Wednesday, 27 November 2013

Bunga Pokok Kari

Assalamualaikum.

Di Backyard Garden ada sebatang pokok kari (Murraya koenigii) yang The Gartner tanam dari kecil sehingga sekarang ni ketinggiannya dalam 1.6m. However, sekali pun tak pernah petik daun dia. Hee.

Hari ini semasa menyiram pokok, The Gartner noticed yang pokok kari ni dah ada sejambak putik bunga. Sebelum ini pokok agak kekurangan nutrien dan daunnya bertukar menjadi hijau muda. Sekarang ini sudah sihat semula dan daunnya dah kembali menjadi hijau gelap. Photos ada di bawah sini.

Pokok daun kari yang mengeluarkan putik bunga.
Putik Bunga Pokok Kari

Pokok ini sebenarnya boleh juga disemai dari benih yang ada di dalam buahnya. Buahnya boleh dimakan tetapi bijinya sangat toksik. The Gartner akan cuba makan kalau buahnya menjadi. Ada orang cakap rasanya manis tapi aftertastenya sangat pelik. Belum cuba belum tahu. Hee.

OK.  Thanks.

5 comments:

  1. cantik, blum penah lg tnm pkok kari.... bunga kari ni edible ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi @na..daripada bacaan di internet katanya boleh dimakan bila dah masak ranum..bila dah warna purple/hitam..

      Delete
    2. Salam. saya dulu suka sangat makan pucuk and bunga kari. sangat sedap makan dengan sambal belacan. sekarang tanam dalam pasu kecik je pokoknya. jarang berbunga..

      Delete
  2. saya punya kari hidup segan mati tak mahu....merajuk kut. bunga kari saya pun ada dengar boleh makan tp belum cuba lg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ibu Qistina..saya juga ada baca yang bunganya boleh dimakan..juga ada nilai perubatan tersendiri..hidup segan mati tak mahu mungkin disebabkan tanah yang tak sesuai..kalau tanam di dalam pasu, cuba pindah ke atas tanah..sebab pokok saya pun macam tu jugak awal-awal dulu..

      Delete