Monday, 17 February 2014

Backyard Garden Update - 17 February 2014

Assalamualaikum.

Kali ini The Gartner would like to update apa yang berlaku di Backyard Garden sepanjang minggu lepas.

Disebabkan cuaca yang panas melampau sejak kebelakangan ini, buah tomato yang sedang menunggu masak mengalami masalah cracking ataupun splitting. Daripada apa yang The Gartner baca, masalah ini disebabkan oleh penyiraman yang tidak cukup kerap dan kurang tepat masanya. Apabila pokok menyerap air, bahagian dalam buah akan mengembang terlebih dahulu menyebabkan kulit luarnya merekah. Salah satu sebab lain yang mungkin puncanya adalah tomato ini bukan dari jenis drought resistant. 

Pokok yang The Gartner pindahkan ke tanah sebelum ini terpaksa dicabut kerana kadar pertumbuhannya yang seakan-akan telah berhenti. So, the first tomato terpaksa diharvest walaupun belum merah dan cracking teruk. However, rasanya tetap rangup dan banyak kali lebih sedap compared to store-bought tomatoes.

Tomato yang ditanam dalam tong styrofoam pula masih bertahan dan kesan cracking agak kurang berbanding dengan yang ditanam di atas tanah. The Gartner masih menunggu and hopefully this one boleh dipetik apabila sudah cukup masak.

Tomato yang ditanam di atas tanah dengan kesan cracking.
Cracking kurang ketara pada tomato dalam bekas styrofoam.
Buah lain yang lebih muda pada pokok dalam bekas styrofoam.
Gambar di bawah ini menunjukkan pokok tomato yang diubah daripada dalam bekas ke tanah sebelum ini tetapi pembesarannya terhenti. Gambar di sebelahnya pula adalah akar yang tumbuh pada bahagian batang apabila pokok tomato ditanam, seperti yang pernah The Gartner ceritakan dalam update sebelum ini.

Pokok Tomato XX yang diubah ke tanah sebelum ini.
Akar yang terbentuk pada bahagian batang yang ditanam.
Pokok Terung Panjang di Backyard Garden terus menerus dihinggap aphid sehingga The Gartner ambil keputusan untuk terminate kedua-duanya. Sorry, my terung. The reason is aphid terlalu banyak sampaikan bila daun disentuh, aphid-aphid bertenggek pula di tangan. Semut-semut pula semakin banyak - siap buat sarang di sebelah pokok terung. The Gartner juga nampak semut-semut yang mencari makan mengangkut other bugs and worms masuk ke dalam sarang so to prevent further damage, the pokok terung have to go away. Anyway, The Gartner still harvest terung yang telah terbentuk sepanjang telapak tangan. Terung yang berbentuk pelik dan kurang menjadi dibuang jauh-jauh. Hee.

Pokok Terung, 16 February 2014
Terung yang berjaya terbentuk.
Terung yang berbentuk pelik.
Terung yang teruk diserang aphid.
Pokok Kacang Panjang Renek yang ditanam dalam bekas 5L juga The Gartner cabut disebabkan kurang gemar nak dimakan. Rasanya pengalaman menanam Kacang Panjang Renek ini sudah mencukupi untuk dicuba di lain kali jadi pokok-pokok yang ada dipaksa bersara. Semoga berjumpa di kesempatan lain pula. Hee.

Kacang Panjang Renek, 16 February 2014
Kacang Panjang Renek yang telah dicabut.
Salah satu pokok Cherry Tomato yang telah kering juga The Gartner cabut keluar dari container 45L. Selepas diketuk-ketuk untuk buang lebihan tanah, The Gartner noticed yang bahagian akarnya ada banyak nodes, sama seperti pada pokok kacang. I don't really know what it is sebab selalunya akar tomato hanya akar serabut. Anybody yang ada info, feel free to share in the comment box.

Akar Pokok Cherry Tomato yang telah dicabut.
Anyway, tempat pokok yang dicabut ini diganti pula dengan anak Cherry Tomato yang dicambahkan dari keratan batang yang patah. Alhamdulillah, walaupun saiznya masih kecil, namun begitu sudah mula berbunga. The reason The Gartner tanam semula pokok ini adalah agar supply of this type of cherry tomato tak putus since The Baby suka sangat-sangat. Hopefully anak pokok ini menjadi-jadi seperti induknya juga. Aamiinn..

