Showing posts with label Serai Wangi. Show all posts
Showing posts with label Serai Wangi. Show all posts

Monday, 24 February 2014

Backyard Garden Update - 23 February 2014

Assalamualaikum.

Kali ini The Gartner nak update what have been done di Backyard Garden over the weekend.

Pokok bendi yang tinggi menjulang sampai susah nak petik buahnya terpaksa dipangkas. Disebabkan kebanyakan pokok kurang daun selepas dicabut kerana powdery mildew, The Gartner decide untuk pangkas kesemuanya sekali dan biarkan tunas baru take over.

Sebelum ini semasa memangkas The Gartner gunakan gunting sahaja. Kali ini, terpaksa gunakan gergaji sebab batang pokok bendi sudah terlalu besar. Haha. Tapi guna gergaji besi, bukan gergaji kayu, sebab matanya lebih halus.

Bendi yang tinggi melampai.
Okra dan langit biru.
Di bawah ini adalah gambar pangkal pokok sebelum dan selepas dipangkas. Nampak lebih kemas, kan? Di setiap pangkal pokok ada beberapa tunas yang selepas ini The Gartner akan biarkan membesar. From my observation, 2 cabang sudah memadai bagi setiap pokok. Jika terlalu banyak akan menyebabkan produktiviti pokok menurun.

Pokok bendi sebelum dipangkas.
Pokok bendi selepas dipangkas.
Cuaca di Backyard Garden pada pagi Ahad sangat nice. Semasa perhatikan pokok tomato, The Gartner noticed yang pokok paling kanan sudah terkena cahaya matahari pagi tetapi the other two belum lagi. Observing the arrangement, pokok yang paling akhir menerima cahaya matahari is the smallest.

So, terus The Gartner ubah kesemuanya ke bahagian tepi so tempoh cahaya matahari dipanjangkan lagi. Mengikut pengiraan The Gartner, pokok yang paling kanan menerima cahaya matahari lebih 2 jam awal daripada pokok lain. Hopefully lepas ni pokok-pokok tomato ini membesar dengan jayanya.

I think there must be something about the effect of the morning sun yang kita masih kurang faham. Hmm..mungkin perlu study on this lebih lagi selepas ini.

Tomato - Susunan sebelum.
Tomato - Susunan selepas.
Serai wangi yang dipotong habis sebelum ini sudah mula tumbuh kembali. Dalam masa 2 bulan lebih sahaja, saiznya sudah agak besar. Disebabkan lokasi tersebut ingin digunakan untuk meletak tong styrofoam berisi pokok tomato, The Gartner terpaksa potong kesemuanya sekali lagi.

Serai Wangi, 7 December 2013
Serai Wangi, 23 February 2014
Di dalam bekas 5L ini The Gartner semaikan benih Tomato Cherry Red dan juga satu lagi benih tomato yang bersaiz sedikit besar tetapi kurang pasti namanya. Sekarang ini The Gartner ingin fokuskan pada tomato dan cuba tanamkan seberapa banyak varieti yang boleh. The Gartner juga ada satu anak pokok tomato dari jenis Yellow Pear yang terlupa nak diambil gambarnya.

Tomato Cherry Red, 24 February 2014
Tomato Cherry XX, 24 February 2014
Tomato besar yang dinanti-nantikan ranumnya tiba-tiba cracking pula. Terpaksalah The Gartner petik walaupun masih hijau. Saiznya agak kecil dan masih keras.

Tomato yang sudah cracking.
Kesan cracking yang agak ketara.
Apart from that, The Gartner juga ada noticed yang one of the cherry tomato ada kesan pelik pada kulitnya. Rupa-rupanya kesan gigitan probably oleh tikus atau tupai disebabkan buah yang agak rendah dengan tanah. Sebiji buah di sebelahnya sudah hadis ditebuk sebelum ini. Mungkin buah ini sedikit liat semasa digigit jadi ia tidak pecah. Apabila sudah ranum, barulah kesan gigitan nampak ketara pada kulit buah. Haha.

Kesan gigitan pada buah cherry tomato.
Di halaman depan rumah pula, pokok kangkung yang telah lama ditanam mula mengeluarkan struktur yang pelik seperti kudup bunga di bahagian bawahnya. Adakah ini bahagian dimana terhasilnya benih kangkung? Feel free to comment sekiranya ada jawapan.

