Friday, 29 November 2013

Mulberry - #1

Assalamualaikum.

The Gartner ada tanam satu pokok mulberry di halaman depan rumah tapi agak kurang diberikan perhatian lepas dah berbuah 2 3 bulan lepas. Pokok dipangkas selepas habis berbuah dan keratan batang dipacakkan ke dalam polibeg dan dah tumbuh banyak daun. Pokok induk pula pertumbuhannya macam agak perlahan probably sebab tanah yang kurang subur.

Previously The Gartner noticed yang daunnya yang sudah tua ada yang menjadi warna kekuningan - normal sign of nutrient deficiencies - tapi sengaja buat tak kesah. Tapi dua tiga hari lepas baru nampak some of the top leaves ada kesan macam terbakar. The reason is unknown.
 
Daun mulberry yang macam ada kesan terbakar.
Hanya top leaves affected dan bertukar warna.
Other leaves with signs of nutrient deficiencies.
Gambar kat bawah ni pula anak-anak pokok mulberry yang berasal dari pokok di atas. Sudah tak ingat berapa umurnya. Dicambahkan untuk seorang sahabat yang request untuk ditanam di kebunnya di Kelantan.

Anak pokok mulberry dalam polibeg.
Daun-daun muda pada anak pokok mulberry.
Untuk pokok induk tadi mungkin hanya satu cara nak selesaikan masalahnya - pangkas dan tanam semula keratan so dapat lebih banyak pokok. Hee. Anyway, untuk rujukan simptom-simptom nutrient deficiencies in plants, boleh refer to this site - www.cropnutrition.com/nutrient-knowledge. 

Pokok seperti mulberry sebenarnya boleh diselamatkan sekiranya mengalami masalah kekurangan nutrien melalui penambahan baja yang kaya dengan nutrien yang kurang tersebut. Tetapi kita hendaklah kenalpasti nutrien/unsur yang mana satu terlebih dahulu sebab takut tersilap baja yang menyebabkan masalah tidak dapat diselesaikan.

OK. That's all. Thanks for reading.

2 comments:

  1. Sehat doh ko pokok mulberi? Pokok..tak cukup trace element rasanya tariq...cek ph tanah...kena sembur baja te...tambah juga semburan ca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heyy sifuuu...aku dah check semalam..tanah kurang baja plus akar pokok pandan di sebelah dah overwhelm akar pokok mulberi..aku dah cabut pokok pandan tu..bila nak mai ambik pokok mulberi ang ni?..dah berbuah dah..hee..

      Delete