Assalamualaikum.
Pada hari ini The Gartner nak kongsikan 2 gambar yang The Gartner ambil beberapa minggu lepas. Gambar yang pertama adalah kebun di belakang rumah jiran di sebelah kiri. The Gartner pernah ceritakan sebelum ini yang tukang kebunnya adalah seorang wanita dari Indonesia yang bekerja di kawasan pembinaan berdekatan rumah The Gartner. Alhamdulillah, dari hari ke hari, pokok Ubi Kayu yang ditanamnya semakin subur.
Kebun jiran sebelah kanan, 11 August 2014 |
Gambar yang kedua pula adalah kebun di belakang rumah jiran di sebelah kanan. Setelah beberapa lama menunggu, jiran The Gartner yang berbangsa India ini juga ikut sekali berkebun. However, minatnya lebih kepada penanaman pokok yang berbunga. Sebelum ini kawasan belakang rumahnya sudah dibersihkan tetapi batas belum disediakan. A few days before this photo was taken, seorang saudaranya dari India datang dan both of them sama-sama mengerjakan tanah di belakang rumah ini untuk dijadikan kebun bunga.
Kebun jiran sebelah kanan, 11 August 2014 |
Thanks for reading. Gardening Rocks!
Salam Tarique,
ReplyDeleteWhoa! Nanti boleh buat masak lemak cili api pucuk ubi selalu. Minta aje pada Jiran Kiri. Kalau nak hias bunga dalam vase untuk meja makan minta aje pada Jiran Kanan. Alhamdulillah.. rezeki hahahaha!
Salam Honey,
DeleteAlhamdulillah..betoi jugak..lepas ni nak hasut Jiran Tengah tanam padi huma pulak..mana laa tau kan..hahaa..
waah nmpk nyer minat bekebun dah menular ke kiri kanan...rumah...hehehe....
ReplyDeleteSemakin lama semakin melarat..saya pun sekarang ni dari belakang dah menjalar ke depan rumah pula..hahaa,,
Deletewah makin mengeratkan silaturrahim la lps ni..masing2 pegang cangkul sambil sembang2 pasal kebun..hihi
ReplyDeleteHahaa..InsyaAllah..setakat ni belum lagi..masa berkebun agak berbeza..kalau ada kawan bersembang pun nice jugak..
DeleteSalam Tarique,
ReplyDeletePenyakit berkebun dah menjangkit ke kiri kanan nampak! Boleh buka kelab berkebun nanti tu - sembang2 kat belakang rumah sambil borak pasal pokok!
Salam Mak Aji,
DeleteTu laa..masing-masing pun berlawan nak tengok kebun siapa lebih berhasil..hopefully kedua-duanya bertahan..InsyaAllah..