Wednesday, 28 May 2014

Backyard Garden Update - 25 May 2014

Assalamualaikum.

Sudah agak lama The Gartner tidak updatekan mengenai Backyard Garden secara keseluruhannya. Kebanyakan post sebelum ini adalah berkenaan tumbuhan tertentu sahaja. So, kali ini let's put down some notes about what is happening at my Backyard Garden sekarang ini.

Sejak kebelakangan ini, masa yang diluangkan di Backyard Garden semakin berkurangan disebabkan berbagai-bagai perkara. So, The Gartner hanya tumpukan pada Cherry Tomato yang sedang berbuah kerana nak make sure dapat merasa buahnya sebelum apa-apa terjadi kepada pokok. Disebabkan itu, bahagian lain semuanya terabai and now my backyard is a little bit "dead".

Backyard Garden, 25 April 2014
Backyard Garden, 25 April 2014
Agak bosan bila melihat kurangnya tumbuhan untuk diobserve so The Gartner mula semai beberapa benih pokok seperti Kangkung, Mini Cucumber, Sweet Basil, Wild Capsicum dan Sweet Pepper. Dan of course, yang tak pernah dilupakan - cherry tomato. Kali ini The Gartner semaikan dari varieti Sungold dan juga Yellow Pear. Insyaallah, moga-moga semuanya menjadi.

Di bahagian raised bed, ada pokok kunyit yang tumbuh secara tiba-tiba, probably daripada rizom yang tertanam sebelum The Gartner set up raised bed ini. Disebabkan tak ada pokok lain yang nak ditanam, The Gartner biarkan saja dahulu.

Raised Bed, 25 May 2014
Pak Choy yang ditanam di raised bed ini juga mula menunjukkan tanda-tanda kemerosotan selepas dituai berkali-kali. Banyak yang mula menjadi layu dan rosak pada bahagian akar. Selepas ini, The Gartner akan cabut kesemuanya, rehatkan bahagian ini sebentar dan kemudiannya tanam semula.

The Gartner semaikan another part of the raised bed dengan benih kangkung yang pernah The Gartner ceritakan sebelum ini (click here to read). Selepas 2 3 hari, anak-anak kangkung pun muncul dari permukaan tanah. Apa yang The Gartner suka adalah benih kangkung ini saiznya agak besar jadi ianya lebih mudah survive berbanding benih yang kecil seperti benih sawi. I am not very good at germinating seeds so bila dapat benih macam benih kangkung ini memang best lahh. Hee.

Pak Choy yang semakin susut.
Anak Kangkung yang disemai dari benih.
Anak Mini Cucumber juga sudah mula mengeluarkan daun. Insyallah, kali ini The Gartner hanya akan tanam di dalam bekas 5L ini sahaja disebabkan percubaan menanam di atas tanah gagal sebelum ini. So far, keempat-empat anak pokok dalam keadaan baik. More updates later.

Mini Cucumber, 22 May 2014
Mini Cucumber, 25 May 2014
Ini adalah dua pokok Lobak Putih, baki daripada apa yang telah diharvest sebelum ini (click here to read). Mungkin kedua-duanya akan bersedia untuk dituai dalam masa 2 minggu lagi.The Gartner hanya biarkan sahaja both of them dalam bekas ini walaupun tanahnya semakin hari semakin susut.

Lobak Putih dalam tong styrofoam, 25 May 2014
Selain daripada itu, there's nothing much happening. Except, these little bugs yang membuatkan hidup The Gartner bertambah "ceria". Ini adalah larva kumbang kura-kura (ladybird) yang hobinya adalah makan daun pokok tomato. Yang bestnya, daun yang sudah dimakan pula akan menjadi buruk dan kemudiannya kering. Hahaa. Memang best sangat. Ia juga suka bersembunyi bahagian bawah daun dan membuatkan kita rasa seronok mencari-carinya untuk dibelai dan dimanja. Cara bermanja yang paling sesuai dengannya adalah dengan membiarkannya mandi air sabun dan bersantai di bawah tapak selipar. The Gartner akan updatekan berkenaan larva serangga ini pada kesempatan lain. Insyaallah.

Larva kumbang kura-kura pemakan daun pokok tomato. Nice!
OK. That's all for now.

Thanks for reading. Until laters. Gardening Rocks!

2 comments:

  1. Assalam en.tarique,

    sedikit pertanyaan,kenapa tanah tu berlubang2.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qistina,

      Tanah tu saya cucuk-cucuk dengan kayu so air tak bertakung. Hujan tiap-tiap petang sekarang ni so tak sempat nak menggembur tanah..so cucuk saja lahh..hee..

      Delete