Friday, 22 November 2013

Cherry Tomato - #1

Assalamualaikum.

Inilah dia anak pokok cherry tomato. Benih diambil dari buah yang dibeli di pasaraya. Gambar ini diambil pada 26 September 2013. Sekarang pokok sudah besar dan mengeluarkan buah. Cuma menunggu buahnya ranum dan sedia dimakan.

Cherry Tomato, 26 September 2013

Benih agak mengambil masa untuk bercambah dan mula tumbuh. Jadi harus banyak bersabar semasa menunggu ia muncul. Pastikan anak benih tidak patah dan cukup kuat sebelum dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai.

1 comment: