Monday, 12 May 2014

Lobak Putih & Black-Eyed Peas - 9 May 2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Lobak Putih yang The Gartner tanam sebelum ini membesar dengan baik. Dapat diperhatikan dalam tempoh lebih kurang 2 minggu, daun-daunnya semakin banyak dan juga bersaiz besar. Anak-anak siput masih lagi membaham daun-daun di bahagian bawah, tetapi the Gartner biarkan sahaja sebab masa yang boleh diluangkan di Backyard Garden sekarang sangatlah limited.

Lobak Putih, 24 April 2014
Lobak Putih,  9 May 2014
Kedua-dua pokok ini juga sudah mula menghasilkan lobak dan saiznya juga agak memuaskan. Mengikut apa yang The Gartner baca, lobak ini perlu dituai ketika masih muda supaya rasanya kurang pedas. Sebenarnya, The Gartner sendiri tak pernah makan lobak putih mentah so memang tak tahu rasanya macam mana. Lobak putih yang masin tu pernah laa makan tetapi kurang suka dengan rasanya. Hopefully yang ditanam sendiri ini lebih sedap. Hee.

Lobak Putih yang telah terbentuk di bahagian pangkal pokok.
Pokok Black-Eyed Peas yang berbuah buat pertama kalinya pada hujung bulan April sekali lagi berbunga dan berbuah. The Gartner rasa pokok ini sangat tahan lasak dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Walaupun hanya ditanam dalam bekas 5L dan selalu kekeringan, pokok ini tetap bertahan, mengeluarkan bunga dan berbuah. Alhamdulillah.

Black-Eyed Peas, 24 April 2014
Black-Eyed Peas, 9 May 2014
The Gartner perhatikan yang seed-pod kali ini muncul di bahagian atas pokok. Seed-pod yang sebelum ini muncul di bahagian bawah yang matang lebih awal. So, mungkin The Gartner akan biarkan dulu dan perhatikan sekiranya pokok ini boleh berbuah untuk batch yang ke-tiga.

Seed-pod batch ke-dua yang terbentuk pada pokok Black-Eyed Peas.
So, setakat ini sahaja buat kali ini. The Gartner akan sambung berkenaan pokok lain pula di post yang seterusnya.

Thanks for reading. Until laters. Gardening Rocks!

5 comments:

  1. Assalam en.tarique,

    pokok black eyed peas tu pokok kacang macam mana en.tarique? buah dia hitam ka?

    kalo lobak putih mak mertua saya masak lemak putih,dia akan rebus dulu lobak tu untuk kurangkan bau hamis lepas tu baru masak dengan kepala sayur lobak tu sekali. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Ibu Qistina,

      Buah dia macam dalam post saya sebelum ini:

      http://backyardgartner.blogspot.com/2014/04/benih-kangkung-black-eyed-peas.html

      Yumm..masak lemak..Insyaallah, saya akan cuba..daunnya boleh dimakan tak? Nampak macam sedap..

      Delete
    2. Boleh en.tarique,

      saya ada baca dalam posting en.is tanam sendiri. sedap daun dia. :)

      http://www.tanamsendiri.com/2012/12/tuaian-hari-ini-lobak-kampung-lobak.html

      ''Lobak kampung adalah antara sayur yang semua bahagian daripada pokoknya boleh dimakan. ''

      Delete
  2. salam en tarique;
    berapa lama lobak putih tu berisi mcm tu...seronoknye tgk....dah tuai ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Saya belum tuai lagi ni..pokok umur lebih kurang sebulan..

      Delete