Showing posts with label Serai. Show all posts
Showing posts with label Serai. Show all posts

Saturday, 30 November 2013

Harvest Petang Jumaat - 29 November 2013

Assalamualaikum.

The Gartner kena balik ke kampung malam tadi so balik sahaja dari tempat kerja terus harvest bendi, cili padi bara dan cili besar untuk dibawa pulang ke Alor Setar. The Mother juga seorang gardener, so nak bagi dia merasa hasil tangan anaknya sambil ambil hati sebab dah lama tak balik. Hee.
Harvest petang Jumaat, 30 November 2013
Cili besar ini asalnya ditanam di Backyard Garden tetapi terpaksa di ubah ke halaman hadapan sebab tak cukup ruang. Kesemua pokok cili disemai pada 1 August 2013 dan sudah banyak berbuah. Walaupun buahnya tidaklah sebesar dan secantik cili besar yang dijual di kedai, but not bad laa for a backyard gardener. Hee. The Gartner kurang pasti cili besar ini dari varieti apa sebab ditanam dari benih daripada buah yang dibeli di pasar.

Pokok cili sekarang ni menghadapi masalah kulat di daun yang menyebabkan daun bertukar kuning dan selepas itu luruh. The Gartner sudah mencuba rawat menggunakan semburan air bawang putih dan halia tapi baru sekali sahaja. Nak kena buat lebih kerap sampai penyakit hilang. At the same time juga kena pastikan pokok cukup nutrien sebab pokok juga ada sistem pertahanan  diri sendiri yang akan jadi lemah kalau tak cukup zat. Sama seperti manusia - tak cukup zat, mudah kena penyakit.

Pokok Cili Besar di halaman depan.
Pokok Cili Besar sedang berbuah.
Cili Besar yang sudah boleh dituai.

Cili padi bara ini juga disemai pada hari yang sama dengan cili besar tadi. Cili padi bara ini berasal dari Indonesia dan rasanya lebih pedas dari cili api biasa. Ada yang memanggilnya cili bara sahaja. 2 pokok cili bara ini ditanam dalam container 30L dan buahnya sudah mula masak peringkat demi peringkat sejak bulan lepas. Menanam pokok cili agak mencabar sekiranya kita mahu ia berbuah mengikut masa yang ditetapkan atau dalam skala yang besar. Sebab itulah banyak tanaman cili diusahakan secara fertigasi.

Pokok Cili Bara di Backyard Garden.
Cili Bara at different stage of maturity.
Cili Bara yang masih hijau.
Selain itu pokok serai yang ditanam di halaman depan juga dituai sebab The Mother request. Malam sebelumnya satu rumpun serai dikorbankan dan selepas diproses dapatlah lebih kurang 2 kilogram serai untuk dibawa pulang ke kampung. The Gartner cuma simpan satu batang serai sahaja untuk ditanam semula. Serai sebaiknya dituai sebelum ia terlalu tua, selalunya dalam umurnya 6 - 8 bulan namun bergantung kepada saiz, kadar tumbesaran dan varietinya.

Serai yang dituai malam sebelumnya.
That's all for now. Nak kena bersiap-siap untuk majlis pertunangan adik perempuan The Garner.

OK. Thanks for reading.

Friday, 22 November 2013

5 Months Later - January 2013

Assalamualaikum..

Gambar-gambar kat sini pulak taken on 21 January 2013. Dah boleh nampak perubahan yang berlaku pada Backyard Garden ini. Pokok-pokok dah membesar dan berbunga. Sebenarnya gambar-gambar ni banyak diambil semasa mula-mula sahaja. Selepas pokok bendi dah berbuah, The Gartner pun dah terlupa nak ambil gambar. Rugi juga, kalau tak boleh share it here.

Photo taken on 25 December 2012
Photo taken on 21 January 2013
Photo taken on 25 December 2012
Photo taken on 21 January 2013
 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
 Pokok bendi yang ditanam dalam lubang kompos terbukti lebih subur daripada tempat lain. Serai wangi pun dah banyak daun dan tak keding lagi.

Photo taken on 25 December 2012
Photo taken on 21 January 2013
 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Pokok bendi dah membesar sampai ke paras pinggang. Serai makan pula terpaksa ditrim sebab dah block cahaya matahari ke pokok bendi.

Photo taken on 25 December 2012



Photo taken on 21 January 2013
 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Peria pun dah banyak daun dan mula berbunga. Labu dah mula memanjat ke pagar sebelah. Bunga jantan dah mula keluar.

Photo taken on 25 December 2012



Photo taken on 21 January 2013



 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Yang kat bawah ni pulak suka-suka ditanam dalam pasu-pasu kecil. Ada daun bawang, bawang putih, halia dan pegaga. Yang di dalam bekas biru itu benih mangga harum manis yang disemai dari biji.


Pegaga yang ditanam kering lepas 2-3 hari sebab terlalu panas. Daun bawang dan bawang putih pun tak tahan lama. Yang masih ada sampai sekarang ialah pokok halia. The Gartner dah tak pernah beli halia di kedai sejak tanam di Backyard Garden ni. Sebab setiap kali masak pun nak pakai pun sedikit sahaja. Plus, masak pun jarang-jarang. Hehehee..


Wednesday, 20 November 2013

4 Months Later - December 2012

Assalamualaikum.

Sebenarnya ini semua gambar lama. Sengaja dimasukkan sebagai kenang-kenangan. Gambar-gambar ini diambil on 25 December 2012, lebih kurang 4 bulan selepas ditebas. Pokok yang ditanam - bendi, serai makan, serai wangi, peria, labu, pandan dan sedikit pokok bunga yang tak diketahui jenisnya. Ditanam untuk menarik lebah datang.



Penghadang dipasang untuk asingkan tanah kecil ini jadi 3 bahagian. Selain itu melindungi anak-anak pokok bendi daripada angin kuat yang menumbangkan semuanya sebelum itu.

Bahagian 1 - Di bahagian ini ditanam pokok pandan dan peria. Juga ada pokok labu yang tumbuh daripada benih di dalam longkang. Tak tahu labu jenis apa. Hanya dibiar tumbuh di atas pagar. Peria yang ditanam agak menjadi, sempat makan 3-4 biji buahnya. Tapi terpaksa dibuang selepas teruk diserang aphid. Pokok labu juga dibuang selepas terlalu besar tapi buah tak lekat-lekat.


Bahagian 2 - Bendi ditanam di dalam alur yang dikorek pada kedalaman 30cm yang kemudiannya dimasukkan tanah hitam. Terpaksa buat begitu sebab tanah terlalu banyak batu dan kurang subur. Struktur tanah kurang bagus kerana terlalu banyak tanah liat. Serai makan juga ditanam guna teknik yang sama. Tetapi cuma korek lubang dan masukkan tanah, tanpa alur.


Bahagian 3 - Di bahagian ini ditanam serai wangi dan bendi dalam lubang bentuk bulatan. Asalnya lubang untuk membuat kompos jadi sudah pastinya lebih subur. Serai wangi masih keding, tapi selepas itu jadi terlalu besar sampai terpaksa dibuang.


Pokok bendi yang asalnya disemai di tempat lain tepi selepas itu dipindah ke sini. The first one to flower walaupun masih kecil dan terbantut. The Gartner masih kurang pengalaman time ni. Baru belajar bercucuk tanam secara serius.