Assalamualaikum.
Pada kali ini The Gartner would like to share beberapa langkah yang boleh diambil oleh rakan-rakan gardener untuk mengelakkan gangguan kucing di kawasan menanam anda. Kebiasaannya, kucing amat menggemari kawasan tanaman disebabkan tanahnya yang gembur dan tiada penghalang untuk tujuan melepaskan hajat. Kadang-kala, kucing gemar bermain-main dengan anak pokok yang baru tumbuh just out of curiousity. Kucing jenis ini perlu dijentik telinganya.
Disebabkan The Gartner sendiri tidak membela kucing, gangguan yang diterima selalunya datang daripada kucing jiran-jiran yang agak sambil lewa dengan tahap penjagaan kucing mereka. Bak kata pepatah, "Comel di rumah hang, berak di rumah aku". Perhatian..ini bukan kata pepatah sebenar, cuma kata-kata yang The Gartner lemparkan ketika berkonfrantasi dengan tuan punya kucing suatu ketika dulu. Hehee..
So, back to the topic. Cara-cara untuk mengelakkan gangguan kucing. Cara-cara yang dinyatakan di bawah adalah daripada pengalaman The Gartner sendiri. Ianya boleh dicuba tetapi keberkesanannya mungkin berbeza. Tak rugi pun kalau mencuba. Hehee.
1. Cucuk Kawasan Tanaman Dengan Benda Tajam
Ada gardener yang mencucukkan benda seperti pencucuk satay, sudu plastik, garfu plastik dan sebagainya untuk membuatkan kucing hilang minat untuk menganggu kawasan tersebut. The Gartner pun pernah mencubanya dan cara ini agak berkesan tetapi memerlukan bahan yang banyak sekiranya kawasan tanaman bersaiz agak besar. Benda yang dicucuk juga perlu diubah apabila tumbuhan mula membesar.
2. Sediakan Tempat Kucing Melepaskan Hajat
2. Sediakan Tempat Kucing Melepaskan Hajat
Ada gardener yang baik hati sanggup menyediakan tempat khas agar kucing yang bertandang dapat melepaskan hajat tanpa menganggu kawasan tanaman. Cara ini amatlah murni tetapi terhad kepada kucing yang datang bersendirian. Sekiranya mereka datang secara berkumpulan atau lebih dari seekor datang pada masa yang berlainan, masalah yang sama akan berulang. The Gartner juga pernah bersifat baik hati tetapi disebabkan gangguan yang berterusan, The Gartner bertukar ke cara yang ketiga pula.
3. Pindahkan Tempat Kucing Melepaskan Hajat
Cara ini pernah The Gartner gunakan semasa baru berpindah ke rumah di Kajang. Disebabkan kucing jiran lebih suka melepaskan hajat di rumah The Garther, apa yang The Gartner buat adalah mengangkat najis tersebut dan letakkannya di hadapan rumah tuan punya kucing. Kaedah ini memerlukan siasatan dijalankan terlebih dahulu untuk menentukan kucing tersebut kepunyaan siapa dan di mana letaknya rumah tuan kucing tersebut. Untuk lebih mujarab, pemindahan boleh dilakukan sambil diperhatikan oleh tuan punya kucing dan juga kucing itu sendiri.
Apabila melihat najisnya berubah lokasi, secara automatik kucing tersebuat akan register bahawa tempat melepaskan hajatnya telahpun berubah lokasi dan tidak lagi kembali ke lokasi sebelumnya. Insyaallah.
4. Menggunakan Petrol
From my observation bekerja di kawasan stesen minyak for the past few years, The Gartner perasan yang kucing selalunya tidak akan melepak di kawasan orang mengisi minyak kenderaan. So, The Gartner buat kesimpulan yang kucing tidak sukakan bau petrol. Untuk menghalau kucing yang datang, The Gartner curahkan sedikit petrol di sekitar kawasan yang diganggu oleh kucing. Cara ini agak berkesan tetapi mempunyai satu kelemahan. Bau petrol akan menghilang setelah beberapa lama dan proses ini perlu diulang semula. Petrol juga bersifat toksik dan menyebabkan tanah di tempat yang terkena curahan menjadi "mati". Therefore, The Gartner pun berhenti dari menggunakan cara ini.
