Tuesday, 14 January 2014

Monday Harvest - 13 January 2014

Assalamualaikum.

Today, the Gartner nak berkongsi hasil tuaian dari Backyard Garden for the whole week (6 January - 12 January). Overall, yang berhasil sekarang adalah bendi, kacang panjang, cili bara dan juga cherry tomato. Hmm..nak kena start tanam pokok lain pula lepas ni. Walaupun tuaian harian tak banyak, tapi bila dikumpulkan kesemuanya, agak boleh tahan. The Gartner terlepas nak harvest on Friday sebab balik ke rumah agak lambat. Anyway, these are my harvest for last week.

Monday Harvest, 6 January 2014
Tuesday Harvest, 7 January 2014
Wednesday Harvest, 8 January 2014
Thursday Harvest, 10 January 2014
Saturday Harvest, 11 January 2014
Sunday Harvest, 12 January 2014
On Saturday, The Gartner cabut pokok sweet potato yang ditanam dalam bekas styrofoam dan dapat beberapa sweet potato yang masih sekolah a.k.a tak menjadi. Hee. Actually, the reason pokok dicabut adalah kerana daunnya yang seakan-akan diserang kulat dan bertukar kekuningan. The Gartner tak nak tak any risk so cabut kesemuanya dan korek sahaja ubi yang ada walaupun masih kecil. Cuma dapat 3 biji ubi yang boleh dipanggil ubi - yang lain tu panjang-panjang macam akar. Percubaan yang kurang menjadi, lepas ni cuba lagi.

Sweet Potato di dalam bekas styrofoam.
Sweet Potato yang terhasil.
Saiz sweet potato yang paling besar.
The other two sweet potatoes. Nak makan pun kesian..
Jadi, total harvest for this week adalah: Bendi - 18 biji, Kacang Panjang - 15 biji, Cili Bara - 23 biji, Cherry Tomato - 49 biji, Sweet Potato - 3 small ones.

During the weekend, The Gartner siapkan ruang untuk tanaman baru - probably timun mini dan juga kacang kelisa. Besen yang sebelum ini telah dilubangkan dah diisi dengan tanah. The Gartner plan nak tanam sedikit pudina dan juga chives. Tanam semuanya dalam satu bekas and hopefully tumbuh dengan cantik.

Raised bed masih lagi diterrorize oleh makhluk perosak. Ada sahaja anak pak choy yang dimakan setiap hari. Yang peliknya, daun-daun dimakan di waktu tengahari. Hari Sabtu seekor tikus berjaya diperangkap tapi besok harinya, daun masih dimakan juga. Rasa agak tercabar, so perangkap dipasang lagi dan harapnya dapat tangkap perosak tersebut. Nampaknya, nak kena semai semula pak choy dan kailan sebab yang tinggal semuanya dalam keadaan yang menyedihkan.

So, that's all for now. Sebelum itu - gambar pencuri hasil kebun yang tak sabar-sabar nak makan tomato. Hee.


Thanks for reading. Gardening Rocks!

6 comments:

  1. Tahniah Tarique, tuaian berterusan.. hasil pun cantik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Pedasdanmanis..Alhamdulillah..hasil berbudi kepada tanah.

      Delete
  2. lumayan hasil tuaian tu...tahniah...semuanye fresh2...

    ReplyDelete
  3. bestnya..byk hasil...geram tgk tomato tue...boleh bagi tips x pokok tomato cept berbuah...tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi muka petak petak,

      Saya rasa yg paling penting tanah kena banyak nutrient + tambahkan kompos selalu..bila pokok dah mula berbunga, semburkan dengan larutan epsom salt..saya ada berkongsi tips di sini - http://backyardgartner.blogspot.com/2013/12/cherry-tomato-6.html

      Delete