Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, 19 August 2014

Raised Bed Segera

Assalamualaikum,

Sekadar untuk perkongsian.

The Gartner terjumpa 5 biji laci yang diperbuat daripada kayu sebelum bulan Ramadhan yang lepas di tempat membuang sampah. Melihatkan keadaannya yang masih baik, The Gartner kutip kesemuanya dengan perancangan nak jadikan kesemuanya seakan-akan mini raised bed. However, disebabkan penyakit malas melanda sepanjang Ramadhan, kesemua laci-laci tersebut dibiarkan berpanas dan berhujan di hadapan rumah.

Balik saja daripada beraya di kampung, The Gartner terus sahaja mendapat semangat untuk menukarkan laci terbuang ini menjadi sesuatu yang berguna. Maka, instant raised bed seperti di dalam gambar di bawah pun terhasil. Hahaa.

Instant Raised Bed,
Apa yang The Gartner buat hanyalah gabungkan 2 laci menjadi satu raised bed yang bersaiz agak besar dan tinggi. Ada bahagian yang perlu dipaku dan dicantumkan tetapi The Gartner biarkan dahulu sementara menunggu sisa-sisa kebun yang The Gartner letakkan di dalamnya mereput. Pancang juga perlu dipasang pada bahagian tepi laci untuk mengelakkan kedudukannya berubah.

Sisa-sisa dari kebun dibiarkan mereput di dalam raised bed.
 Instead of making 5 small raised beds, The Gartner buatkan 2 sahaja supaya lebih banyak tanah boleh diisi ke dalamnya.  So far, The Gartner belum ada perancangan untuk menanam apa-apa pokok di dalamnya. Bila sudah ready nanti The Gartner akan updatekan lagi. 

Kawan-kawan juga bolehlah mencuba idea ini sekiranya ada terjumpa laci-laci yang terbuang di kawasan rumah anda. Adalah lebih baik barang-barang ini di-repurposekan daripada dibakar atau dibiarkan reput begitu sahaja. Hahaa.

That's all for now. Until laters.

Gardening Rocks!

Friday, 15 August 2014

Tips Berkebun - Menghalau Kucing

Assalamualaikum.

Pada kali ini The Gartner would like to share beberapa langkah yang boleh diambil oleh rakan-rakan gardener untuk mengelakkan gangguan kucing di kawasan menanam anda. Kebiasaannya, kucing amat menggemari kawasan tanaman disebabkan tanahnya yang gembur dan tiada penghalang untuk tujuan melepaskan hajat. Kadang-kala, kucing gemar bermain-main dengan anak pokok yang baru tumbuh  just out of curiousity. Kucing jenis ini perlu dijentik telinganya. 

Disebabkan The Gartner sendiri tidak membela kucing, gangguan yang diterima selalunya datang daripada kucing jiran-jiran yang agak sambil lewa dengan tahap penjagaan kucing mereka. Bak kata pepatah, "Comel di rumah hang, berak di rumah aku". Perhatian..ini bukan kata pepatah sebenar, cuma kata-kata yang The Gartner lemparkan ketika berkonfrantasi dengan tuan punya kucing suatu ketika dulu. Hehee..

So, back to the topic. Cara-cara untuk mengelakkan gangguan kucing. Cara-cara yang dinyatakan di bawah adalah daripada pengalaman The Gartner sendiri. Ianya boleh dicuba tetapi keberkesanannya mungkin berbeza. Tak rugi pun kalau mencuba. Hehee.

1. Cucuk Kawasan Tanaman Dengan Benda Tajam

Ada gardener yang mencucukkan benda seperti pencucuk satay, sudu plastik, garfu plastik dan sebagainya untuk membuatkan kucing hilang minat untuk menganggu kawasan tersebut. The Gartner pun pernah mencubanya dan cara ini agak berkesan tetapi memerlukan bahan yang banyak sekiranya kawasan tanaman bersaiz agak besar. Benda yang dicucuk juga perlu diubah apabila tumbuhan mula membesar.

 2. Sediakan Tempat Kucing Melepaskan Hajat 

Ada gardener yang baik hati sanggup menyediakan tempat khas agar kucing yang bertandang dapat melepaskan hajat tanpa menganggu kawasan tanaman. Cara ini amatlah murni tetapi terhad kepada kucing yang datang bersendirian. Sekiranya mereka datang secara berkumpulan atau lebih dari seekor datang pada masa yang berlainan, masalah yang sama akan berulang. The Gartner juga pernah bersifat baik hati tetapi disebabkan gangguan yang berterusan, The Gartner bertukar ke cara yang ketiga pula.

3. Pindahkan Tempat Kucing Melepaskan Hajat

Cara ini pernah The Gartner gunakan semasa baru berpindah ke rumah di Kajang. Disebabkan kucing jiran lebih suka melepaskan hajat di rumah The Garther, apa yang The Gartner buat adalah mengangkat najis tersebut dan letakkannya di hadapan rumah tuan punya kucing. Kaedah ini memerlukan siasatan dijalankan terlebih dahulu untuk menentukan kucing tersebut kepunyaan siapa dan di mana letaknya rumah tuan kucing tersebut. Untuk lebih mujarab, pemindahan boleh dilakukan sambil diperhatikan oleh tuan punya kucing dan juga kucing itu sendiri.

