Monday, 6 January 2014

Weekend Harvest - 4 January 2014

Assalamualaikum.

Just to share some photo of my harvest for the last weekend. 

Alhamdulilah, setakat ini Backyard Garden masih agak produktif. Pokok cherry tomato terus menerus berbuah walaupun saiz buah ada yang semakin kecil. Harvest kali ini disertai sedikit kacang panjang dan juga sebiji terung. Hee. Terung belum besar sepenuhnya tetapi dipetik juga sebab terlalu banyak defect. The Gartner sempat juga petik sedikit bendi, cili besar, dan cili bara.

Weekend Harvest, 4 January 2014
Pokok Kacang Panjang Renek mula berbuah dengan lebat sampai The Gartner terpaksa pasang pancang untuk elak batangnya dari terlalu tunduk. Bekas pokok juga terpaksa ditinggikan untuk mengelakkan buah daripada terkena tanah. Lepas ni The Gartner nak cuba tanam dalam bekas yang tergantung pula.

Kacang Panjang Renek, 4 January 2014
Bekas pokok ditinggikan sedikit.
Ada 3 batang kacang panjang yang telah cukup besar jadi The Gartner petik sebelum menjadi terlalu tua. Kacang panjang yang baru dipetik rasanya sangat manis, boleh dimakan begitu sahaja. For me, pokok ini is a must for any edible garden sebab ianya mudah dijaga dan cepat memberi hasil. Just wondering adakah pokok ini terus menerus berbuah atau akan berhenti selepas beberapa pusingan berbuah. Hmm..I need to monitor on that.

Kacang panjang yang makin menggalak.
Kacang panjang yang telah cukup matang.
Pokok terung yang terbantut ini ada mengeluarkan bunga yang berwarna ungu. Hopefully bunga bertukar menjadi buah. Buah yang terbentuk sebelum ini The Gartner petik sebelum saiznya terlalu besar. Sebabnya - terlalu banyak defect - takut terlalu rosak beyond consumption. Kalau dibiarkan akan merugikan pokok kerana terpaksa allocate resources untuk buah yang tak boleh dimakan. The Wife pun ada tegur kenapa buahnya macam belum masak tapi dipetik juga.

Pokok Terung, 4 January 2014
Bunga Terung
Gambar di bawah ini menunjukkan defect yang paling ketara pada buah terung yang dipetik. Harap-harap isinya masih dalam keadaan baik.  Terung kalau sebiji macam ni nak masak macam tak berbaloi, baik dibakar sahaja dan makan dengan sambal belacan. Yumm.

Defect pada tangkai buah.
Defect pada buah terung.
Dan seperti biasa, The Baby akan menyibukkan diri nak makan apa yang telah diharvest. Kacang panjang pun jadi mangsa. Hee..memang tak pahit langsung sampai baby pun boleh makan macam tu saja. Hee.

The Baby, Arianna Batrisya, 4 January 2014 - Pemangsa Kacang Panjang Papa
OK. That's all from me this time. More coming later.

Thanks for reading.

For more photos of harvest from all over the world, visit Daphne's Dandelions, here.

7 comments:

  1. Assalam en.tarique,

    Lumayan harvest en.tarique ni,kagum!!.....baby Arianna Batrisya comel sangat makan kacang organic hasil tanaman papanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qistina,

      Alhamdulillah. Si Arianna ni semua benda dia makan..hee..

      Delete
  2. Tarique,

    Cherry tomatoes looks yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honey,

      Yup. Very yummy. Enak dimakan begitu saja. :)

      Delete
  3. Waaa...bagusnya The Baby, kecik2 lg dah pandai mkn ulam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa..dia memang suka makan benda manis-manis and masam-masam..saya layankan je laa..hee..

      Delete
  4. What a beautiful harvest!! Baby is very cute!

    ReplyDelete