Assalamualaikum,
Sekadar untuk perkongsian.
The Gartner terjumpa 5 biji laci yang diperbuat daripada kayu sebelum bulan Ramadhan yang lepas di tempat membuang sampah. Melihatkan keadaannya yang masih baik, The Gartner kutip kesemuanya dengan perancangan nak jadikan kesemuanya seakan-akan mini raised bed. However, disebabkan penyakit malas melanda sepanjang Ramadhan, kesemua laci-laci tersebut dibiarkan berpanas dan berhujan di hadapan rumah.
Balik saja daripada beraya di kampung, The Gartner terus sahaja mendapat semangat untuk menukarkan laci terbuang ini menjadi sesuatu yang berguna. Maka, instant raised bed seperti di dalam gambar di bawah pun terhasil. Hahaa.
Instant Raised Bed, |
Apa yang The Gartner buat hanyalah gabungkan 2 laci menjadi satu raised
bed yang bersaiz agak besar dan tinggi. Ada bahagian yang perlu dipaku
dan dicantumkan tetapi The Gartner biarkan dahulu sementara menunggu
sisa-sisa kebun yang The Gartner letakkan di dalamnya mereput. Pancang
juga perlu dipasang pada bahagian tepi laci untuk mengelakkan
kedudukannya berubah.
Sisa-sisa dari kebun dibiarkan mereput di dalam raised bed. |
Instead of making 5 small raised beds, The Gartner buatkan 2 sahaja supaya lebih banyak tanah boleh diisi ke dalamnya. So far, The Gartner belum ada perancangan untuk menanam apa-apa pokok di dalamnya. Bila sudah ready nanti The Gartner akan updatekan lagi.
Kawan-kawan juga bolehlah mencuba idea ini sekiranya ada terjumpa laci-laci yang terbuang di kawasan rumah anda. Adalah lebih baik barang-barang ini di-repurposekan daripada dibakar atau dibiarkan reput begitu sahaja. Hahaa.
That's all for now. Until laters.
Gardening Rocks!
bagus..3R..boleh jd patch tanaman,,kalau saya la mau tanam herba dalam tu,,hehe
ReplyDeleteCucubulat,
DeleteSaya pun bercadang nak tanam herba dalam tu..tapi sampai hari ini belum bertanah lagi..tak sempat nak ke nursery..hahaa..
Salam Tarique,
ReplyDeleteWah, siap sedia raised bed! Kalau Mak Aji jumpa pun Mak Aji ambik buat raised bed jugak!
Salam Mak Aji,
DeleteMurah dan mudah..ketuk-ketuk paku sikit siap..hahaa...kena cuba ni Mak Aji..hee..
Salam Tarique,
ReplyDeleteHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA nak tau tak? I pon ada dua laci tapi belum di isi dengan apa2. Laci tu I simpan since awal tahun haritu konon nak tanam something tapi sampai sekarang belum di isi dengan apa-apa lgi. Yeay! Ada gang!
Salam Honey,
DeleteHahaa..apa tunggu lagi..raised bed segera..saya pun tunggu nak dapatkan tanah je ni..
brilliamt the gartner...lps ni kalau ada org buang mmg nak p kutip. sekarang kutip polisterin ja. Asal free!!
ReplyDeleteAlhamdulillah..thanks Awin..sama laa saya..semua benda asal nampak saja mesti kutip..especially yang boleh digunakan untuk berkebun..hee..
Delete