. Starting as anak pokok in December, and now dah berbuah in February. Nice..

Last weekend The Gartner sempat pergi ke Jaya Grocer, Bandar Baru Bangi and bought some cherry tomatoes probably dari jenis Cherry Red dan satu lagi jenis yang tak dikenali. Lepas ni nak cuba tanam yang tu pulak daripada benih yang diambil dari buah. Bagi The Gartner, tomato adalah tanaman yang sangat rewarding dan mudah dijaga. Kepada sesiapa yang berminat, you can refer to my previous post here on a few beginner's tips to plant tomatoes dengan jayanya. Hee.

OK. That's all for now. Until later.

Thanks for reading. Gardening Rocks!

2 comments: