Wednesday, 7 May 2014

Tomato Cherry Red - 5 May 2014

Assalamualaikum.

Kali ini The Gartner nak updatekan pasal pokok Tomato Cherry Red yang sudah mula berbuah sejak 2 minggu lepas. Sekarang ini my main focus adalah memastikan pokok-pokok ini sihat dan membesar dengan jayanya sampailah dapat merasa buahnya yang pertama. Masalah yang paling utama adalah memastikan pokok cukup air memandangkan sekarang ini cuaca panas sudah mula kembali.

Minggu lepas, angin kuat yang datang sebelum hujan lebat menyebabkan satu dahan pada pokok Tomato Cherry Red yang sedang berbuah patah. The Gartner rasa agak kecewa sebab tak betul-betul ikatkan dahannya pada pancang. Tapi, mungkin satu dahan yang panah ini sebenarnya peringatan supaya dahan lain juga dipancang baik-baik, so The Gartner settlekan kesemuanya sekali. 

Tomato Cherry Red, 29 April 2014.
Dahan pokok Tomato Cherry Red patah dibadai angin.
Dahan yang patah itu The Gartner cucukkan ke dalam tanah and hopefully bleh terus hidup menjadi sebatang lagi pokok tomato. Ada orang kata pokok tomato ini tak boleh dibiakkan secara keratan batang, tapi hentam sajalahh..

Seminggu selepas itu, dahan yang dicucuk ke tanah The Gartner perhatikan yang daunnya masih tidak layu dan putik bunga yang baru mula kelihatan. Bila diperiksa, rupa-rupanya, akar sudah mula keluar dari bahagian pangkalnya. Alhamdulillah.

5 May 2014 - Pokok Tomato Cherry Red yang ditanam dari batang yang patah.
5 May 2014 - Akar mula keluar dari pangkal dahan tomato yang dicucuk ke dalam tanah. 
Hopefully pokok ini terus berbuah juga macam induknya. So, bolehlah mencuba kalau nak menanam tomato dari keratan batang. Insyaalah, menjadi..hee..

OK. That's all for now.

Thanks for reading. Until laters. Gardening Rocks!

2 comments:

  1. Dahan yang patah pun InsyaAllah keluar pucuk-pucuk baru nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah..setakat ini hanya keluar putik bunga dan beberapa helai daun baru..

      Delete