Sunday, 29 June 2014

Peraduan Teka Gambar - Siri 2

Assalamualaikum,

Untuk Peraduan Teka Gambar kali ke-dua ini, sila rujuk gambar di bawah.

Gambar kebun jiran sebelah rumah, 23 June 2014
 Soalannya, apakah pokok yang ditanam oleh jiran The Gartner ini? 

Jawapan yang betul tidak akan mendapat apa-apa hadiah. Hehee. Sorry sangat-sangat. Actually, The Gartner pun dah tak ada benda nak dibuat di Backyard Garden sementara menunggu anak-anak pokok sedia untuk dipindahkan. Tu yang tak ada kerja tiba-tiba sibuk update pasal kebun jiran sebelah pula. Hahaa.

Apa yang The Gartner nampak, Kak Jiran (bukan nama sebenar) menanam ubi kayu dan juga sejenis lagi pokok yang The Gartner pun tak tahu apa namanya. Probably dari jenis pokok kacang. Kalau ada kesempatan nanti The Gartner tanyakan pada Kak Jiran. Hee.  

Jiran The Gartner ini adalah pekerja-pekerja di tapak binaan di kawasan perumahan The Gartner. Rumah ini disewa oleh syarikat pembinaan so penghuninya sentiasa bertukar-tukar. Sebab tu lah The Gartner pun tak kenal siapa tukang kebunnya. Maybe next time terserempak di belakang rumah bolehlah The Gartner tanya apa pokok yang ditanam.

OK. Thanks. Until laters. Gardening Rocks!

2 comments:

  1. Salam,

    Amboi papparazi ni.. hahahahahaha. Jangan lupa update kitaorg ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Hahaa..ada masa saya updatekan lagi pasal kebun jiran ni..

      Delete