Thursday, 12 December 2013

Baja Kulit Udang

Assalamualaikum.

Last weekend The Gartner cuba untuk buat baja kulit udang sendiri di rumah untuk kegunaan di Backyard Garden. Semua mungkin sudah tahu yang baja kulit udang ini agak efektif untuk menyuburkan tanaman. It's also a common practise especially for orang-orang lama untuk meletakkan kulit udang di pangkal pokok sebagai booster. The Gartner dah pernah buat sebelum ini and it is quite effective so I'm giving it another try.

Rasanya, apa yang membuatkan baja kulit udang ini begitu berkesan adalah kandungan chitosan yang terdapat padanya. Some of the benefit of chitosan on plants:
      • Meningkatkan tahap fotosintesis
      • Meningkatkan kadar pertumbuhan
      • Merangsang penyerapan nutrien dari tanah
      • Meningkatkan kadar percambahan biji benih 
      • Menambah kesegaran tumbuhan
      • Membantu tumbuhan melawan jangkitan fungus

    Chitosan ini memang banyak kebaikannya especially for pokok yang sedang membesar. Walaupun sebenarnya pengekstrakan chitosan memerlukan penggunaan natrium hidroksida tetapi The Gartner cuma buat apa yang terdaya sahaja. That's why I'm calling it baja kulit udang instead of chitosan. Hee.
    1. Mula-mula sekali The Gartner kumpul kulit udang yang telah dikupas dan kemudiannya rebus sampai semuanya bertukar menjadi merah. Pastikan air dimasukkan secukupnya sehingga menenggelami kesemuanya.
    2. Apabila telah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil air rebusan kulit udang dan masukkan dalam botol. Air rebusan ini boleh diguna untuk disiram pada pokok tetapi perlu dicairkan terlebih dahulu.
    3. Keringkan kulit yang telah direbus sehingga ia bertukar menjadi rapuh.
    4. Kulit yang telah kering dikisar sehingga halus dan disimpan dalam bekas yang kering.
    5. Untuk menggunakannya, tabur pada pangkal pokok secukup rasa atau sesedap hati.
    Kulit udang yang telah dikupas.
    Proses merebus kulit udang.
    Kulit udang yang telah direbus.
    However, baja kulit udang yang The Gartner nak buat tak menjadi sebab semuanya disebat oleh kucing semasa dijemur. Aduhaii. Kena buat lagi sekali lain kali.

    Anyway, selamat mencuba. Thanks for reading. Until later.

    5 comments:

    1. Great info...thanks for sharing Tarique...pernah buat & guna baja ikan bilis yg dikisar jer untuk tabur tu....senang sebab dah kering takyah jemur...pemalas kan.. hehehe cons dia, semut suka mkn bila tabur tu....siram dgn air rendaman ikan bilis pon ok jgk... ;)

      ReplyDelete
    2. saya pernah nk buat kulit udang ni tapi saya ingat jemur je terus tak yah rebus dulu...rupanya kene rebus dulu ya. terima kasih atas info ni en.tarique. :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Tak rebus pun boleh tapi kalau kita rebus boleh dapat airnya yang high nutrient..semut pun tak hurung kulit yang ditabur..plus bau pun tak busuk sangat..

        Delete
    3. hahaha. khusyuk saya membaca. sampai hujung tergelak pulak >_<
      saya belum pernah guna sisa udang untuk buat baja. biasanya baja ikan atau baja hijau yang diperam je lah.
      salam kenal! :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hi Wani..salam kenal..boleh cuba baja udang pulak lepas ni..sangat berkesan..insyaallah..

        Delete