Friday, 22 November 2013

Kacang Panjang Renek - #1

Assalamualaikum.

Kacang panjang renek yang benihnya dibeli dari Unit Biji Benih MARDI, disemai pada 11 November 2013 dan inilah gambarnya keesokkan harinya. Daripada 5 biji benih yang disemai, 4 tumbuh dengan jayanya.

Kacang Panjang Renek, 12 November 2013
Keesokan harinya semua biji benih mula mengeluarkan daun. Anak pokok dibiarkan di kawasan teduh supaya belajar terkena cahaya matahari.

Kacang Panjang Renek, 13 November 2013
Anak pokok kemudiannya dipindah ke dalam bekas 5L selepas 7 hari disemai. Dua pokok dimasukkan dalam satu pasu untuk dilihat perkembangannya. Pokok yang lemah akan dikeluarkan apabila dah semakin besar dan memenuhi ruang.

Kacang Panjang Renek, 18 November 2013
The Gartner akan teruskan update pasal kacang panjang renek ini in the future. Bagus juga dapat observe perkembangannya dari kecil sampai berbuah. Insyaallah akan dimasukkan juga info berkenaan simptom kekurangan nutrien, plant disease dan juga serangga perosak if there's any encounter.
 

No comments:

Post a Comment