Assalamualaikum.
Hari ini The Gartner nak share some of the photos of cherry tomato yang tak menjadi. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekurangan air, kekurangan nutrien dan juga faktor persekitaran.
Tangkai buah yang sihat selalunya mempunyai 7 atau 8 biji buah dan saiz buah juga adalah sekata. Ini kerana selalunya bunga pada tangkai akan berkembang pada masa yang sama. However, disebabkan kekurangan air semasa pokok berbunga, putik bunga tidak akan terbentuk dengan sempurna atau luruh dan menyebabkan bilangan buah pada tangkai berkurangan. The Gartner ada terjumpa tangkai dengan satu buah sahaja (gambar sebelah kanan) dan dapat diperhatikan tangkai bunga yang gagal terbentuk iaitu bintilan berwarna putih di dalam gambar.
|
Tangkai buah yang sihat. |
|
|
Tangkai buah yang kurang menjadi. |
|
Walaupun bilangan buah berkurangan, pokok akan terus menghasilkan buah dan ia akan masak juga akhirnya. Gambar di bawah ini menunjukkan tangkai yang berbuah tetapi tidak penuh disebabkan cuaca yang terlalu panas ditambah pula dengan kurangnya air. Ada juga tangkai dengan buah yang berlainan saiz tetapi masak pada masa yang sama. The Gartner rasa puncanya adalah kekurangan air kerana buah di tangkai lebih bawah mempunyai saiz yang sekata berbanding buah di tangkai atas. Ketika buah sedang membesar, memang cuaca agak panas di kawasan Kajang ini.
|
Tangkai buah yang tidak penuh. |
|
|
Buah yang berlainan saiz. |
|
Cuaca yang terlalu panas dan kekurangan air juga boleh menyebabkan buah menjadi kering dan kulitnya berkedut. Gambar di bawah ini diambil before
Sunday Harvest. Walaupun buah tidak luruh dan boleh kembali ke bentuk asal apabila air mencukupi, kualiti buah pastinya akan menurun.
|
Tangkai buah terdedah kepada kepanasan melampau. |
|
|
Kulit buah yang berkedut. |
|
So, to ensure buah yang terhasil adalah banyak dan mempunyai saiz yang cantik, The Gartner would like to share beberapa perkara yang telah dipraktikkan sendiri di Backyard Garden yang hopefully boleh memberi manfaat kepada rakan-rakan yang ingin mencuba. The Gartner mintak tumpang share ilmu yang tidak seberapa.
- Pokok mestilah mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Apabila pokok cukup besar, boleh diubah ke kawasan yang menerima cahaya sepanjang hari.
- Perlu dipastikan pokok dibekalkan dengan air yang mencukupi terutamanya ketika cuaca panas. Ini adalah untuk mengelakkan putik bunga luruh sebelum buah terbentuk.
- Untuk pokok cherry tomato di Backyard Garden, The Gartner juga ada semburkan larutan epsom salt setiap minggu (satu sudu kecil : 1.5L air). Semburan dilakukan pada waktu malam supaya pokok dapat menyerap nutrien secukupnya. Epsom salt membekalkan pokok dengan unsur magnesium dan juga sulfur.
- Bahagian pangkal pokok sentiasa diletakkan mulching to provide continuous nutrient secara slow release dan mengekalkan kelembapan tanah. The Gartner juga masukkan 5 - 6 ekor cacing tanah ke dalam container supaya mulching yang mereput diconvert kepada nutrien yang boleh dimanfaatkan kepada pokok.
- Pangkal pokok juga The Gartner sentiasa timbunkan sedikit tanah apabila ada unjuran akar keluar di sekelilingnya. Dari masa ke masa, timbunan ditinggikan apabila unjuran mula keluar di bahagian yang lebih tinggi.
- Bekas yang digunakan untuk menanam cherry tomato ini juga perlu cukup besar untuk menampung keperluan nutriennya. Bekas yang besar juga mempunyai kapasiti kandungan air yang lebih banyak. However, perlu dipastikan saliran bekas adalah baik untuk mengelakkan masalah akar reput. The Gartner gunakan bekas 45L yang dibeli dari Tesco.
- Pokok perlu sentiasa dipastikan agar tegak atau upright to reduce its width dan agar ia lebih terdedah kepada cahaya matahari. The Gartner gunakan pancang dan ikat batang pokok dengan tali. Pokok juga boleh disandarkan pada pagar.
- Pastikan tanah tidak 'mati' dan kaya dengan mikroorganisma. Apa yang The Gartner buat - siram dengan air basuhan beras yang diperam selama 2 hari, dan juga air basuhan ikan. Campurkan juga kompos secukupnya ke dalam bekas tanaman.
- Gunakan baja pellet yang sesuai sekiranya perlu. The Gartner gunakan NPK 12:12:17:TE setiap dua minggu sekali. Gunakan pada kadar minima.
- TE ataupun trace elements perlu dibekalkan kepada pokok. Antara sumber TE yang paling bagus adalah air laut tetapi The Gartner gunakan air basuhan telur masin - lumpur yang disalut dengan sekam bakar with the hope lumpur yang digunakan tu berasal dari tepi laut. Hehehee. Plus, air hasil dari rebusan telur rebus yang dikatakan mengandungi sedikit kalsium. The Gartner campurkan sekali dengan air basuhan beras sebelum diperam.
That's all I have to share for now. Thanks for reading. Until later.
Gardening Rocks!
Gardening Rocks!...
ReplyDeleteassalama en.tarique,
ReplyDeletetahniah dan geram tgk gerombolan tomato en.tarique. berbaloi dengan segala usaha en.tarique. Terima kasih banyak2 entarique sbb sudi kongsi cara en.tarique tanam tomato. Ape yang dapat saya simpulkan,pokok perlukan:
1.matahari yg cukup.
2.air yang cukup.
3.Mulching + cacing sebagai egen pereputan.
4. semburan epsom salt
5.timbun tanah bila akar dah keluar.
6.bekas / container yang sesuai dgn pertmbuhan.
7. pokok mesti sentiasa upright utk maximize cahaya.
8. pakai baja NPK,siraman air beras,air ikan,kompos.
9.guna air rebusan telur masin sebagai TE krn bekal kalsium pada pokok.
terima kasih banyak2 untuk ilmu yang di berikan,saya akan simpan untuk rujukan saya. heee
Salam Ibu Qistina..harap tips tersebut dapat membantu sedikit sebanyak..hee..
DeleteTq for sharing the info, Tarique...saya pon tgh dok tunggu pokok ceri tomato berbuah ni....now tgh berbunga....good info! :)
ReplyDeleteHi Lynna..insyaallah menjadi-jadi pokok ceri tomato tu..the wait is exhilarating tapi rasa sangat best, kan?..hee..
DeleteSalam Tarique, tips yg amat beguna.. kita maklum tomato ni mmg agak cerewet. Tapi kalo berhasil mmg puas ati.. thanks for the tips..
ReplyDeletepernah tanam tomato sampai sudah x berbuah..hehe sebab jarang buh baja...hehe baru ada ank pokok baru hope lepas nie kena rajin2 la skit..huhuhu tq for ur sharing
ReplyDeleteHi muka petak petak..you're welcome. Cuba dulu tips yang saya share..hopefully menjadi-jadi dan berbaloi-baloi. :)
Delete