Apabila melihat najisnya berubah lokasi, secara automatik kucing tersebuat akan register bahawa tempat melepaskan hajatnya telahpun berubah lokasi dan tidak lagi kembali ke lokasi sebelumnya. Insyaallah.

4. Menggunakan Petrol

From my observation bekerja di kawasan stesen minyak  for the past few years, The Gartner perasan yang kucing selalunya tidak akan melepak di kawasan orang mengisi minyak kenderaan. So, The Gartner buat kesimpulan yang kucing tidak sukakan bau petrol. Untuk menghalau kucing yang datang, The Gartner curahkan sedikit petrol di sekitar kawasan yang diganggu oleh kucing. Cara ini agak berkesan tetapi mempunyai satu kelemahan. Bau petrol akan menghilang setelah beberapa lama dan proses ini perlu diulang semula. Petrol juga bersifat toksik dan menyebabkan tanah di tempat yang terkena curahan menjadi "mati". Therefore, The Gartner pun berhenti dari menggunakan cara ini.

5. Menggunakan Larutan Urin

Yupp. You read that right. Larutan urin atau air kencing juga boleh digunakan untuk menghindarkan gangguan kucing. Apa yang perlu dilakukan adalah memohon jasa baik suami atau anak anda untuk kencing di dalam botol berkapasiti 1.5L yang kemudiannya diisi dengan air sehingga penuh. Setelah itu, tuangkan larutan tersebut di sekitar kawasan menanam. Cara ini sebaiknya dilakukan sebelum penanaman dijalankan sekiranya anda berasa agak kurang selesa menggunakan larutan ini. 

Just for your information, urin sebenarnya bersifat steril dan tidak mempunyai bakteria atau kuman di dalamnya. Disebabkan ianya kaya dengan nutrien, ia mudah bertindakbalas dengan bakteria yang ada di sekeliling dan bakteria ini akan memproses kandungan urin menjadi ammonia yang berbau menyengat.

Larutan yang anda sediakan tidak akan mempunyai bau yang ketara dan setelah disiram ke tanah, baunya akan hilang. Anda boleh mencubanya just to see the result. Sekiranya gangguan kucing masih berterusan, anda tidak perlu risau kerana larutan tersebut tidak bersifat toksik malah telah ditukarkan menjadi baja oleh bakteria yang berada di dalam tanah.

5. Menggunakan Produk Lain

The Gartner pernah ternampak produk untuk menghalau kucing dijual di Daiso. However, The Gartner tidak membelinya disebabkan gangguan kucing tidak lagi dihadapi. The Baby pula sudah mula berjalan pada ketika itu dan hobinya pula adalah bermain dengan kucing. 

Kucing favouritenya pula adalah kucing jiran yang selalu berak di rumah The Gartner dahulu. Adoii. Atas sebab tersebut, kami (The Gartner & kucing) telah berdamai. Tiada lagi gangguan sekarang ini. Cuma kadang-kala The Gartner ada mendapat cenderahati yang The Gartner masukkan ke dalam tong kompos sebagai booster. Hahaa.

That's all for now. Anda boleh cuba cara-cara di atas and share it with me if it works.

Thanks for reading. Gardening Rocks!

Friday, 25 July 2014

Tips Berkebun - Penyediaan Kompos

Assalamualaikum.

Pada kali ini The Gartner just nak share about kompos yang The Gartner sediakan sendiri untuk kegunaan di Backyard Garden. I'm not an expert. Ini hanyalah apa yang The Gartner buat so far and the result is quite good.

Basically, my compost bin adalah sebuah tong styrofoam yang sudah pecah tepinya. Then, everything goes in. Hahaa. Kebanyakkan bahan yang The Gartner masukkan adalah kitchen waste seperti kulit bawang, lebihan sayuran dan juga daun-daun yang kering. Sometimes, kalau ada buah, kulit dan juga lebihan buah pun masuk sekali.

Gambar di bawah ini adalah what's on the surface. Apa yang The Gartner buat mula-mula sekali adalah isikan tong dengan sedikit tanah. Kemudiannya, masukkan bahan-bahan seperti daun-daun kering dan kulit buah ke dalamnya dan gaul.  Bekas ini ditutup untuk mengelakkannya dari terkena cahaya matahari secara terus dan juga untuk mengekalkan kelembapannya.

Permukaan tong kompos.
Setelah beberapa lama (satu atau dua minggu), lapisan kedua dimasukkan. Apa yang The Gartner buat adalah korek sedikit lapisan yang pertama, masukkan bahan buangan yang baru, dan kambus semula. Air disiram di bahagian atas selang 3 atau 4 hari untuk menggantikan air yang hilang disebabkan oleh sejatan. Bergantung kepada teksturnya, The Gartner akan campurkan tanah sekiranya ia terlalu poros atau campurkan pasir sekiranya ia terlalu padat.

Kompos yang terhasil di bahagian bawah.

