Assalamualaikum.
Di Backyard Garden ada sebatang pokok kari (Murraya koenigii) yang The Gartner tanam dari kecil sehingga sekarang ni ketinggiannya dalam 1.6m. However, sekali pun tak pernah petik daun dia. Hee.
Hari ini semasa menyiram pokok, The Gartner noticed yang pokok kari ni dah ada sejambak putik bunga. Sebelum ini pokok agak kekurangan nutrien dan daunnya bertukar menjadi hijau muda. Sekarang ini sudah sihat semula dan daunnya dah kembali menjadi hijau gelap. Photos ada di bawah sini.
 |
| Pokok daun kari yang mengeluarkan putik bunga. |
 |
| Putik Bunga Pokok Kari |
Pokok ini sebenarnya boleh juga disemai dari benih yang ada di dalam buahnya. Buahnya boleh dimakan tetapi bijinya sangat toksik. The Gartner akan cuba makan kalau buahnya menjadi. Ada orang cakap rasanya manis tapi aftertastenya sangat pelik. Belum cuba belum tahu. Hee.
OK. Thanks.