Showing posts with label Kobis Cina. Show all posts
Showing posts with label Kobis Cina. Show all posts

Thursday, 10 April 2014

Backyard Garden Update - 6 April 2014

Assalamualaikum.

Sudah hampir sebulan The Gartner tak update apa-apa di blog disebabkan oleh beberapa sebab.

Firstly, disebabkan cuaca panas yang berpanjangan di Kajang sampaikan most of the plants layu memanjang dan The Gartner sendiri takut nak menyemai anak benih baru sebab nanti semuanya mati kekeringan.

Ke-dua, most of the plants di Backyard Garden still dalam proses pembesaran, banyak daun dan bunga sahaja, buah belum menonjolkan diri - so berehat sekejap and let them grow.

Third, The Baby dah pandai jalan. Bila dibawa ke balakang rumah saja, semua benda nak dipegangnya. Terbaring dalam longkang sudah dua kali - so The Gartner terpaksa limitkan masa dan cuma berkebun bila The Wife ada.

Ke-empat, sibuk dengan kerja yang semakin bertimbun-timbun. Last week audit ISO dan OHSAS telah dilalui dengan jayanya so sekarang sudah ada masa untuk put everything back into the blog.

Walaupun sibuk, The Gartner still spend time everyday menjenguk blog kawan-kawan as a silent reader. Memang dasyat, yang terrer sudah semakin terrer, yang beginner dah jadi terrer.

OK. Since hujan sudah mula turun and I'm back into the garden, let's share some stories.

Inilah pemandangan di Backyard Garden taken on 6 April 2014. Pokok yang sama sahaja cuma ada beberapa penambahan. The Gartner sempat buang rumput-rampai yang ada a few days before this jadi pemandangannya tidaklah terlalu menyakitkan mata. Sebelum ini memang semak.

The Backyard Garden, 6 April 2014
The Backyard Garden, 6 April 2014
Sayur-sayuran di raised bed membesar dengan jayanya semenjak hujan mula turun. Alhamdulillah. Setakat ini belum putus bekalan pak choy dari raised bed. Mungkin juga tak putus sebab The Gartner pun jarang petik dan suruh The Wife masakkan. Hahaa. Anyway, semuanya sihat dan segar.

Overview Raised Bed, 6 April 2014
Pak Choy, 6 April 2014
Kobis Cina yang The Gartner tanam sebelum ini, salah satu darinya membesar bagaikan juara. Memang seronok melihatkan kadar pembesarannya yang pantas. Tapi - tak nampak macam kobis pun. Memang Kobis Cina ke ni? Mana kobisnya? Saya pun blank. Daunnya mempunyai banyak bulu. From my experience, tak pernah lagi makan kobis berbulu. Aduii..

Kalau sesiapa ada info, mohon sedikit pencerahan sayur jenis apakah ini? Hee..

Kobis Cina?
Daun yang gemok-gemok dan berbulu-bulu.
Pokok Kacang Panjang Renek yang The Gartner tanam bersama-sama pokok tomato sebelum ini sudah mula berbunga dan berbuah. Actually, The Gartner sendiri tak makan sangat kacang panjang ni. So, The Gartner biarkan buahnya tua sedikit, kemudian picit keluar kacang-kacangnya dan masukkan dalam bubur The Baby. Kulitnya pula The Gartner potongkan kecil-kecil dan jadikan sebagai mulching.

Kacang Panjang Renek yang mula berbunga.
Kacang Panjang Renek yang sudah berbuah.
Pokok Black Eyed Peas yang tumbuh sebelum ini juga sudah mula berbunga. Hopefully by next week The Gartner boleh kongsikan gambar buahnya pula. Gambar benihnya pula ada di bawah. Kalau tersalah nama mintak tolong betulkan ye.

Black Eyed Peas, 6 April 2014
Bunga pada pokok Black Eyed Peas.
Benih pokok Black Eyed Peas.
Apart from that, The Gartner cabut keluar bawang putih yang ditanam di atas raised bed sebelum ini to make room for other plants. Dapatlah beberapa bulbs yang fresh. Bolehlah kalau dipotong kecil-kecil dan dimasukkan dalam masakan. Sweet potato yang ditanam dalam bekas styrofoam juga dicabut. The Gartner cuma dapat 3 ubi yang kecil. Hahaa. Nak makan pun tak sanggup.

Bawang Putih kecil-kecilan.
Sweet Potato kecil-kecilan.
Anyway, dalam bekas yang dah kosong itu The Gartner semaikan benih Lobak Putih. Alhamdulillah, lepas 2-3 hari sudah ada benih yang bercambah. 