Untuk menghasilkan kompos yang baik, pastikan;
  1. Bahan-bahan seperti plastik dan besi tidak dimasukkan bersama-sama ke dalam tong kompos.
  2. Bahan yang lambat terurai seperti batang pokok diasingkan atau dibiarkan reput di luar terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam tong kompos.
  3. Beberapa ekor cacing tanah ditambah ke dalam tong kompos untuk membantu proses penguraian.
  4. Bahan yang dimasukkan dipotong kecil atau dihancurkan untuk mempercepatkan proses pereputan.
  5. Bahagian pokok yang berpenyakit dibuang terus dan tidak dicampurkan ke dalam tong kompos. Sekiranya dicampur, penyakit mungkin akan merebak ke pokok lain apabila kompos digunakan.
  6. Sisa yang dicampurkan adalah dari pelbagai jenis. Contohnya: campuran perut ikan, kulit udang, tulang ayam, kulit buah, kulit telur, habuk kayu, sekam padi, hampas tebu dan keratan sayur.
  7. Elakkan mencampurkan sisa makanan yang berminyak kerana ianya kurang digemari oleh mikrob dan mengambil masa yang lama untuk diuraikan.
  8. Gaul kompos selang beberapa hari untuk membolehkan mikrob bertindakbalas dengan kesemua bahagian dan memastikan kompos di bahagian bawah mendapat bekalan udara.
Kompos yang telah sedia untuk digunakan berwarna hitam atau perang gelap dan mempunyai bau seperti bahan yang reput. Kompos boleh digunakan dengan cara mencampurkannya semasa penyediaan tanah atau digaul di bahagian permukaan tanah di dalam pasu.

Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda memakai penutup muka dan sarung tangan semasa mengendalikan kompos. Ini kerana kompos yang mereput mempunyai banyak kulat dan sporanya mungkin tersebar semasa kompos digaul. Bakteria berbahaya juga mungkin boleh memasuki aliran darah melalui kulit yang terluka sekiranya sarung tangan tidak digunakan. 

Yang paling penting sekali, pastikan kompos anda tidak menghasilkan bau busuk yang keterlaluan kerana ia boleh menyebabkan anda bergaduh besar dengan jiran anda. Ingat tu..

OK. Setakat itu sahaja untuk kali ini. Tips penyediaan kompos ini bersifat agak ringkas supaya boleh difahami oleh rakan-rakan yang baru ingin mencuba menghasilkan kompos sendiri di rumah. Untuk tips penyediaan kompos peringkat advance, The Gartner akan kongsikan di masa hadapan.

Thanks for reading. Hope you gain something from this.

Gardening Rocks!

Friday, 30 May 2014

Tips Menanam dan Penjagaan - Pak Choy

Assalamualaikum.

The Gartner mula-mula menanam tanaman Pak Choy di Backyard Garden pada bulan November 2013 disebabkan The Gartner agak kurang gemar sayur-sayuran lain. Bermula dari situ, sayuran ini tak pernah hilang dari Backyard Garden dan The Gartner juga sudah beberapa kali memetik hasilnya. Tanaman Pak Choy yang pertama The Gartner harvest dengan mencabut keseluruhan tumbuhan. Selepas itu, untuk kali kedua dan seterusnya, The Gartner hanya memotong daunnya yang telah matang dan biarkan daun yang muda untuk terus membesar. Alhamdulillah, ada Pak Choy yang sudah dituai lebih dari 4 kali tetapi masih tumbuh subur. Ada juga yang mula merosot selepas dituai pada kali ketiga, tetapi The Gartner gantikan secara berperingkat untuk memastikan bekalannya tidak putus.

Pada kesempatan ini, The Gartner akan kongsikan beberapa  tips untuk menanam Pak Choy dan cara-cara menjaganya.

Benih / Anak Pokok

Benih sawi boleh didapati dibeli secara online ataupun boleh dibeli di pasaraya di bahagian menjual peralatan berkebun. Benih sawi bersaiz kecil dan mudah ditiup angin atau dicuri oleh semut. Hee. Betoi, tak tipu.

Menyemai Benih

Benih boleh disemai terus ke atas tanah atau disemai di dalam semaian dan diubah kemudiannya.
Apa yang selalu The Gartner buat adalah semai di dalam bekas semaian. Beberapa lubang disediakan di permukaan tanah pada kedalaman lebih kurang 2cm dan 2 atau 3 biji benih dimasukkan ke dalam setiap lubang. Bekas semaian  disiram secukupnya dan kemudiannya dibungkus dengan plastik sebelum disimpan di tempat yang redup. Selepas 2 hari, benih akan bercambah dan diletakkan di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari. Apabila telah mempunyai 2 set daun kekal, anak pokok boleh dipindahkan ke bekas menanam.

Anak Pak Choy di dalam bekas semaian sebelum dipindahkan ke bekas menanam.
Bekas Menanam

Pak Choy boleh ditanam di atas tanah ataupun di dalam apa-apa bekas. Bekas tanaman perlu mempunyai saluran yang mencukupi untuk membolehkan air yang berlebihan keluar selepas disiram.

