Wednesday, 14 May 2014

Mulberry at My Frontyard - 25 April 2014

Assalamualaikum.

The Gartner ada satu pokok mulberry yang ditanam di laman hadapan rumah. Kali terakhir pokok ini berbuah dengan banyak adalah dalam bulan February. Selepas itu, hanya daun yang banyak tumbuh. Jadi, The Gartner pangkaskan apa yang patut dan cucuk batangnya yang telah dipotong ke dalam tanah untuk menghasilkan lebih banyak pokok mulberry.

Alhamdulillah, selepas dipangkas, tunas baru mula keluar bersama buah mulberry yang lebih banyak daripada sebelum ini. Disebabkan The Gartner sebenarnya tak ada skill memangkas, hanya hentam sahaja, the Gartner rasa agak excited sebab dah terbayang pokok mulberry yang merimbun dan padat. Ternampak di Facebook, ada seorang gardener yang mempunyai pokok mulberry setinggi pokok jambu batu dan buahnya bermangkuk-mangkuk sekali tuai.

*Kesemua gambar ini diambil pada 25 April 2014.

Putik mulberry yang terbentuk pada dahan yang baru.
Dua dahan baru muncul dari batang mulberry yang telah dipangkas.
Selain itu, ada juga buah-buah mulberry menunggu ranum pada batang yang lebih awal dipangkas. Saiznya pula agak kecil disebabkan kurang dibaja. Since putik-putik buah semakin banyak pada pokok ini, cepat-cepat The Gartner taburkan baja banyak-banyak supaya buahnya gemuk-gemuk. Hahaa..

Putik buah mulberry.
Buah mulberry yang sudah hampir masak.
Alhamdulillah, daripada keratan batang yang The Gartner cucukkan ke dalm tanah sebelum ini, 5 anak pokok mulberry sudah terhasil. The Gartner sendiri belum ada perancangan untuk memindahkan anak-anak pokok ini ke mana-mana. Mungkin juga dipindahkan ke dalam polibeg dan menunggu sesiapa yang berminat untuk mencuba menanam mulberry.

Walaupun pokok mulberry ini boleh ditanam dengan menggunakan keratan batang, masa yang agak lama diperlukan sebelum tunas baru muncul pada batang yang dicucuk ke dalam tanah. Dari apa yang The Gartner perhatikan, ia mungkin mengambil masa dari 2 ke 3 minggu. Setelah itu, 1 atau 2 minggu diperlukan untuk pokok menjadi stabil dan mengeluarkan daun yang kekal. 

Keratan yang The Gartner cucuk ke dalam tanah mempunyai sekurang-kurangnya 3 mata tunas. Just in case satu mata tunas tak menjadi, ada lagi dua mata tunas. Kalau tiga-tiga sekali tak jadi, mungkin ada masalah berkenaas kekurangan air, cuaca yang terlalu panas, atau tanah yang salirannya kurang baik.

Anak pokok mulberry yang terhasil dari keratan batang.
That's all for now about the mulberries. The Gartner akan updatekan lagi in the future.

Thanks for reading. Gardening Rocks!

No comments:

Post a Comment