Wednesday, 20 November 2013

4 Months Later - December 2012

Assalamualaikum.

Sebenarnya ini semua gambar lama. Sengaja dimasukkan sebagai kenang-kenangan. Gambar-gambar ini diambil on 25 December 2012, lebih kurang 4 bulan selepas ditebas. Pokok yang ditanam - bendi, serai makan, serai wangi, peria, labu, pandan dan sedikit pokok bunga yang tak diketahui jenisnya. Ditanam untuk menarik lebah datang.



Penghadang dipasang untuk asingkan tanah kecil ini jadi 3 bahagian. Selain itu melindungi anak-anak pokok bendi daripada angin kuat yang menumbangkan semuanya sebelum itu.

Bahagian 1 - Di bahagian ini ditanam pokok pandan dan peria. Juga ada pokok labu yang tumbuh daripada benih di dalam longkang. Tak tahu labu jenis apa. Hanya dibiar tumbuh di atas pagar. Peria yang ditanam agak menjadi, sempat makan 3-4 biji buahnya. Tapi terpaksa dibuang selepas teruk diserang aphid. Pokok labu juga dibuang selepas terlalu besar tapi buah tak lekat-lekat.


Bahagian 2 - Bendi ditanam di dalam alur yang dikorek pada kedalaman 30cm yang kemudiannya dimasukkan tanah hitam. Terpaksa buat begitu sebab tanah terlalu banyak batu dan kurang subur. Struktur tanah kurang bagus kerana terlalu banyak tanah liat. Serai makan juga ditanam guna teknik yang sama. Tetapi cuma korek lubang dan masukkan tanah, tanpa alur.


Bahagian 3 - Di bahagian ini ditanam serai wangi dan bendi dalam lubang bentuk bulatan. Asalnya lubang untuk membuat kompos jadi sudah pastinya lebih subur. Serai wangi masih keding, tapi selepas itu jadi terlalu besar sampai terpaksa dibuang.


Pokok bendi yang asalnya disemai di tempat lain tepi selepas itu dipindah ke sini. The first one to flower walaupun masih kecil dan terbantut. The Gartner masih kurang pengalaman time ni. Baru belajar bercucuk tanam secara serius.

No comments:

Post a Comment