Tanaman Pak Choy di atas tanah dan juga di dalam pasu.
Tanah

Pastikan tanah yang digunakan mempunyai struktur yang baik dan tidak terlalu liat. Akar Pak Choy adalah dari jenis akar serabut dan pendek. Sekiranya tanah terlalu keras, akar tidak akan dapat berkembang dengan baik. Tanah juga mestilah boleh menahan air dan tidak terlalu berpasir supaya pokok tidak mudah layu ketika cuaca panas terik. Tanah perlu mempunyai saliran yang baik untuk mengelakkan akar daripada reput. Sekiranya dibiarkan, pokok akan layu dan mati walaupun disiram secara tetap. Akarnya pula akan menjadi masam dan tidak berfungsi seperti di dalam gambar di bawah.

Akar yang mengalami masalah reput disebabkan tanah yang bersaliran kurang baik.
Menyiram

Sama seperti pokok-pokok lain, The Gartner siram kesemua pokok sebanyak 2 kali sehari. Siraman pertama di sebelah pagi dan siraman kedua di sebelah petang. Siraman pada waktu petang hanyalah secara ringan untuk memulihkan pokok sekiranya cuaca terlalu panas. 

Siraman yang keterlaluan dan ditambah pula dengan tanah yang bersaliran kurang baik boleh menyebabkan akar menjadi masam.

Pembajaan

Pak Choy yang The Gartner tanam hanya dibaja sekali-sekala dengan pellet tahi ayam dan juga my favourite NPK 12:12:17:TE ataupun baja biru. Apart from that, The Gartner hanya tambahkan sedikit mulching pada pangkal pokok dari semasa ke semasa. Cara yang paling mudah adalah dengan memotong daun yang rosak atau tidak digunakan secara kecil-kecil dan taburkan di sekeliling pokok. After that, let nature do its own wonders.

Penjagaan

1. Serangga perosak - Pada peringkat awal, selalunya Pak Choy akan diserang oleh siput. Selalu periksa dan buang siput yang dijumpai. Apabila ianya semakin besar, daunnya mungkin diserang oleh belalang dan juga ulat beluncas. Since The Gartner tak menggunakan apa-apa racun untuk menghalang serangan perosak ini, The Gartner cuma pastikan pemeriksaan selalu dibuat pada waktu awal pagi dan juga waktu malam sekiranya ada kesempatan. Sekiranya terjumpa serangga perosak, penyet sajalah.
2. Nutrient Tambahan - Semburkan larutan epsom salt pada keseluruhan bahagian pokok setiap minggu (satu sudu kecil : 1.5L air). Semburan dilakukan pada waktu malam supaya pokok dapat menyerap nutrien secukupnya. Epsom salt membekalkan pokok dengan unsur magnesium dan juga sulfur yang mudah hilang daripada tanah. Taburkan juga sedikit pada pangkal pokok from time to time. 
3. Menguruskan pokok - Pastikan jarak antara setiap pokok adalah bersesuaian agar tidak menghalang cahaya matahari untuk sampai ke seluruh bahagian pokok. Sekiranya ada daun yang bertukar kuning atau kering, cabut ia keluar untuk mengelakkan pemakan bahan organik seperti ulat gonggok merayap naik ke atas pokok anda.

Penuaian

Selalunya Pak Choy boleh dituai selepas ditanam selama 30 hari. Sekiranya lambat dituai, daun mungkin akan menjadi sedikit keras dan berserat. Rasanya juga mungkin sedikit pahit berbanding daun yang dituai lebih awal. Tetapi, sekiranya saiz daun tidak cukup besar, ianya boleh dibiarkan terlebih dahulu. 

Pak Choy boleh dituai dengan cara memotong bahagian daun yang telah matang sahaja ataupun mencabut keseluruhan pokok. The choice is yours. Pokok hanya perlu dicabut dan bahagian akarnya perlu dipotong. Kalau nak makan akarnya sekali pun boleh tetapi berkongsilah resepi masakan akar pak choy anda di sini. Hee.

Pak Choy yang dituai dengan mencabut keseluruhan pokok, 15 December 2013
Disebabkan The Gartner nak dapat pokok yang cantik pun agak susah sebab masih kurang ilmu, The Gartner cuma potong daun yang cukup besar sahaja. Daun yang masih kecil dibiarkan membesar untuk tuaian seterusnya. Selepas beberapa kali dituai, pokok akan merosot dan bolehlah dicabut kesemuanya.

Pak Choy yang dituai secara memotong daun yang matang sahaja, 26 April 2014
Setakat ini, ada pokok yang The Gartner sudah tuai untuk kali keempat. Apabila dituai sebegini, batang pokok akan berbentuk agak pelik (seperti batang pokok kelapa) dan kita bleh melihat bahagian yang dahulunya adalah pangkal "pelepah" daunnya.

Batang pokok Pak Choy yang kelihatan seperti batang pokok kelapa.
Rasanya, untuk menanam sayur-sayuran berdaun dari jenis lain juga caranya tidak jauh berbeza daripada apa yang sudah The Gartner senaraikan. Insyallah, diharapkan kawan-kawan mendapat manfaat daripada apa yang telah dikongsikan.

OK. Thanks for reading. Gardening Rocks!

