Showing posts with label Sweet Basil. Show all posts
Showing posts with label Sweet Basil. Show all posts

Thursday, 7 August 2014

My Sweet Basil - Berbunga Sudah

Assalamualaikum.

Kali terakhir The Gartner updatekan berkenaan Sweet Basil yang the Gartner tanam adalah pada 23 June yang lepas (click here to read). Back then, pokoknya masih kecil dan masih belum terkeluar daripada pasunya. Setelah beberapa lama, pokok ini semakin membesar dan terus membesar.

Sweet Basil - 23 June 2014
Sweet Basil, 8 July 2014
Penjagaan pokok ini juga sangat mudah kerana ianya tidak digemari oleh serangga. Apa yang penting adalah pastikan ianya mendapat bekalan air yang cukup terutamanya ketika cuaca panas.Setelah berada di Backyard Garden selama 2 bulan, pokok ini semakin meninggi dan akhirnya pokok ini mengeluarkan bunganya.

Sweet Basil, 17 July 2014
Sweet Basil, 3 August 2014
Gambar di bawah ini adalah bunga pada pokok Sweet Basil. Memang cantik bunganya. So, apa yang The Gartner akan buat adalah biarkannya terus membesar to observe apa yang akan terjadi selepas ini. Manalah tahu selepas berbunga ianya mula menjadi kering pula.

Sweet Basil yang sudah mula berbunga.
Setakat itu sahaja untuk kali ini. More updates later. Thanks for reading.

Gardening Rocks!

Friday, 27 June 2014

My Sweet Basil - 23 June 2014

Assalamualaikum,

The Gartner mula menyemai benih Sweet Basil ini pada hujung bulan May 2014 dan ianya mula tumbuh selepas beberapa hari. Pada pandangan The Gartner, daun pokok ini agak comel disebabkan bentuknya yang tersusun bersilang-silang antara daun atas dan daun bawah. Daunnya juga agak berkilat dan cantik.

Terdapat beberapa jenis basil dan jiran The Gartner juga ada menanam basil dari jenis Holy Basil ataupun Tulasi. However, bau Holy Basil agak menyengat berbanding Sweet Basil yang lebih lembut dan "manis".

Sweet Basil, 3 June 2014
Sweet Basil, 15 June 2014
Apabila daunnya disentuh, bau wanginya semerbak harum. Memang best. No wonder ada gardener yang mengumpul koleksi berbagai jenis basil.  Penjagaannya pun sangat mudah dan setakat ini belum ada lagi serangga perosak yang hinggap di pokok Sweet Basil di Backyard Garden ni.

Sweet Basil, 23 June 2014
So far, The Gartner hanya gunakan daun Sweet Basil ini untuk dibuat teh. Ambil 2 atau 3 keping daunnya dan direndam di dalam air suam. Selepas dibiarkan beberapa minit, terus minum. Rasa sangat refreshing sampai mulut pun terasa wangi. The Wife tak suka, rasa yucky katanya. Hahaa.

Insyaallah, selepas ini The Gartner nak semai lebih banyak benih Sweet Basil ini untuk memenuhi pasu-pasu kosong yang ada. Di bawah ni The Gartner kongsikan gambar beberapa jenis basil yang selalunya ditanam.

Various types of basil.
OK. Just a short one for today.

Thanks. Until laters. Gardening Rocks!

Friday, 6 June 2014

Backyard Garden Update - 3 June 2014

Assalamualaikum.

Wahhhh..busy..busy..busy..nak update tapi asyik tak sempat saja.

Last weekend adalah hari majlis perkahwinan adik perempuan The Gartner di Alor Setar. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. The Gartner pulang ke kampung pada malam hari Khamis selepas kerja. Gambar pak choy di bawah ini diambil pada petang Rabu, 28 May 2014 dan selamat dimasak kesemuanya pada waktu malamnya.

The Gartner rasa agak pelik sebab beberapa pokok yang berada di bahagian tepi secara tiba-tiba layu walaupun hujan turun setiap petang di kawasan rumah The Gartner. Since The Gartner pun nak balik kampung, so The Gartner cabut kesemuanya dan bersihkan raised bed ini untuk tanaman lain pulak.

Raised bed bersama Pak Choy yang merosot produktivitinya.
The Gartner sendiri pun tak pasti apakah sebabnya pokok ini boleh layu disebabkan The Gartner sendiri pun tak sempat nak menjenguk pokok-pokok ini for the past few days. Kemungkinan besar ianya diserang oleh penyakit layu bakteria sebab bila The Gartner check pada bahagian akar, tidak ada tanda atau kesan reput atau anything yang pelik.

Pak Choy yang layu secara tiba-tiba.
Layu walaupun tanah basah.
Bahagian dalam batang pokok juga dalam keadaan basah setelah dibelah, menunjukkan yang sistem akarnya berfungsi seperti biasa. Mungkin ada something wrong yang The Gartner sendiri kurang arif. Anyway, The Gartner cabut kesemuanya, gembur sedikit tanah di dalam raised bed dan biarkan dahulu for recovery sebelum ditanam semula. *Raised bed saya buruk. 

Bahagian dalam batang dalam keadaan basah.
Raised bed yang telah dibersihkan.
Anak pokok Mini Cucumber yang The Gartner tunjukkan sebelum ini semakin membesar. Dalam masa seminggu lebih sahaja, daunnya semakin membesar. Bila ada daun sahaja, adalah makhluk yang datang memakannya. Hahaa.

Mini Cucumber, 25 May 2014
Mini Cucumber, 3 June 2014
Lobak Putih juga semakin membesar dan lobaknya juga mula terbentuk. Untuk kali ini, The Gartner nak cuba cabut lebih awal so lobaknya tidak terlalu besar. Lagipun, tanah di dalam tong styrofoam ini sudah semakin menyusut sehingga kedalamannya pun hanya beberapa inci sahaja. Selepas ditambah tanah, Insyaallah, The Gartner akan cuba tanam lobak merah pula.

Lobak Putih, 25 May 2014
Lobak Putih, 3 June 2014
Kangkung di raised bed juga terus membesar. Mungkin dalam 2 atau 3 minggu lagi, kesemuanya sudah boleh dipetik. The Gartner tak pernah tanam kangkung terus di atas tanah. Sebelum ini ditanam di dalam tong 20L. Kemungkinan besar tempat kangkung ini akan diambil alih oleh tanaman lain pula selepas ini.

Kangkung, 25 May 2014
Kangkung, 3 June 2014
Dalam banyak-banyak benih yang The Gartner semai sebelum ini, yang mula menjadi anak pokok adalah benih Sweet Basil. Alhamdulillah. Hopefully all of them terus membesar dan memberi manfaat. Few weeks ago, The Gartner ada minum di sebuah restoran di Kajang. Air yang The Gartner order adalah Lime Basil. Pandai orang yang membancuhnya. Sedap sampai The Gartner terperangkap terus tanam pokok basil. Hahaa.

Anak benih Sweet Basil yang sudah mula bercambah.
This weekend kenduri di sebelah pengantin lelaki pula. The Gartner sudah hampir 2 minggu tak berkebun secara serius. Tangan pun dah gatal tengok rumpai-rumpai dan juga pokok yang sudah mati belum dicabut.

OK. That's all for now.

Thanks for reading. Until laters. Gardening Rocks!