Showing posts with label Anak Pokok. Show all posts
Showing posts with label Anak Pokok. Show all posts

Tuesday, 26 November 2013

Cherry Tomato - #4

Assalamualaikum.

Latest update for my cherry tomato plant. Post-post sebelum ini adalah sebagai rekod perkembangan dan rujukan. Buah-buah pada pokok cherry tomato semakin menggalak. Bunga pun semakin banyak dan putik-putik buah banyak yang terbentuk. Sangat exciting. Dekat bawah ni photos taken on 22 November 2013.

Ketinggian pokok dah melebihi 1.5m dan tali diikat ke pagar untuk mengelakkan pokok tumbang.
Tanah di dalam container nampak kosong tapi dipenuhi akar pokok.
Buah tomato pada tangkai pertama adalah yang paling besar. So far, ada lebih kurang 3 tangkai buah pada setiap cabang pokok.Ada tangkai yang sudah berbunga tetapi belum menjadi buah. Gambar diambil selepas hujan semalaman. Memang nampak sangat menyegarkan. Better photos from a better camera.

Buah tomato pada tangkai pertama.
Buah tomato pada tangkai kedua.
Alhamdulillah. Pokok menjadi dan berbuah banyak. Hopefully sempat makan buah-buahnya yang nampak sangat comel. Pokok tomato memerlukan banyak unsur magnesium semasa berbunga dan berbuah jadi penggunaan magnesium sulfat atau epsom salt menjadi satu kemestian.

Bunga dan putik tomato yang baru terbentuk.
Bunga tomato yang baru kembang.
OK. The Gartner akan update lebih banyak di masa akan datang. Pokok-pokok lain pun nak kena tengok jugak ni. Hee.

Monday, 25 November 2013

Cherry Tomato - #3

Assalamualaikum.

Cherry tomato sudah berbunga dan berbuah. Kedua-dua pokok dalam container 30L are at the same progress stage. Gambar kat bawah ni taken on 18 November 2013.

Pokok dah tinggi melebihi 1.0 meter.
Buah Cherry Tomato pada tangkai pertama.
Buah pada tangkai pertama dan kedua.
Bunga cherry tomato sedang kembang.

Tali rafia diikat pada batang yang ada tangkai berbuah and connected to the pancang for extra support.  Sebabnya, batang ini akan jadi lebih berat jadi kena support supaya dia tak patah. Sebab lain ialah The Gartner nak cherry tomato ni tumbuh meninggi. Kalau dia tumbuh merimbun nanti akan makan banyak ruang, susah nak tambah pokok lain pula. Hee.

Actually, The Gartner ada juga pindahkan anak tomato lain ke container 20L dan juga tanam di atas tanah. Just to see which is the best method. Pertumbuhan anak pokok di dalam container 20L agak perlahan mungkin disebabkan tanah yang kurang sesuai. Pembungaan bermula seminggu selepas pokok lain dan bunga di tangkai hanyalah 3 – 5. Mungkin disebabkan oleh kekurangan nutrien.

 OK. More updates later.

Kacang Panjang Renek - #2

Assalamualaikum.

Pokok Kacang Panjang Renek semakin membesar. So far tiada masalah. Daun kekal dah tumbuh sebanyak 2 set. For comparison, below are photos taken on 18 November 2013 and 22 November 2013, only 4 days apart.

Kacang Panjang Renek, 18 November 2013
Kacang Panjang Renek, 22 November 2013
OK. The Gartner akan teruskan update di lain kali. Thanks. To be continued..

Cherry Tomato - #2

Assalamualaikum.

Anak cherry tomato yang ditanam di dalam bekas sudah dipindahkan ke container yang lebih besar. Kapasiti container rasanya 30 L dan dibeli di Tesco semasa promosi, hanya RM 10 satu. The Gartner ada beli 2 biji untuk dibuat menanam pokok. Kebaikan menggunakan container sebesar ini adalah kapasiti air yang boleh ditampung oleh tanah lebih besar jadi pokok tidak mudah kering. Nutrien dan bahan organik pada tanah juga dapat disesuaikan sesedap hati mengikut keperluan pokok yang ditanam. Sekiranya ditanam di dalam pasu, agak sukar dilakukan disebabkan ruang yang terhad.