Friday, 23 May 2014

Tips Berkebun - Penyediaan Tanah - Bahagian 1

Assalamualaikum,

Kali ini The Gartner cuma ingin share some gardening opinions yang The Gartner rasakan boleh membawa manfaat kepada semua. For me, the most important things in gardening and ensuring a good harvest adalah penyediaan tanah yang betul dan air yang mencukupi. Pada kesempatan ini, the Gartner akan menulis berkenaan penyediaan tanah. This is just my own opinion and observation dan ianya mungkin bercanggah dengan pemahaman orang lain. But, lets have a read and see what you can gain from it.

Konsep
From my observation, tumbuhan yang kita tanam adalah satu makhluk seakan-akan manusia juga. Bezanya adalah kita mendapat khasiat daripada makanan yang kita makan dan proses di dalam perut, tetapi tumbuhan pula mendapatkan khasiat daripada nutrient yang berada di dalam tanah melalui akar-akarnya. Itulah sebabnya akar pokok perlu dielak daripada mengalami kerosakan atau terkena penyakit seperti penyakit reput akar. Bekas tanaman pula dapat diumpamakan seperti perut. Perut yang lebih besar sepatutnya boleh menampung kandungan nutrient yang lebih banyak berbanding perut yang kecil. Tetapi, apa-apa yang kita isikan ke dalam "perut" itu mestilah bahan-bahan yang bagus dan bermanfaat. Tak kira kecil atau besar, sekiranya isi "perut" itu baik, pasti baik juga hasilnya. Namun begitu, walaupun terdapat bermacam-macam jenis nutrient di dalam tanah, tidak semestinya ianya dapat diserap oleh tumbuhan. Ini kerana tumbuhan hanya dapat menyerap nutrient dalam bentuk ion-ion tertentu contohnya - ion ammonium dan ion nitrat.

Contoh akar: Akar pada pokok cherry tomato.
Apa juga khasiat yang berada di dalam tanah perlu ditukar terlebih dahulu kepada bentuk yang boleh diserap sebelum ianya boleh digunapakai. Sekiranya di dalam perut kita terdapat pelbagai jenis enzim untuk mencernakan makanan, di dalam tanah pula "enzim-enzimnya" pula adalah mikroorganisma yang sentiasa memproses dan menguraikan bahan organik kepada unsur yang lebih ringkas. Contohnya - cacing tanah, ulat gonggok, kulat, fungus dan juga bakteria.

Baja yang kita bekalkan kepada tumbuhan sebenarnya adalah dalam bentuk kompleks dan ianya perlu diconvert kepada bentuk yang lebih ringkas sebelum dapat diserap oleh tumbuhan. Dan tugas untuk convert baja tersebut bergantung sepenuhnya kepada mikroorganisma yang berada di dalam tanah. Kadangkala, tumbuhan tetap tidak berkembang atau subur walaupun kerap dibaja. Salah satu sebabnya adalah tanah tersebut telah "mati" disebabkan tiada atau kurangnya mikroorganisma "enzim" yang hidup di dalamnya. 

Therefore, adalah sangat penting untuk memastikan tanah itu "hidup" dan sihat supaya apa jua tumbuhan yang ditanam ke dalamnya dapat hidup subur. Cara terbaik untuk memastikan tanah yang subur dan mempunyai bakteria yang bermanfaat kepada tumbuhan adalah dengan mencampurkan tanah dalam bekas menanam dengan kompos. Kompos terhasil daripada proses pereputan sisa-sisa tumbuhan (dan apa juga yang dicampurkan ke dalamnya) oleh aktiviti mikroorganisma. Dengan mencampurkan kompos ke dalam tanah, secara tidak langsung, populasi mikroorganisma dalam tanah juga dikembalikan. Mikroorganisma inilah yang akan membantu menyuburkan tanah anda dan memastikan anda mendapat hasil yang baik.

Kompos yang sedang mengalami proses pereputan.
Terdapat berbagai jenis organisma yang boleh diintroducekan ke dalam tanah anda dan berbagai-bagai teknik yang pelik dan sukar difahami berada di luar sana, but for begginers like me and you, just stick to the plain old compost. Tak perlu fancy-fancy. Hee.

Campuran Tanah
Terdapat berbagai cara dan nisbah boleh digunakan untuk menghasilkan campuran tanah yang "sempurna". For me, nisbah yang selalu digunakan adalah 3:1:1 - 3 bahagian tanah, 1 bahagian pasir, dan satu bahagian kompos. Ada yang suka menambah bahan-bahan lain seperti kapur, serbuk tulang, abu sekam, abu kayu, baja tahi ayam dan lain-lain, tetapi seperti yang dikatakan sebelum ini, for beginners like me and you, just stick to the basics. Tak perlu fancy-fancy. Hahaa. Ini kerana kesemua bahan-bahan tambahan itu boleh dimasukkan kemudian. Ia tidak semestinya dimasukkan semasa mencampurkan tanah. Oleh sebab itu, janganlah berasa takut atau kurang pasti untuk menghasilkan campuran tanah sendiri. It is not that complicated as you might think it is.

