Assalamualaikum.
Semasa tengah check pokok pagi tadi, The Gartner noticed daun-daun bendi ada tompok-tompok putih macam terkena bedak. Ini adalah tanda-tanda jangkitan kulat dan ia amat mudah merebak ke daun-daun lain. Sebelum ini The Gartner dah terjumpa dan buang daun-daun yang berpenyakit ini tetapi memandangkan sekarang selalu hujan, penyakit kulat ini senang untuk menyerang. Pokok juga sudah tua dan mudah terdedah kepada serangan. Perlu diingat daun yang berpenyakit perlu dibuang terus dari kawasan kebun atau dibakar untuk mengelakkan penyakit berpindah ke pokok lain.
|
Daun yang terkena jangkitan kulat. |
|
|
Close-up daun yang terkena jangkitan. |
|
Gambar di bawah ini menunjukkan perbezaan antara daun yang sihat dan daun yang berpenyakit. Daun berpenyakit selalunya akan bertukar menjadi kuning dan kemudiannya perang sebelum kering dan mati.
|
Daun yang sihat. |
|
|
Daun yang berpenyakit. |
|
Hopefully tak semua daun terpaksa dibuang disebabkan masalah ini. Kalau tak, memang terpaksa buang semua dan tanam balik batch baru. The Gartner kena cari cara untuk mengatasi masalah ini.
OK. More updates later. Thanks.
Salam.bendi dan cili sangat mudah diserang kulat kan.. terima kasih kongsi info ni...
ReplyDeleteSalam @na..pokok cili saya pun ada kena kulat..daun hijau jadi kuning lepas tu mati..penyakit musim hujan..
DeletePowdery mildew...kena guna raxun kulat hok kuat sikit kalo guna ohn tak terasa mana
ReplyDeleteThanks sedo..aku dah cabut daun dan pokok-pokok sekali..hee..
Deletepenyakit biasa menyerang pokok bendi.
ReplyDelete