Saturday, 1 February 2014

Bugs and Pests @ the Backyard Garden

Assalamualaikum.

Happy Chinese New Year to our Chinese friends.

Last week The Gartner terpaksa melepak di hospital disebabkan The Baby demam berpanjangan and kena warded starting on Sunday for observation. Although demamnya tak teruk, The Gartner hantarkan juga since bila malam saja temperature badannya melonjak. Yang peliknya, she remains a happy baby and keep on main-main macam biasa. So, after 4 days bermain-main dalam ward The Baby dah boleh keluar and now we are in Alor Setar, lepak kat rumah The Mother.

Throughout the week, tak banyak masa yang The Gartner spend at the Backyard Garden sebab banyak melepak di hospital. The Gartner cuma sempat menyiram pokok-pokok and check for bugs and infection. Dekat bawah are photos of some of the ulat-ulat dan pests yang ditemui di Backyard Garden.

- - - - - - - - - -

The Gartner noticed yang semut-semut pada pokok Kacang Panjang Renek macam agak teruja berlari kesana-sini. Rupa-rupanya sibuk melayan ulat yang tengah sedap membaham kacang panjang yang baru terbentuk. Another one pula tengah sibuk membaham bahagian bunga yang baru nak terbentuk. Saiznya kedua-dua ulat agak kecil mungkin kerana masih muda. Kalau dah ready nak jadi kepompong, tak tahulah berapa besar saiznya. Ulat ni The Gartner biarkan saja kendurikan apa yang ada. Rezeki masing-masing - hari ini hari ulat.

Ulat hijau pada kacang panjang.
Saiz ulat yang membaham kacang panjang.
Di daun pokok terung pula The Gartner nampak ada a few larva kecil berwarna putih. Probably larva ladybird so dibiarkan juga hopefully membesar menjadi ladybird yang pelahap dan tolong baham all those aphids yang mengganggu pokok-pokok yang sedang berbunga.

Ulat hijau pada bahagian bunga kacang panjang.
Larva ladybird ke ni?
Di laman depan pula, 3 ekor beluncas berwarna hitam sibuk mengendurikan daun pokok limau. Memang sedap tengok the three of them membaham daun-daun limau yang baru tumbuh dan masih belum keras. Disebabkan daun pokok limau ni banyak, beluncas ini juga dibiarkan terus bermaharajalela. Hopefully all of them turns into beautiful butterflies and help to pollinate my tomatoes at the back. Hahaa.

Daun limau habis dikerjakan beluncas.
Seekor lagi beluncas sedang berpesta daun.
Buah mulberry yang sebelum ini hijau sudah mula bertukar menjadi merah dan hitam. Semasa tengah membelek-belek buah yang tak seberapa ini, The Gartner noticed a weird looking beluncas tengah melepak di atas buah. Saiznya kecil tetapi berbulu banyak. It just sit still walaupun The Gartner tiup-tiup to see dia hidup lagi ke tak. Hmm..ini pun dibiarkan juga. Adat berkebun, kadang-kadang hasil yang kita dapat sebenarnya adalah rezeki makhluk lain.

Mulberry yang sedang masak.
Ulat beluncas berbulu dia atas buah mulberry.
Anak pokok Mini Cucumber juga tumbuh tanpa sebarang masalah. Cuma..baru nak keluar daun dah kena ngapp - probably hasil kerja tangan siput ataupun belalang. Harap-harap dapat tangkap suspek in action dan kenakan hukuman setimpal.

Akak pokok Mini Cucumber yang dimakan oleh suspek tersebut.
Pokok terung semakin galak berbunga dan as usual, bila ada bunga pasti ada aphidnya. The Gartner spotted an unknown bug pada kudup bunga yang belum berkembang - selamba lagi. Then, The Gartner spotted bunga yang kena hurung dengan some aphids - tak terkejut sangat, OK lagi. Selepas itu..

Serangga tak dikenali pada bunga terung.
Aphid yang menghurungi bunga terung.
Selepas itu The Gartner tengok bahagian bawah bunga - sila rujuk gambar di bawah.

Aphids pada bunga terung.
Geli wooooo.....
Masyaallah..banyaknya aphid berkerumun I cannot accept this. Terus tenyeh dengan tapak selipar. Kill it with fire. Don't let it breed.Geli..geli..geli...tengok depan-depan lagi geli. Huiii..

Lepas ni kena pay more attention to the plants. Dan juga apply some deterrents untuk elakkan makhluk perosak macam ni. I can tolerate bugs, snails, ants, caterpillars..tapi aphids are a no-no. Geli wooo tengok semuanya berkerumun macam dalam sarang alien. Hahaa.

OK. That's all for now. Until later.

No comments:

Post a Comment