Tanah yang siap dicampurkan yang boleh dibeli di nurseri-nurseri adalah berbeza komposisi campurannya. Ianya boleh terus digunapakai, tetapi untuk memastikan ianya mendatangkan hasil yang baik, pastikan tanah tersebut tidak "mati". Tanah bakar sudah pastinya mesti dicampur dengan kompos dan juga bahan organik lain kerana proses pembakaran tersebut sudah membunuh kebanyakan mikroorganisma yang berada di dalamnya.

Untuk mengetahui  samada campuran tanah yang anda gunakan sesuai atau tidak, bayangkan anda adalah pokok dan tanyalah diri sendiri - Sekiranya tanah itu keras dan berbatu-batu, would I be happy to live in here? Ataupun - Sekiranya tanah itu bertakung dengan air dan dipenuhi tanah liat, would I be comfortable in here? *Sila berkata-kata di dalam hati sahaja. Berkata-kata dengan kuat sambil bermain tanah boleh menyebabkan anda dipandang serong oleh masyarakat dan juga ahli keluarga.

Untuk memperbaiki struktur tanah yang terlalu liat, keras atau terlalu poros, campurkan tanah, pasir dan bahan organik. There's no exact amount - tanyalah diri anda sendiri dan cuba dengan tangan sendiri.

Rasanya setakat itu sajalah untuk kali ini. Bahagian 2 akan menyusul di masa hadapan bila The Gartner ada benda lain lagi untuk ditambah. Insyaallah.

Thanks for reading. Gardening Rocks!

Sunday, 18 May 2014

Tips Menanam dan Penjagaan - Cherry Tomato

Assalamualaikum.

Following the request daripada beberapa orang kawan, kali ini The Gartner ingin kongsikan beberapa tips untuk menanam cherry tomato dan cara-cara menjaganya. Setakat ini The Gartner telah berjaya menanam beberapa jenis cherry tomato dan hasilnya juga agak memuaskan.

My first bunch of cherry tomatoes.
The Gartner pernah kongsikan beberapa tips dalam post yang terdahulu (click here to read), tetapi kali ini I'll get into more details.

Benih / Anak Pokok

Pokok cherry tomato boleh ditanam daripada biji benih atau keratan batang. Terdapat berbagai jenis cherry tomato yang sesuai di tanam walaupun cuaca di negara kita agak panas. Biji benih boleh  dibeli secara online atau gunakan saja benih yang diambil daripada cherry tomato yang dibeli di pasaraya. Tapi, since kebanyakan buah yang dijual di pasaraya was packed before the fruit is well-ripened, biji benih yang ada mungkin kurang kadar percambahannya.

Menyemai benih

Benih cherry tomato boleh disemai terus ke dalam bekas menanam atau dicambahkan dulu di bekas yang lebih kecil kemudian dipindahkan ke bekas yang lebih besar. Bergantung kepada jenis, benih akan bercambah dalam masa 3 hingga 7 hari. Anak pokok cherry tomato boleh dipindahkan setelah ianya mempunyai 3 atau 4 set daun. Pindahkan anak pokok yang tegap dan paling besar sahaja. Anak pokok yang tidak cukup besar perlu dibuang kerana kadar pertumbuhannya will be affected later.

Anak tomato dalam bekas semaian.
Bekas Menanam

Cherry tomato boleh ditanam terus di atas tanah, di dalam pasu atau di dalam bekas yang besar. From my observation, menggunakan bekas yang besar (In my case, I'm using a 45L container) membolehkan beberapa pokok dimasukkan dalam satu bekas. Disebabkan oleh kuantiti tanah yang besar, kadar simpanan air juga lebih banyak jadi pokok dapat bertahan walaupun tidak disiram selama 1 atau 2 hari. Gunakan bekas yang dalam kerana pokok cherry tomato mempunyai akar yang panjang. 

Pokok Cherry Tomato yang ditanam dalam bekas besar.
Menanam di dalam bekas juga adalah lebih mudah bagi kita untuk menambah atau adjust nutrient yang perlu dibekalkan kepada pokok berbanding menanam terus di atas tanah. Bekas juga perlu diletakkan di kawasan yang menerima cahaya matahari sepanjang hari.

Tanah

The Gartner sendiri tidak menggunakan apa-apa tanah yang special. Cukup sekadar tanah biasa yang boleh didapati di nurseri dan campurkan dengan sedikit kompos dan juga baja organik seperti baja tahi ayam atau tahi kambing. Tanah yang The Gartner gunakan adalah tanah yang dikorek di tepi jalan sahaja. Kemudiannya The Gartner campurkan dengan pasir dan kompos dengan nisbah 3:1:1. Baja organik pula dicampur ikut sedap hati saja. Hehee.

Pada permulaannya, bekas menanam hanya dimasukkan separuh penuh dengan tanah. Apabila pokok semakin membesar, akan ada unjuran akar pada pangkal pokok. Tanah perlu ditambah secara beransur-ansur sehingga penuh.

Unjuran akar pada pangkal pokok cherry tomato.
Persediaan tanah sebenarnya adalah perkara yang paling penting dalam menanam apa-apa tumbuhan. Sebaiknya, tanah yang telah dicampurkan dengan kompos dan baja tadi dibiarkan selama satu atau dua minggu sebelum anak pokok dipindahkan ke dalamnya. Insyaallah, The Gartner akan kongsikan tips penyediaan tanah pada kesempatan lain.