2 anak tomato ditanam di sebelah kanan bekas dan di bahagian lain dibiarkan kosong. Tujuannya agar senang untuk membaja dan menyelenggara tanah. Akar pokok akan bergerak ke bahagian yang kosong jadi pembajaan hanya dilakukan di kawasan itu. Gambar di bawah ini diambil pada 18 Oktober 2013 dan 6 November 2013. Benih cherry tomato ini disemai pada 13 September 2013 dan selepas sebulan ketinggiannya mencapai 30cm. Pembesaran agak perlahan sewaktu permulaan dan anak pokok perlu disokong dengan pancang to prevent from patah ditiup angin.  Sebulan selepas itu, pokok sudah steady dan pembesaran semakin accelerated.

Cherry Tomato, 18 October 2013
Cherry Tomato, 6 November 2013
Setelah lebih kurang 7 minggu, pokok ini sudah mula berbunga. Mungkin sedikit perlahan tapi it’s all right since we are not chasing for anything. Hee. Bunga tomato berwarna kuning dan ada up to 7 flowers di setiap tangkai. Di dalam gambar kat bawah ni (taken on 6 November 2013) buah dah terbentuk after kelopak bunga luruh. That gets me really excited. Gambar agak sedikit low quality sebab diambil menggunakan camera phone. Lepas ni pakai camera yang canggih sikit lah.


OK. I’ll include more close-up photos in the next post. Rasanya menanam cherry tomato ini sangat exciting. The Gartner ada menanam cili padi dan cili besar juga tetapi the excitement is different. Pokok cili lebih manja dan memerlukan penjagaan yang rapi and there’s too many aspects to be taken care of to make sure pokok cili menjadi sangat produktif. Siapa yang tak nak stress silalah tanam cherry tomato. Hee. 

Friday, 22 November 2013

Kacang Panjang Renek - #1

Assalamualaikum.

Kacang panjang renek yang benihnya dibeli dari Unit Biji Benih MARDI, disemai pada 11 November 2013 dan inilah gambarnya keesokkan harinya. Daripada 5 biji benih yang disemai, 4 tumbuh dengan jayanya.

Kacang Panjang Renek, 12 November 2013
Keesokan harinya semua biji benih mula mengeluarkan daun. Anak pokok dibiarkan di kawasan teduh supaya belajar terkena cahaya matahari.

Kacang Panjang Renek, 13 November 2013
Anak pokok kemudiannya dipindah ke dalam bekas 5L selepas 7 hari disemai. Dua pokok dimasukkan dalam satu pasu untuk dilihat perkembangannya. Pokok yang lemah akan dikeluarkan apabila dah semakin besar dan memenuhi ruang.

Kacang Panjang Renek, 18 November 2013
The Gartner akan teruskan update pasal kacang panjang renek ini in the future. Bagus juga dapat observe perkembangannya dari kecil sampai berbuah. Insyaallah akan dimasukkan juga info berkenaan simptom kekurangan nutrien, plant disease dan juga serangga perosak if there's any encounter.
 

Sweet Potato - #1

Assalamualaikum.

Di dalam pasu kecil ini adalah anak pokok Sweet Potato. Ditanam dari potato yang bertunas di dapur. Asalnya batang dan daunnya kecil tetapi selepas dipindah ke dalam tanah, pertumbuhannya sangat pantas.
 
Sweet Potato, 6 November 2013

Seminggu kemudiannya pokok ini dipindah ke tong styrofoam untuk memberi lebih ruang untuk pertumbuhan dan pembentukan ubi. Pokok ambil masa 2 hari untuk sesuaikan diri dan pertumbuhan daun baru dapat dilihat selepas itu.

Sweet Potato, 18 November 2013
The Gartner akan teruskan update pasal sweet potato ini from time to time. Hopefully we could gain something from the sharing.


Cherry Tomato - #1

Assalamualaikum.

Inilah dia anak pokok cherry tomato. Benih diambil dari buah yang dibeli di pasaraya. Gambar ini diambil pada 26 September 2013. Sekarang pokok sudah besar dan mengeluarkan buah. Cuma menunggu buahnya ranum dan sedia dimakan.

Cherry Tomato, 26 September 2013

Benih agak mengambil masa untuk bercambah dan mula tumbuh. Jadi harus banyak bersabar semasa menunggu ia muncul. Pastikan anak benih tidak patah dan cukup kuat sebelum dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai.