Friday, 4 July 2014

Mini Cucumber - Percubaan Kedua

Assalamualaikum,

Gambar di bawah ini adalah pokok Mini Cucumber yang The Gartner tanam pada bulan May. Cubaan menanam Mini Cucumber kali pertama adalah di atas tanah dan ianya gagal. So, kali ini The Gartner cuba pula dengan menanam di dalam bekas 5L. 2 anak pokok dibiarkan hidup di dalam satu bekas dan dibiarkan menjalar di tepi pagar.

Mini Cucumber, 25 May 2014
Mini Cucumber, 3 June 2014
Selepas hidup selama satu bulan, pokok ini semakin membesar dan batangnya mula memanjat ke pagar. Bagi anak pokok yang jauh dari pagar, The Gartner sediakan pancang dan ikat batangnya dengan tali untuk ajar memanjat ke tempat yang sepatutnya.

Mini Cucumber, 23 June 2014
Pada pandangan The Gartner, pokok ini agak terbantut pembesarannya walaupun lebih baik daripada percubaan yang pertama. Mungkin disebabkan tanah yang kurang sesuai atau selalu dibiarkan kepanasan. Daunnya pula menjadi favourite kumbang kura-kura yang pernah The Gartner ceritakan sebelum ini dan juga kekabuh timun. So, dah menjadi rutin The Gartner setiap petang memburu 2 jenis serangga perosak ini untuk dipenyet. Nak ambil gambar pun tak sempat. Hahaa. Anyhow, disebabkan telah sampai masanya, pokok ini mula mengeluarkan bunga jantan dan bunga betina. Alhamdulillah.

Bunga betina pada Mini Cucumber.
Bunga pada pokok yang lain.
Tapi....sampai sekarang asyik berbunga sahaja. Tak ada buah yang melekat. The Gartner pernah cuba untuk mendebungakan sendiri tapi disebabkan masa yang terhad, plus tak tahu masa yang tepat bunga ini berkembang, maka tetap tak menjadi lah jawabnya. Sedar-sedar saja bunga dan buahnya sudah kering.

Sampai ke hari ini pun belum ada buah yang lekat. The Gartner sabar saja. Maybe bukan rezeki The Gartner lagi nak merasa Mini Cucumber ni.

That's all for now. Gardening Rocks!

2 comments:

  1. Good luck.. insyaallah ada yg menjadi nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks..saya masih menanti..belum ada lagi yang menjadi setakat ini..asyik kecut saja..hahaa..

      Delete