Showing posts with label Sweet Potato. Show all posts
Showing posts with label Sweet Potato. Show all posts

Wednesday, 5 February 2014

Backyard Garden Update - 3 February 2014

Assalamualaikum.

The Gartner kembali semula ke Kajang pada malam Ahad dan sampai ke rumah dalam pukul 5 pagi. Not bad laa bertolak pukul 11 malam sampai pukul 5 pagi - 6 jam perjalanan. Sampai saja di rumah tunggu masuk waktu solat Subuh, solat dan kemudiannya tidur. Bangun sahaja dari tidur around 9.30 pagi terus ke Backyard Garden - tak sabar-sabar sampai gosok gigi pun tak sempat. Yes, tooth-brushing can wait a few hours. Tengok pokok yang ditinggalkan berhari-hari lebih penting. Hee. *Click here untuk baca update sebelum balik kampung.

So, disebabkan kebun kecil ini tiada sistem pengairan ataupun sprinkler yang seangkatan dengannya maka most of the plants jadi kering dan layu as expected. Sebelum bagi semua minum, The Gartner snap some photos and check on their condition. Alhamdulillah, tiada yang mati tetapi banyak yang layu without hope lagi dah. Sabar je lah..lepas ni kene pasang DIY punya sprinkler system.

Di bawah ni adalah overview Backyard Garden on 3 February 2014. Boleh nampak tahap kekeringan pokok. Daun-daun yang sebelum ini hijau dah bertukar warna kepada perang. And still, banyak kawasan masih kosong dan menanti untuk diisi dengan anak-anak pokok.

Backyard Garden, 3 February 2014
Backyard Garden, 3 February 2014
Kacang Panjang Renek agak terjejas dengan ketiadaan air ini dan menyebabkan most of its leaves layu dan luruh. Tapi pokok masih dalam keadaan baik. Siap ada 2-3 biji kacang tergantung walaupun agak terbantut.

3 pokok Tomato Besar yang ditanam di dalam pasu dan container masih bertahan. Tapi, upon further inspection, most of the flowers failed to turn into fruits dan luruh ataupun layu. Alhamdulillah, at least pokok masih survive. Buah yang sudah terbentuk pada pokok di dalam tong styrofoam juga menjadi berkedut-kedut seperti yang pernah diceritakan dalam post lepas (click to read) - akibat kekurangan air berterusan.

So, apa yang The Gartner buat adalah remove all those dead leaves - convert jadi mulching. Letak balik dalam pasu so tanah tak mudah kering.

Kacang Panjang Renek & Tomato Besar - 3 February 2014
Kacang Panjang Renek yang kekeringan.
Pokok Cili Bara pula nampak tetap tegap walaupun daun-daunnya dah mula menguning dan mengerekot. Memang pokok ini agak manja dan perlu dipastikan agar sentiasa mendapat bekalan air secukupnya.

Bila The Gartner tengok secara dekat, baru nampak yang aphids sudah mula menyerang bunga-bunga pada pokok. Semut-semut merah juga banyak dan menjaga aphids from predators such as ladybugs. Itulah sebabnya kalau nak hapuskan aphids menggunakan ladybird, kena pastikan semut-semut dimusnahkan dulu.

Bagaimana nak menjemput ladybirds ke kebun anda? Tak perlu dijemput kerana di mana ada aphids, di situ lambat laun pasti akan ada ladybirds. 

Bagaimana nak musnahkan semut? Banyak cara - cerita di lain kali. Hee.

Cili Bara, 3 February 2014
Aphids menyerang pokok especially bahagian bunga.
Cherry Tomato juga agak terjejas since it also need a lot of water to grow well. Banyak dahan yang menjadi kering dan layu. Buah dan bunga juga terjejas and I could observe banyak buah mula masak walaupun masih kecil - pembentukan buah yang tidak sempurna. Apa yang boleh dibuat adalah - sabar - potong dahan yang telah kering - remind diri sendiri sekali lagi pasang sprinkler system even DIY pun jadilah.

Dalam ketika pokok lain kekeringan, pokok terung pula mengeluarkan buah yang ke-dua. Hahaa. Walaupun agak lambat tetapi The Gartner terima seadanya. Hopefully terung kali ini tak teruk dirosakkan seperti terung yang diceritakan dalam post sebelum ini (click to read).

Cherry Tomato, 3 February 2014
Terung berbuah tunggal walaupun dihurung aphids.
The Gartner juga sudah menanam semula Sweet Potato disebabkan banyak tong styrofoam tak berisi apa-apa. Hopefully kali ini lebih manjadi daripada harvest sebelum ini (click to read).

Yellow Cosmos yang sebelum ini hijau dah menjadi sangat kering. Hahaa. However, it's OK since now I've got more seeds to plant this lovely thing all over Kajang. Kikiki..

Sweet Potato, 3 February 2014
Yellow Cosmos, 3 February 2014
Semaian Pak Choy dan Kobis Cina surprisingly dalam keadaan baik walaupun kekurangan air. Lepas ini, The Gartner akan pindahkan most of it ke raised bed since makluk perosak sudah kurang mengganggu. These would be my green harvest hopefuls.

Ada beberapa biji mulberry yang sudah ranum walaupun dalam keadaan kering. The Gartner petik kesemuanya and include it into the harvest to add some colours.

Semaian Pak Choy & Kobis Cina, 2 February 2014
Mulberry yang telah ranum.
Pokok Cili Besar yang sebelum ini diserang penyakit (click to read) sudah di hard-prune selepas dituai. Cili-cili yang dituai pula berkedut-kedut dan agak kurang segah. Pasu juga telah diubah ke kawasan yang lebih dekat dengan paip air. Hmm..mungkin The Gartner kena cuba tanam cili semula selepas ini.

Sepasu Halia yang ditanam sejak dahulu lagi tiba-tiba mengeluarkan kudup bunga. Nice..I'm excited to have it blooming in front of my eyes.

Tong kayu di sebelah tu is currently my compost bin. The Gartner plan to fill it up a little bit more - masukkan tanah sampai penuh so it become some sort of a raised bed - then tanam some herbs. Hopefully lebih menjadi daripada tanam di dalam besen.

Pokok Cili Besar dan Halia yang telah diubah lokasinya.
Kudup bunga pada pokok halia.
So, after belek-belek semua pokok dan harvest apa yang patut, inilah hasilnya - tuaian di hari yang kering. Lepas tuai terus The Gartner bagi semua minum air. Jangan putus asa my plants - your days ain't over yet. Hee.

My Harvest, 3 February 2014
OK. Thanks for reading. Until later. Gardening Rocks!

Tuesday, 14 January 2014

Monday Harvest - 13 January 2014

Assalamualaikum.

Today, the Gartner nak berkongsi hasil tuaian dari Backyard Garden for the whole week (6 January - 12 January). Overall, yang berhasil sekarang adalah bendi, kacang panjang, cili bara dan juga cherry tomato. Hmm..nak kena start tanam pokok lain pula lepas ni. Walaupun tuaian harian tak banyak, tapi bila dikumpulkan kesemuanya, agak boleh tahan. The Gartner terlepas nak harvest on Friday sebab balik ke rumah agak lambat. Anyway, these are my harvest for last week.

Monday Harvest, 6 January 2014
Tuesday Harvest, 7 January 2014
Wednesday Harvest, 8 January 2014
Thursday Harvest, 10 January 2014
Saturday Harvest, 11 January 2014
Sunday Harvest, 12 January 2014
On Saturday, The Gartner cabut pokok sweet potato yang ditanam dalam bekas styrofoam dan dapat beberapa sweet potato yang masih sekolah a.k.a tak menjadi. Hee. Actually, the reason pokok dicabut adalah kerana daunnya yang seakan-akan diserang kulat dan bertukar kekuningan. The Gartner tak nak tak any risk so cabut kesemuanya dan korek sahaja ubi yang ada walaupun masih kecil. Cuma dapat 3 biji ubi yang boleh dipanggil ubi - yang lain tu panjang-panjang macam akar. Percubaan yang kurang menjadi, lepas ni cuba lagi.

Sweet Potato di dalam bekas styrofoam.
Sweet Potato yang terhasil.
Saiz sweet potato yang paling besar.
The other two sweet potatoes. Nak makan pun kesian..
Jadi, total harvest for this week adalah: Bendi - 18 biji, Kacang Panjang - 15 biji, Cili Bara - 23 biji, Cherry Tomato - 49 biji, Sweet Potato - 3 small ones.

During the weekend, The Gartner siapkan ruang untuk tanaman baru - probably timun mini dan juga kacang kelisa. Besen yang sebelum ini telah dilubangkan dah diisi dengan tanah. The Gartner plan nak tanam sedikit pudina dan juga chives. Tanam semuanya dalam satu bekas and hopefully tumbuh dengan cantik.

Raised bed masih lagi diterrorize oleh makhluk perosak. Ada sahaja anak pak choy yang dimakan setiap hari. Yang peliknya, daun-daun dimakan di waktu tengahari. Hari Sabtu seekor tikus berjaya diperangkap tapi besok harinya, daun masih dimakan juga. Rasa agak tercabar, so perangkap dipasang lagi dan harapnya dapat tangkap perosak tersebut. Nampaknya, nak kena semai semula pak choy dan kailan sebab yang tinggal semuanya dalam keadaan yang menyedihkan.

So, that's all for now. Sebelum itu - gambar pencuri hasil kebun yang tak sabar-sabar nak makan tomato. Hee.


Thanks for reading. Gardening Rocks!

Sunday, 15 December 2013

Progress Tracking - 11 December 2013

Assalamualaikum.

This entry is just to record the progress of some of the plants.

Ubi Sayur yang disemai minggu lepas dah mula mengeluarkan daun baru dan tumbuh dengan jayanya. Daun kesum juga tidak mati kekeringan and hopefully tumbuh merimbun. Lokasi bekas tanaman mungkin perlu diubah apabila daun semakin membesar. Currently kawasan ini agak redup dinaungi pokok cili bara. Kalau tengok dari jauh, nampak daun seperti membentuk bulan sabit dan juga bintang. Kononnya macam bendera Malaysia. Hee.

Ubi Sayur, 4 December 2013
Ubi Sayur, 11 December 2013
Sweet Potato juga menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Pokok juga sudah mula memanjat pancang yang disediakan. Daun-daun matang juga semakin banyak namun ada daun yang mempunyai tompok-tompok hitam dipermukaannya. Kemungkinan besar daun dijangkiti kulat dan perlu dibuang sekiranya jangkitan bertambah teruk. Pancang asalnya adalah batang jagung yang di-repurpose-kan. Sweet potato expected to be harvested in February 2014.

Sweet Potato, 24 November 2013
Sweet Potato,11 December 2013
Yellow Cosmos pula semakin merimbun dan telah memenuhi bekas styrofoam. Masih lambat lagi sebelum berbunga. I'm expecting a lot of flowers at the same time. Hee.

Yellow Cosmos, 25 November 2013
Yellow Cosmos, 10 December 2013
Not much happening minggu lepas but I'm expecting minggu depan to be quite interesting. Sawi dan juga cherry tomato sepatutnya sudah boleh diharvest.

OK. That's all for now.

Monday, 25 November 2013

Sweet Potato - #2

Assalamualaikum.

Semalam tengok pokok sweet potato dah banyak daun sampai terkeluar dari bekas. So, ambik buluh buat pancang, then ajar pokok memanjat. Ikut suka hati saja. Hee.

For comparison, photo on the right taken on 18 November 2013 and photo on the right taken on 24 November 2013.

Sweet Potato, 18 November 2013
Sweet Potato, 24 November 2013

Dalam 6 hari pokok ini tumbuh dengan bersemangatnya. This is my first time planting these. The Mother cakap daun sweet potato sedap dimasak buat sayur. The Gartner tak pernah cuba. Kalau nak makan daunnya memang kena tunggu merimbun lah. Kalau tidak, potato entah ke mana, daun entah ke mana.

OK. More updates later. Thanks.

Friday, 22 November 2013

Sweet Potato - #1

Assalamualaikum.

Di dalam pasu kecil ini adalah anak pokok Sweet Potato. Ditanam dari potato yang bertunas di dapur. Asalnya batang dan daunnya kecil tetapi selepas dipindah ke dalam tanah, pertumbuhannya sangat pantas.
 
Sweet Potato, 6 November 2013

Seminggu kemudiannya pokok ini dipindah ke tong styrofoam untuk memberi lebih ruang untuk pertumbuhan dan pembentukan ubi. Pokok ambil masa 2 hari untuk sesuaikan diri dan pertumbuhan daun baru dapat dilihat selepas itu.

Sweet Potato, 18 November 2013
The Gartner akan teruskan update pasal sweet potato ini from time to time. Hopefully we could gain something from the sharing.