Anak pokok Cherry Tomato dari keratan batang.
Bunga pada anak pokok Cherry Tomato.
So, gambar di bawah ini menunjukkan saki baki pokok Cherry Tomato yang sangat menjadi sebelum ini. Sekarang ini dalam fasa recovery. The Gartner akan cuba pastikan ia terus berbunga dan berbuah selama yang mungkin. Currently induk yang masih sihat cuma tinggal 2 pokok. Another 2 pokok masih lagi dalam peringkat anak-anak.

Cherry Tomato, 17 February 2014
Cherry Tomato, 17 February 2014
Seterusnya, pokok Mini Cucumber yang ditanam sebelum ini, walaupun terbantut, sudah mula mengeluarkan bunga jantan dan betina. The Gartner pun hairan, rasanya pokok ini masih kecil. Atau sebenarnya pokok dah cukup umur tetapi bantut sebab yang menanamnya pun main hentam sahaja. Hahaa. Memanglah namanya Mini Cucumber, tapi takkanlah daun baru 6 helai dah tak sabar nak berbuah. So, just wait and see..tunggu dan lihat apa yang akan terjadi.

Mini Cucumber, 16 February 2014
Mini Cucumber - Bunga Betina
Mini Cucumber - Bunga Jantan
Mini Cucumber yang tak sabar nak berbuah.
Jadi, setelah semuanya dikemas-kemas dan sampah-sampah dibuang-buang, below are the latest photos of Backyard Garden taken on 17 February 2014.Currently, ada beberapa anak pokok cherry tomato dari jenis Cherry Red dan satu pokok dari jenis Yellow Pear masih dalam peringkat pembesaran. The Gartner akan update about that later.

Backyard Garden, 17 February 2014 - Raised Bed
Backyard Garden, 17 February 2014 - Containers
Backyard Garden, 17 February 2014
Backyard Garden, 17 February 2014
And last but not least, below here is the photo of my harvest for 17 February 2014.

My Harvest, 17 February 2014
I hope you have a good read. Kalau ada apa-apa persoalan atau komen, janganlah segan silu untuk bertanya atau berkongsi. Pastinya sangat dihargai. Hee.

OK. Thanks for reading. Until later. Gardening Rocks.

11 comments:

  1. terbaekkk! saya mengidamkan raise bed macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa..Awin boleh buat yang lebih cantik..saya punya buat daripada kayu terpakai saja..

      Delete
  2. Saya pon dok berangan nak buat raised bed ni.....tp rumah penuh simen hehehe skrg musim panas.....pokok tomato saya pon ada yg kering......so skrg saya siram 2x sehari......alhamdulillah so far ok la.....tp si mealy bug dah dtg nak main2 kat pokok tomato tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lynna..boleh cuba buat raised bed atas simen..bawah lapik plastik..hee..setakat ni belum ada mealy bug mengganggu lagi..hopefully tak akan adalah sebab susah nak setelkan kalau dah ada..

      Delete
  3. Ini baru dikaterkaten gardener tegar... hebat betul.. Kagun saye walau laman sebsar tu macam2 teknik dan hasil yg berbaloi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pedasdanmanis..saya gardener biasa saja..tanam pun pokok-pokok biasa saja..entah bila nak sampai tahap Pedasdanmanis..banyak lagi ilmu kena cari..hahaa..

      Delete
  4. Hi Tarique,

    Amboi garden bed dia...

    Baru nampak muka tuan tanah ni ye? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Honey..garden bed saya biasa saja..hahaa..tu laa..baru nak letak muka..sebelum ni letak gambar buah saja..

      Delete
  5. teratur susunan garden ni...sy pun nk raised bed dari kayu mcm tu...tapi atas sebab tertentu...hanya dapat guna batu bata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks..saya guna kayu sebab tak ada batu bata..hahaa..terbalik pula..

      Delete