5. Menggunakan Larutan Urin
Yupp. You read that right. Larutan urin atau air kencing juga boleh digunakan untuk menghindarkan gangguan kucing. Apa yang perlu dilakukan adalah memohon jasa baik suami atau anak anda untuk kencing di dalam botol berkapasiti 1.5L yang kemudiannya diisi dengan air sehingga penuh. Setelah itu, tuangkan larutan tersebut di sekitar kawasan menanam. Cara ini sebaiknya dilakukan sebelum penanaman dijalankan sekiranya anda berasa agak kurang selesa menggunakan larutan ini.
Just for your information, urin sebenarnya bersifat steril dan tidak mempunyai bakteria atau kuman di dalamnya. Disebabkan ianya kaya dengan nutrien, ia mudah bertindakbalas dengan bakteria yang ada di sekeliling dan bakteria ini akan memproses kandungan urin menjadi ammonia yang berbau menyengat.
Larutan yang anda sediakan tidak akan mempunyai bau yang ketara dan setelah disiram ke tanah, baunya akan hilang. Anda boleh mencubanya just to see the result. Sekiranya gangguan kucing masih berterusan, anda tidak perlu risau kerana larutan tersebut tidak bersifat toksik malah telah ditukarkan menjadi baja oleh bakteria yang berada di dalam tanah.
5. Menggunakan Produk Lain
The Gartner pernah ternampak produk untuk menghalau kucing dijual di Daiso. However, The Gartner tidak membelinya disebabkan gangguan kucing tidak lagi dihadapi. The Baby pula sudah mula berjalan pada ketika itu dan hobinya pula adalah bermain dengan kucing.
Kucing favouritenya pula adalah kucing jiran yang selalu berak di rumah The Gartner dahulu. Adoii. Atas sebab tersebut, kami (The Gartner & kucing) telah berdamai. Tiada lagi gangguan sekarang ini. Cuma kadang-kala The Gartner ada mendapat cenderahati yang The Gartner masukkan ke dalam tong kompos sebagai booster. Hahaa.
That's all for now. Anda boleh cuba cara-cara di atas and share it with me if it works.
Thanks for reading. Gardening Rocks!
Salam Traique,
ReplyDeleteKelakar pulak rasanya pendapat-pendapat tu haha. Dulu masa ada Snowy dia takde lah lepas hajat kat tanam. Dia lepas hajat kat kawasan tanah yang takde tanaman. Tapi sekarang Toby & Ben tak lepas hajat di luar rumah sebab dia ada litter box sendiri jadi tak jadi masalah untuk I lagi untuk pantau.
Yang I geramnya, kucing kucing kucing kucing kucing (ha tatau bape banyak kucing daaaa) selalu lepas hajat dia kawasan rumah I sebab rumah I corner lot jadi suka lah diaorang. Bukan saja kucing jiran I malah stray cats pun suka dok lepak kat porch kete tepi tu. Dia tak berak tapi kencing! Adoi.. satu lagi masalah.
Oh berbalik pada kucing jiran I tadi, dia selalu datang lepas hajat kat atas raised bed yang I baru buat tu! Mula-mula tutup kawasan tu dengan jaring tapi dia lompat dari atas! Dia panjat pagar and terus lompat ke dalam kawasan kebun tu! Tension betul I.. and now I dah buka jaring tu since tak boleh harap pon and biar kan dia masuk situ dengan rela hatinya. Habis sayur mati sebab diaorg. And now I biarkan raised bed tu kosong tanpa tanaman cuma tingga sepokok bayam merah tua untuk dapatkan benihnya.
I dah jumpa cara baru nak halang kucing-kucing tadi masuk ke dalam raised bed tu. Pacak besi empat penjuru then tutup dengan jaring sepenuhnya macam kelambu tu. Tapi belum buat lagi and harap kali ni menjadi lah.
Maaf, komen kali ni panjang sangat kikiki. Cuma nak share my experience dengan kucing JIRAN. :)
Salam Honey,
DeleteHahaa..hopefully lepas ni tak ada lagi gangguan kucing jiran..kalau ada juga terpaksa berkonfrantasi lah..hahaa..
cara yang ke3 tu paling menarik,,hehe
ReplyDeleteHehee..boleh cuba..InsyaAllah.
DeleteTq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
ReplyDeleteMungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau kucing berak merata ni. Lebih2 lagi bukan kucing kita sendiri, tapi kucing liar atau mendatang. Harap2 dapat selesaikan masalah semua.
Boleh cuba gunakan produk "Cat Repellent" dari Jepun ni. Produk ni bila letak akan keluarkan bau yang menyebabkan kucing tak selesa & lari.
Yang bukan sahaja murah & mudah tapi tak menyeksa binatang. Produk ni ada saya nampak di website ni
www.tenringgitshop.com
Selamat mencuba yer.