Benih Lobak Putih yang sudah mula bercambah.
So, rasanya itu sahaja buat kali ini. Ada banyak lagi yang The Gartner nak share tapi simpankan dulu untuk kesempatan seterusnya.

Until later. Thanks for reading.

Gardening Rocks!

Thursday, 13 March 2014

Backyard Garden Update - 8 March 2014

Assalamualaikum.

Last week The Gartner ambil cuti pada hari Jumaat dan temankan The Wife ke team-building di Port Dickson, jadi Backyard Garden ditinggalkan tanpa tuan selama 2 hari. Cuaca di Kajang masih lagi kering, so The Gartner hanya berharap kesemua pokok dapat survive sendiri sebab tak ada orang nak tolong siramkan.

Sampai sahaja ke rumah pada petang Sabtu, terus The Gartner ke belakang rumah to check the condition of all the plants. Hmm..almost kesemuanya layu kehausan. Tanah di dalam bekas pun sudah mula caking disebabkan cuaca yang terlalu panas. Cepat-cepat The Gartner bagi semua minum sebelum snap gambar-gambar kat bawah ni.

Kailan & pak choy layu, kobis cina steady saja.
Pak Choy yang kelayuan.
Surprisingly, anak Tomato Cherry Red dalam container 20L dan 45L steady sahaja walaupun tanah dah kering kontang. Actually, sepanjang di PD, the 4 of them yang paling The Gartner risaukan sekali disebabkan masih kecil. Tak sangka pula semuanya selamba sahaja melayan kemarau.

Tomato Cherry Red, 8 March 2014
Tomato Cherry Red, 8 March 2014
Tomato Cherry XX juga masih steady walaupun tanah di dalam bekas 5L sudah mulai caking dan merekah. Melihatkan pada saiznya, most of them dah bersedia untuk dipindahkan ke bekas yang lebih besar. The Gartner saja yang tak ada masa nak mix tanah to put them all in.

Tomato Cherry XX, 8 March 2014
Pokok Tomato XX bukan sahaja layu, tetapi patah ditiup angin. Bertambah malaslah The Gartner nak teruskan usaha menjaga pokok ini untuk berbuah sekali lagi. Asyik berbunga sahaja tetapi tak pernah ada buah baru yang terbentuk.

Cherry Tomato masih bertahan walaupun banyak daun yang telah bertukar perang dan kekeringan. Alhamdulillah, banyak buah yang telah masak. Cepat-cepat The Gartner petik kesemuanya untuk mengurangkan stress pada pokok.

Pokok Tomato XX patah ditiup angin kencang.
Cherry Tomato yang kekeringan.
Di bawah sini are some of the tomatoes yang sudah masak dan bergantungan di pagar. Hopefully, pokok-pokok tomato lain yang sedang membesar di Backyard Garden pun akan sama berhasil seperti pokok ini.

Ada yang bertanya kepada The Gartner, apa yang perlu dibuat agar pokok tomato galak berbunga dan berbuah. Insyaallah, nanti The Gartner akan kongsikan. Sebenarnya memang ada main tipu sikit. Tapi The Gartner akan ceritakan kesemuanya nanti. Hee.

Cherry Tomato masak ranum.
Cherry Tomato, 8 March 2014
So, in total, 55 biji cherry tomato dipetik in one go. So far, inilah harvest yang paling banyak sekali sepanjang The Gartner menanam Cherry Tomato ini. Gambar di bawah explains everything. The Wife pun terkejut sebab banyak sangat, selalunya 3 atau 4 kali petik baru dapat sebanyak ini. Alhamdulillah.

All Tomato Harvest - 8 March2014
OK. That's all for now.

Tips on hacking your tomato plants akan dishare kemudian. Haha.

Until later. Gardening Rocks.

Friday, 21 February 2014

Thursday Evening Harvest - 20 February 2014

Assalamualaikum.

Di bawah sana is the last photo of my tomato sebelum dipetik semalam. Cracking yang sangat teruk due to the unforgiving weather in Kajang lately.  The colour is beautifully red membuatkan The Gartner tak sabar nak makan. Unfortunately, mungkin disebabkan dipetik terlalu lambat menyebabkan rasanya agak kurang sedap dan teksturnya agak mushy - more like a store-bought tomato.  So, note to self - the other tomatoes must be picked before it's bright red. 

The Gartner still ada dua biji tomato yang sedang membesar and hopefully they tasted better. Kalau tak sedap juga, maka terpaksalah dipercepatkan persaraan mereka semua. Haha. Setakat ini The Gartner dapat paling banyak cuma 2 buah pada satu tangkai. Just wondering how I could get them to fruit sampai 7 buah satu tangkai. Pasti seronok kalau menjadi sampai macam tu sekali.

Tomato Besar, 20 February 2014
Tomato yang masih belum ranum.
As for my greens on the raised bed, The Gartner sedang cuba menggunakan foliar-feed spray yang dibuat sendiri menggunakan resepi organic farming. Basically it is called Fermented Plant Juice (FPJ) dan digunakan untuk spike pertumbuhan daun pada pokok. The Gartner sebenarnya dah sediakan semuanya around August tahun lepas semasa mula-mula belajar tanam cili tetapi tak digunakan. So, sekarang ni nak test keberkesanannya pada sayur-sayuran yang ada and hope to see tremendous progress. Hopefull FPJ ni tak ada tarikh luput - because I'm too lazy to make new ones. Haha.

So, apa yang The Gartner buat adalah mark guna sudu plastik those to be sprayed with the foliar-feed then spray it daily waktu petang or malam.  Harap-harap after a few days, boleh nampak perbezaan antara yang kena spray dan yang tak kena spray.

Greens on raised bed, 20 February 2014
Sudu plastik diguna sebagai penanda.
Kobis Cina, 20 February 2014
Pak Choy, 20 February 2014
Tapi, yang peliknya, pokok Mini Cucumber lepas kena spray jadi layu pula daunnya. Pokok yang tak dispray steady laa pulak. So, testing foliar-feed on Mini Cucumber terpaksa dihentikan.

Mini Cucumber yang layu.
Pokok Bendi yang berbakti selama ini di Backyard Garden sudah mula mengeluarkan tunas muda di bahagian pangkal. Seperti yang pernah diceritakan sebelum ini, The Gartner tak pernah mencuba pangkas main branches then biar tunas muda membesar sampai 3 kali - but I'm trying it now this time. Weekend ni potong kesemua batang yang telah besar and let the new ones take over. 

The Gartner juga ada tanam 2 anak pokok tomato in between the bendi as my first trial into companion planting. The plan is - tomato bila dah besar boleh terus stake to the batang bendi. Lebih kurang macam tu laa. Try dulu, gelak kemudian sebab macam agak kelakar bila dibayangkan pokok bendi dan tomato berselirat bersama-sama.

Bendi, 20 February 2014
Semalam The Gartner tuai some of the greens dan juga the red tomato. Along with it, some chillies, cherry tomatoes and mulberries. The Wife masakkan all the greens for dinner. Walaupun sedikit pahit, habis juga disental sebab lapar. Haha.

Thursday Evening Harvest, 20 February 2014.

That's all for now. Bersambung di kesempatan lain.

OK. Until later. Thanks for reading.

Gardening Rocks!

Wednesday, 5 February 2014

Backyard Garden Update - 3 February 2014

Assalamualaikum.

The Gartner kembali semula ke Kajang pada malam Ahad dan sampai ke rumah dalam pukul 5 pagi. Not bad laa bertolak pukul 11 malam sampai pukul 5 pagi - 6 jam perjalanan. Sampai saja di rumah tunggu masuk waktu solat Subuh, solat dan kemudiannya tidur. Bangun sahaja dari tidur around 9.30 pagi terus ke Backyard Garden - tak sabar-sabar sampai gosok gigi pun tak sempat. Yes, tooth-brushing can wait a few hours. Tengok pokok yang ditinggalkan berhari-hari lebih penting. Hee. *Click here untuk baca update sebelum balik kampung.

So, disebabkan kebun kecil ini tiada sistem pengairan ataupun sprinkler yang seangkatan dengannya maka most of the plants jadi kering dan layu as expected. Sebelum bagi semua minum, The Gartner snap some photos and check on their condition. Alhamdulillah, tiada yang mati tetapi banyak yang layu without hope lagi dah. Sabar je lah..lepas ni kene pasang DIY punya sprinkler system.

Di bawah ni adalah overview Backyard Garden on 3 February 2014. Boleh nampak tahap kekeringan pokok. Daun-daun yang sebelum ini hijau dah bertukar warna kepada perang. And still, banyak kawasan masih kosong dan menanti untuk diisi dengan anak-anak pokok.

Backyard Garden, 3 February 2014
Backyard Garden, 3 February 2014
Kacang Panjang Renek agak terjejas dengan ketiadaan air ini dan menyebabkan most of its leaves layu dan luruh. Tapi pokok masih dalam keadaan baik. Siap ada 2-3 biji kacang tergantung walaupun agak terbantut.

