Thursday, 10 April 2014

Backyard Garden Update - 6 April 2014

Assalamualaikum.

Sudah hampir sebulan The Gartner tak update apa-apa di blog disebabkan oleh beberapa sebab.

Firstly, disebabkan cuaca panas yang berpanjangan di Kajang sampaikan most of the plants layu memanjang dan The Gartner sendiri takut nak menyemai anak benih baru sebab nanti semuanya mati kekeringan.

Ke-dua, most of the plants di Backyard Garden still dalam proses pembesaran, banyak daun dan bunga sahaja, buah belum menonjolkan diri - so berehat sekejap and let them grow.

Third, The Baby dah pandai jalan. Bila dibawa ke balakang rumah saja, semua benda nak dipegangnya. Terbaring dalam longkang sudah dua kali - so The Gartner terpaksa limitkan masa dan cuma berkebun bila The Wife ada.

Ke-empat, sibuk dengan kerja yang semakin bertimbun-timbun. Last week audit ISO dan OHSAS telah dilalui dengan jayanya so sekarang sudah ada masa untuk put everything back into the blog.

Walaupun sibuk, The Gartner still spend time everyday menjenguk blog kawan-kawan as a silent reader. Memang dasyat, yang terrer sudah semakin terrer, yang beginner dah jadi terrer.

OK. Since hujan sudah mula turun and I'm back into the garden, let's share some stories.

Inilah pemandangan di Backyard Garden taken on 6 April 2014. Pokok yang sama sahaja cuma ada beberapa penambahan. The Gartner sempat buang rumput-rampai yang ada a few days before this jadi pemandangannya tidaklah terlalu menyakitkan mata. Sebelum ini memang semak.

The Backyard Garden, 6 April 2014
The Backyard Garden, 6 April 2014
Sayur-sayuran di raised bed membesar dengan jayanya semenjak hujan mula turun. Alhamdulillah. Setakat ini belum putus bekalan pak choy dari raised bed. Mungkin juga tak putus sebab The Gartner pun jarang petik dan suruh The Wife masakkan. Hahaa. Anyway, semuanya sihat dan segar.

Overview Raised Bed, 6 April 2014
Pak Choy, 6 April 2014
Kobis Cina yang The Gartner tanam sebelum ini, salah satu darinya membesar bagaikan juara. Memang seronok melihatkan kadar pembesarannya yang pantas. Tapi - tak nampak macam kobis pun. Memang Kobis Cina ke ni? Mana kobisnya? Saya pun blank. Daunnya mempunyai banyak bulu. From my experience, tak pernah lagi makan kobis berbulu. Aduii..

Kalau sesiapa ada info, mohon sedikit pencerahan sayur jenis apakah ini? Hee..

Kobis Cina?
Daun yang gemok-gemok dan berbulu-bulu.
Pokok Kacang Panjang Renek yang The Gartner tanam bersama-sama pokok tomato sebelum ini sudah mula berbunga dan berbuah. Actually, The Gartner sendiri tak makan sangat kacang panjang ni. So, The Gartner biarkan buahnya tua sedikit, kemudian picit keluar kacang-kacangnya dan masukkan dalam bubur The Baby. Kulitnya pula The Gartner potongkan kecil-kecil dan jadikan sebagai mulching.

Kacang Panjang Renek yang mula berbunga.
Kacang Panjang Renek yang sudah berbuah.
Pokok Black Eyed Peas yang tumbuh sebelum ini juga sudah mula berbunga. Hopefully by next week The Gartner boleh kongsikan gambar buahnya pula. Gambar benihnya pula ada di bawah. Kalau tersalah nama mintak tolong betulkan ye.

Black Eyed Peas, 6 April 2014
Bunga pada pokok Black Eyed Peas.
Benih pokok Black Eyed Peas.
Apart from that, The Gartner cabut keluar bawang putih yang ditanam di atas raised bed sebelum ini to make room for other plants. Dapatlah beberapa bulbs yang fresh. Bolehlah kalau dipotong kecil-kecil dan dimasukkan dalam masakan. Sweet potato yang ditanam dalam bekas styrofoam juga dicabut. The Gartner cuma dapat 3 ubi yang kecil. Hahaa. Nak makan pun tak sanggup.

Bawang Putih kecil-kecilan.
Sweet Potato kecil-kecilan.
Anyway, dalam bekas yang dah kosong itu The Gartner semaikan benih Lobak Putih. Alhamdulillah, lepas 2-3 hari sudah ada benih yang bercambah. 

Benih Lobak Putih yang sudah mula bercambah.
So, rasanya itu sahaja buat kali ini. Ada banyak lagi yang The Gartner nak share tapi simpankan dulu untuk kesempatan seterusnya.

Until later. Thanks for reading.

Gardening Rocks!

6 comments:

  1. Salam Tarique,

    Wah meriah pak choy dia tu.

    ReplyDelete
  2. Assalam en.tarique,

    lama tak dengar berita rupanya kesibukan kerja keluarga,kejap je the baby dah berjalan. :)

    Saya pun kurang dah sikit aktiviti gardening sbb musim panas kering,takut nanti menyemai banyak yang mati hati pula kecewa. Tp pak choy en.tarique sangat tempting. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qistina,

      Agak sibuk dua tiga menjak ni..sekarang hujan dah mula turun..boleh aktif balik nih..hee..

      Delete
  3. Salam, semoga 'dry spell' yg keluar kat akhbar tu x dtg ke Malaysia bln depan. Saya rasa seronok tengok hasil2 tanaman En. Tarique - tempting me to try container gardening.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En. Ismail,

      Hopefully 'dry spell' tu tak menjadi..kesan dari 'dry spell' sebelum ini pun masih belum recover sepenuhnya..you should try it..best woo..hee..

      Delete