Menyiram

Apa yang The Gartner praktikkan adalah menyiram pokok sebanyak 2 kali sehari. Kali pertama, di waktu pagi dan kali kedua pada waktu petang. Siraman pada waktu petang hanyalah secara ringan untuk memulihkan pokok sekiranya cuaca terlalu panas. Bekas menanam perlu dipastikan mempunyai saliran yang baik untuk mengelakkan berlakunya reput akar. 

Pokok cherry tomato perlu dipastikan mempunyai air yang mencukupi terutamanya semasa ianya sedang berbunga dan mula berbuah. Sekiranya kekurangan air, bunga akan luruh dan menyebabkan ia tidak berbuah.

Pembajaan

Baja yang The Gartner gunakan adalah pellet tahi ayam dan juga pellet NPK 12:12:17: TE ataupun dikenali dengan nama baja biru atau baja buah. Baja ini boleh didapati di kebanyakan nurseri atau kedai-kedai. Tanah di dalam bekas juga perlu ditambah dengan kompos from time to time. Mulching juga boleh digunakan untuk membekalkan nutrient secara slow release dan mengekalkan kelembapan tanah. Sekiranya ada cacing tanah, masukkan beberapa ekor ke dalam bekas tanaman. They will work for you without any pay. Hehee.

Penjagaan
  1. Staking/Pancang - Pokok cherry perlu sentiasa dipastikan agar tegak atau upright to reduce its width dan agar ia lebih terdedah kepada cahaya matahari. The Gartner hanya gunakan pancang dan ikat batang pokok dengan tali rafia. Pokok juga boleh disandarkan pada pagar. Jangan pancang terlalu tinggi, cukup sekadar pada ketinggian yang easy to be managed.
  2. Pruning/Memangkas - Frankly speaking, I'm not good at pruning. Sebenarnya, pokok cherry tomato tak perlu dipangkas sekiranya nutrient yang dibekalkan kepada pokok adalah mencukupi. Pangkas bahagian yang mengganggu atau terlalu semak sekiranya perlu.
  3. Menguruskan pokok - Daun yang telah kering pada batang pokok cherry tomato perlu dibuang. Apa yang The Gartner buat adalah gunting daun yang telah kering dan longokkan di pangkal pokok - instant mulcing. Daun kering yang dibiarkan pada pokok akan mengurangkan aliran udara di sekitar pokok dan juga membuatkan pokok anda kurang stylo.
  4. Serangga perosak - Setakat ini, serangga perosak yang The Gartner encounter adalah mealy bug - yang betina berwarna putih dan berbulu tetapi tidak boleh terbang, yang jantan juga berwarna putih tetapi lebih kecial dan berterbangan apabila pokok digoncang. Untuk mengelakkan serangannya, pastikan pokok dalam keadaan sihat dan dibekalkan air yang mencukupi. Ada juga ladybird yang suka makan daun tomato. Sekiranya dijumpai, sila penyet. 
  5. Plant Disease/Penyakit - Tanaman tomato selalunya akan diserang penyakit layu (fusarium wilt, verticulum wilt) yang menyebabkan pokok terus mati. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria yang ada di dalam tanah. Simptom penyakit ini adalah pokok akan layu walaupun dibekalkan dengan air yang mencukupi. Kadangkala hanya sebelah pokok akan layu dan keesokkan harinya sebelah lagi pula akan layu. Sekiranya pokok dijangkiti penyakit ini, cabut dengan kadar segera dan buang jauh-jauh atau bakar. Seterusnya, berdoa banyak-banyak agar pokok lain tidak dijangkiti. Untuk mengelakkan penyakit ini, tanam varieti tomato yang tahan serangan atau practice crop-rotation (tanam pokok lain selepas menanam tomato). The Gartner akan ceritakan pengalaman menghadapi penyakit ini dengan lebih lanjut pada kesempatan lain.
  6. Nutrient Tambahan - Semburkan larutan epsom salt pada keseluruhan bahagian pokok setiap minggu (satu sudu kecil : 1.5L air). Semburan dilakukan pada waktu malam supaya pokok dapat menyerap nutrien secukupnya. Epsom salt membekalkan pokok dengan unsur magnesium dan juga sulfur yang mudah hilang daripada tanah. Taburkan juga sedikit pada pangkal pokok from time to time. Siraman air beras atau ikan boleh juga dilakukan but don't get too fancy dengan campuran susu dan bahan-bahan busuk lain kerana ditakuti boleh menyebabkan bakteria penyakit yang berada di dalam tanah menjadi aktif.
Insyallah, diharapkan kawan-kawan mendapat manfaat daripada apa yang telah dikongsikan. Boleh cuba dan lihat perubahan yang berlaku. Hopefully your cherry tomatoes will fruit merrily.

The colours of joy!
Thanks for reading. Gardening Rocks!

Wednesday, 18 December 2013

Cherry Tomato - #6

Assalamualaikum.

Hari ini The Gartner nak share some of the photos of cherry tomato yang tak menjadi. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekurangan air, kekurangan nutrien dan juga faktor persekitaran.

