Friday, 27 June 2014

My Sweet Basil - 23 June 2014

Assalamualaikum,

The Gartner mula menyemai benih Sweet Basil ini pada hujung bulan May 2014 dan ianya mula tumbuh selepas beberapa hari. Pada pandangan The Gartner, daun pokok ini agak comel disebabkan bentuknya yang tersusun bersilang-silang antara daun atas dan daun bawah. Daunnya juga agak berkilat dan cantik.

Terdapat beberapa jenis basil dan jiran The Gartner juga ada menanam basil dari jenis Holy Basil ataupun Tulasi. However, bau Holy Basil agak menyengat berbanding Sweet Basil yang lebih lembut dan "manis".

Sweet Basil, 3 June 2014
Sweet Basil, 15 June 2014
Apabila daunnya disentuh, bau wanginya semerbak harum. Memang best. No wonder ada gardener yang mengumpul koleksi berbagai jenis basil.  Penjagaannya pun sangat mudah dan setakat ini belum ada lagi serangga perosak yang hinggap di pokok Sweet Basil di Backyard Garden ni.

Sweet Basil, 23 June 2014
So far, The Gartner hanya gunakan daun Sweet Basil ini untuk dibuat teh. Ambil 2 atau 3 keping daunnya dan direndam di dalam air suam. Selepas dibiarkan beberapa minit, terus minum. Rasa sangat refreshing sampai mulut pun terasa wangi. The Wife tak suka, rasa yucky katanya. Hahaa.

Insyaallah, selepas ini The Gartner nak semai lebih banyak benih Sweet Basil ini untuk memenuhi pasu-pasu kosong yang ada. Di bawah ni The Gartner kongsikan gambar beberapa jenis basil yang selalunya ditanam.

Various types of basil.
OK. Just a short one for today.

Thanks. Until laters. Gardening Rocks!

3 comments:

  1. Salam Tarique,

    Tarique tak guna tanah compost pun subur aje tanaman. How envy I am to you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Honey,

      Thanks. Penyediaan tanah tu yang paling penting sekali. Saya masukkan compost before planting. Bila pokok dah tumbuh, tambahkan di permukaan tanah sekiranya perlu.

      Delete
    2. Oh macam tu ya. In shaa Allah nanti nak try. Selalu semai benih seminggu elok. Dah masuk dua minggu benih makin layu terus kering. Sigh.

      Delete