3 pokok Tomato Besar yang ditanam di dalam pasu dan container masih bertahan. Tapi, upon further inspection, most of the flowers failed to turn into fruits dan luruh ataupun layu. Alhamdulillah, at least pokok masih survive. Buah yang sudah terbentuk pada pokok di dalam tong styrofoam juga menjadi berkedut-kedut seperti yang pernah diceritakan dalam post lepas (click to read) - akibat kekurangan air berterusan.

So, apa yang The Gartner buat adalah remove all those dead leaves - convert jadi mulching. Letak balik dalam pasu so tanah tak mudah kering.

Kacang Panjang Renek & Tomato Besar - 3 February 2014
Kacang Panjang Renek yang kekeringan.
Pokok Cili Bara pula nampak tetap tegap walaupun daun-daunnya dah mula menguning dan mengerekot. Memang pokok ini agak manja dan perlu dipastikan agar sentiasa mendapat bekalan air secukupnya.

Bila The Gartner tengok secara dekat, baru nampak yang aphids sudah mula menyerang bunga-bunga pada pokok. Semut-semut merah juga banyak dan menjaga aphids from predators such as ladybugs. Itulah sebabnya kalau nak hapuskan aphids menggunakan ladybird, kena pastikan semut-semut dimusnahkan dulu.

Bagaimana nak menjemput ladybirds ke kebun anda? Tak perlu dijemput kerana di mana ada aphids, di situ lambat laun pasti akan ada ladybirds. 

Bagaimana nak musnahkan semut? Banyak cara - cerita di lain kali. Hee.

Cili Bara, 3 February 2014
Aphids menyerang pokok especially bahagian bunga.
Cherry Tomato juga agak terjejas since it also need a lot of water to grow well. Banyak dahan yang menjadi kering dan layu. Buah dan bunga juga terjejas and I could observe banyak buah mula masak walaupun masih kecil - pembentukan buah yang tidak sempurna. Apa yang boleh dibuat adalah - sabar - potong dahan yang telah kering - remind diri sendiri sekali lagi pasang sprinkler system even DIY pun jadilah.

Dalam ketika pokok lain kekeringan, pokok terung pula mengeluarkan buah yang ke-dua. Hahaa. Walaupun agak lambat tetapi The Gartner terima seadanya. Hopefully terung kali ini tak teruk dirosakkan seperti terung yang diceritakan dalam post sebelum ini (click to read).

Cherry Tomato, 3 February 2014
Terung berbuah tunggal walaupun dihurung aphids.
The Gartner juga sudah menanam semula Sweet Potato disebabkan banyak tong styrofoam tak berisi apa-apa. Hopefully kali ini lebih manjadi daripada harvest sebelum ini (click to read).

Yellow Cosmos yang sebelum ini hijau dah menjadi sangat kering. Hahaa. However, it's OK since now I've got more seeds to plant this lovely thing all over Kajang. Kikiki..

Sweet Potato, 3 February 2014
Yellow Cosmos, 3 February 2014
Semaian Pak Choy dan Kobis Cina surprisingly dalam keadaan baik walaupun kekurangan air. Lepas ini, The Gartner akan pindahkan most of it ke raised bed since makluk perosak sudah kurang mengganggu. These would be my green harvest hopefuls.

Ada beberapa biji mulberry yang sudah ranum walaupun dalam keadaan kering. The Gartner petik kesemuanya and include it into the harvest to add some colours.

Semaian Pak Choy & Kobis Cina, 2 February 2014
Mulberry yang telah ranum.
Pokok Cili Besar yang sebelum ini diserang penyakit (click to read) sudah di hard-prune selepas dituai. Cili-cili yang dituai pula berkedut-kedut dan agak kurang segah. Pasu juga telah diubah ke kawasan yang lebih dekat dengan paip air. Hmm..mungkin The Gartner kena cuba tanam cili semula selepas ini.

Sepasu Halia yang ditanam sejak dahulu lagi tiba-tiba mengeluarkan kudup bunga. Nice..I'm excited to have it blooming in front of my eyes.

Tong kayu di sebelah tu is currently my compost bin. The Gartner plan to fill it up a little bit more - masukkan tanah sampai penuh so it become some sort of a raised bed - then tanam some herbs. Hopefully lebih menjadi daripada tanam di dalam besen.

Pokok Cili Besar dan Halia yang telah diubah lokasinya.
Kudup bunga pada pokok halia.
So, after belek-belek semua pokok dan harvest apa yang patut, inilah hasilnya - tuaian di hari yang kering. Lepas tuai terus The Gartner bagi semua minum air. Jangan putus asa my plants - your days ain't over yet. Hee.

My Harvest, 3 February 2014
OK. Thanks for reading. Until later. Gardening Rocks!