Tangkai buah yang sihat selalunya mempunyai 7 atau 8 biji buah dan saiz buah juga adalah sekata. Ini kerana selalunya bunga pada tangkai akan berkembang pada masa yang sama. However, disebabkan kekurangan air semasa pokok berbunga, putik bunga tidak akan terbentuk dengan sempurna atau luruh dan menyebabkan bilangan buah pada tangkai berkurangan. The Gartner ada terjumpa tangkai dengan satu buah sahaja (gambar sebelah kanan) dan dapat diperhatikan tangkai bunga yang gagal terbentuk iaitu bintilan berwarna putih di dalam gambar.

Tangkai buah yang sihat.
Tangkai buah yang kurang menjadi.
Walaupun bilangan buah berkurangan, pokok akan terus menghasilkan buah dan ia akan masak juga akhirnya. Gambar di bawah ini menunjukkan tangkai yang berbuah tetapi tidak penuh disebabkan cuaca yang terlalu panas ditambah pula dengan kurangnya air. Ada juga tangkai dengan buah yang berlainan saiz tetapi masak pada masa yang sama. The Gartner rasa puncanya adalah kekurangan air kerana buah di tangkai lebih bawah mempunyai saiz yang sekata berbanding buah di tangkai atas. Ketika buah sedang membesar, memang cuaca agak panas di kawasan Kajang ini.

Tangkai buah yang tidak penuh.
Buah yang berlainan saiz.
Cuaca yang terlalu panas dan kekurangan air juga boleh menyebabkan buah menjadi kering dan kulitnya berkedut. Gambar di bawah ini diambil before Sunday Harvest. Walaupun buah tidak luruh dan boleh kembali ke bentuk asal apabila air mencukupi, kualiti buah pastinya akan menurun.

Tangkai buah terdedah kepada kepanasan melampau.
Kulit buah yang berkedut.
So, to ensure buah yang terhasil adalah banyak dan mempunyai saiz yang cantik, The Gartner would like to share beberapa perkara yang telah dipraktikkan sendiri di Backyard Garden yang hopefully boleh memberi manfaat kepada rakan-rakan yang ingin mencuba. The Gartner mintak tumpang share ilmu yang tidak seberapa.
  1. Pokok  mestilah mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Apabila pokok cukup besar, boleh diubah ke kawasan yang menerima cahaya sepanjang hari.
  2. Perlu dipastikan pokok dibekalkan dengan air yang mencukupi terutamanya ketika cuaca panas. Ini adalah untuk mengelakkan putik bunga luruh sebelum buah terbentuk. 
  3. Untuk pokok cherry tomato di Backyard Garden, The Gartner juga ada semburkan larutan epsom salt setiap minggu (satu sudu kecil : 1.5L air). Semburan dilakukan pada waktu malam supaya pokok dapat menyerap nutrien secukupnya. Epsom salt membekalkan pokok dengan unsur magnesium dan juga sulfur.
  4. Bahagian pangkal pokok sentiasa diletakkan mulching to provide continuous nutrient secara slow release dan mengekalkan kelembapan tanah. The Gartner juga masukkan 5 - 6 ekor cacing tanah ke dalam container supaya mulching yang mereput diconvert kepada nutrien yang boleh dimanfaatkan kepada pokok.
  5. Pangkal pokok juga The Gartner sentiasa timbunkan sedikit tanah apabila ada unjuran akar keluar di sekelilingnya. Dari masa ke masa, timbunan ditinggikan apabila unjuran mula keluar di bahagian yang lebih tinggi.
  6. Bekas yang digunakan untuk menanam cherry tomato ini juga perlu cukup besar untuk menampung keperluan nutriennya. Bekas yang besar juga mempunyai kapasiti kandungan air yang lebih banyak. However, perlu dipastikan saliran bekas adalah baik untuk mengelakkan masalah akar reput. The Gartner gunakan bekas 45L yang dibeli dari Tesco.
  7. Pokok perlu sentiasa dipastikan agar tegak atau upright to reduce its width dan agar ia lebih terdedah kepada cahaya matahari. The Gartner gunakan pancang dan ikat batang pokok dengan tali. Pokok juga boleh disandarkan pada pagar.
  8. Pastikan tanah tidak 'mati' dan kaya dengan mikroorganisma. Apa yang The Gartner buat - siram dengan air basuhan beras yang diperam selama 2 hari, dan juga air basuhan ikan. Campurkan juga kompos secukupnya ke dalam bekas tanaman.
  9. Gunakan baja pellet yang sesuai sekiranya perlu. The Gartner gunakan NPK 12:12:17:TE setiap dua minggu sekali. Gunakan pada kadar minima. 
  10. TE ataupun trace elements perlu dibekalkan kepada pokok. Antara sumber TE yang paling bagus adalah air laut tetapi The Gartner gunakan air basuhan telur masin - lumpur yang disalut dengan sekam bakar with the hope lumpur yang digunakan tu berasal dari tepi laut. Hehehee. Plus, air hasil dari rebusan telur rebus yang dikatakan mengandungi sedikit kalsium. The Gartner campurkan sekali dengan air basuhan beras sebelum diperam.
That's all I have to share for now. Thanks for reading. Until later. Gardening Rocks!