Kangkung di halaman depan rumah.
Struktur seperti kudup bunga pada bahagian bawah.
So, these are the photos of Backyard Garden before and after dikemas on the weekend. Nampak lebih kemas selepas pokok bendi dan ulam raja dipotong habis-habisan.

Backyard Garden, Pagi, 23 February 2014
Backyard Garden, Petang, 23 February 2014
Backyard Garden, Pagi, 23 February 2014
Backyard Garden, Petang, 23 February 2014
So, this is my harvest for the weekend. Kali ini tak banyak sebab tiada bendi sebagai filler. Haha.

My Harvest - 23 February 2014
That's all for now. Until later.

Thanks for reading. Gardening Rocks!

Monday, 9 December 2013

Serai Wangi, Bendi & Saturday Morning Harvest - 7 December 2013

Assalamualaikum.

The last two days had been very fulfilling for me. The Gartner dah jalankan operasi pembersihan di Backyard Garden untuk buang mana-mana pokok yang tak diingini dan juga buang rumpai-rumpai yang semakin besar kepala. Sempat juga gemburkan tanah yang dah lama tak disentuh and re-arrange balik pokok-pokok ke lokasi yang lebih sesuai. The garden looks better now, tak macam sebelum ini semak semacam saja.

Firstly, The Gartner potong dan buang serumpun pokok serai wangi di bahagian tepi Backyard Garden. Asalnya rumpun ini ditanam dari sebatang serai sahaja yang dibawa dari kampung tapi selepas hampir setahun  pembesarannya agak melampau sampai menghalang cahaya matahari ke raised bed. Rumpun ini pernah ditrim sebelum ini tapi cepat sahaja kembali merimbun. The Gartner cuma simpan satu batang serai sahaja untuk ditanam semula. Daun serai wangi ini berbau kuat dan sesuai digunakan untuk aromaterapi. There might be other uses for its leaves tapi The Gartner kurang arif.

Rumpun Serai Wangi
Serai wangi yang telah dipotong.
Bahagian akar yang tak dapat dicabut.
Pokok bendi yang dah meninggi mula mengeluarkan cabang pada bahagian bawah batangnya. Disebabkan pokok induknya yang telah terlalu tinggi dan berpenyakit di daun, The Gartner pangkas kesemuanya, cuma tinggalkan bahagian cabang yang baru. Mungkin ada sesetengah orang lebih suka cabut terus pokok yang telah tua dan tanam semula disebabkan produktiviti pokok yang menurun, tapi The Gartner pernah buat macam ini before dan agak berpuas hati dengan hasilnya. Cuma, apabila cabang baru pun telah tua, pokok terpaksa dicabut juga.

Pokok bendi yang berketinggian hampir 2 meter.
Pokok-pokok bendi yang dipangkas.
Cabang baru yang tumbuh dari batang utama.
Before the clearing works, The Gartner ada noticed some of the pods are oddly shaped. Tak diketahui apa yang menyebabkan buah bendi ini seakan-akan berduri. Nak makan pun jadi geli geleman. My guess is buah deformed disebabkan serangan aphid dan juga semut semasa masih di peringkat bunga. Ada juga buah yang bengkok dan kelihatan ada jangkitan kulat pada bahagian tangkainya. Mungkin memang sudah sampai masanya pokok ini dibuang.

Buah yang seakan-akan berduri.
Buah yang bengkok dan dijangkiti kulat.
The Gartner juga spotted ada buah dengan tompokan atau butiran pelik di bahagian luar, clear sign of serangan ulat pengorek buah. Selalunya ulat pengorek buah ini akan menyerang putik-putik buah yang masih muda. Yang pastinya, buah akan rosak disebabkan ulat ini. Selepas buah dibelah, sang ulat pun menyerah diri. 

Putik buah yang diserang ulat pengorek buah.
Ulat Pengorek Buah yang telah menyerah diri.
Apart from that, The Gartner sempat juga harvest some bendi, cili bara, sawi dan juga kailan yang tak menjadi untuk dibuat santapan makan tengahari. Nampaknya lepas ni kena tanam kailan sekali lagi and make sure all of them besar-besar baru boleh suruh The Wife masak kailan ikan masin. Hee.

Saturday Morning Harvest, 7 December 2013
OK. Hope all of you also had a great weekend. That's all for now. Until later. Thanks.