Friday, 25 April 2014

My Cherry Tomatoes - 24 April 2014

Assalamualaikum.

The last time The Gartner updatekan pasal Tomato Cherry Red is on the 8 March 2014, sudah hampir sebulan lebih berlalu. Currently both Tomato Cherry Red dan Tomato Cherry XX sudah mula berbuah. The Gartner sendiri sudah lupa which one is which one sebab semuanya nampak serupa. Mungkin akan nampak perbezaannya apabila buahnya sudah mula membesar dan masak.

Actually benihnya The Gartner ambil daripada buah yang dibeli di Jaya Grocer, Bandar Baru Bangi. Nama varietinya yang tepat is not indicated on the packaging so Tomato Cherry Red je lah namanya.

Sekarang ini buahnya masih kecil lagi dan kadar penghasilan buah juga masih rendah. 

Tomato Cherry Red, 8 March 2014
Tomato Cherry Red, 24 April 2014
Mengikut perancangan awal, The Gartner cuma nak tanam 2 pokok dalam bekas ini tetapi disebabkan kekurangan bekas, 4 pokok dimasukkan dalam satu bekas. Alhamdulillah, 3 daripada 4 pokok sudah mula berbuah. Memang sangat excited bila ternampak buah yang pertama selepas menunggu beberapa lama. Sebelum ini semuanya hanya galak bebunga tetapi tiada buah yang menjadi.

Memang boleh nampak pada tangkai buah yang pertama di sebelah kiri that all the other flowers dah luruh. Mungkin keadaan yang terlalu panas 2 3 minggu lepas menyebabkan bunganya gugur. Kalau dapat setangkai macam the first cherry tomato dulu (click here to read) for sure akan rasa lebih best. Hee.

Buah yang baru terbentuk.
Buah-buah lain pada pokok yang sama.
Dua anak pokok yang ditanam dalam bekas 20L juga sudah tinggi melampai. Daun-daunnya juga lebih merimbun. Currently, kedua-dua pokok belum lagi menghasilkan buah. So, kena sabar sikit dan continue to observe.

Tomato Cherry Red, 8 March 2014
Tomato Cherry Red, 24 April 2014
The Gartner juga ada tanam 2 pokok di dalam tong styrofoam yang sebelum ini ditanam dengan tomato besar. Alhamdulillah, kedua-dua pokok ini juga sudah mula berbuah.

Tomato Cherry Red dalam tong styrofoam, 24 April 2014
Looking at the overall fruiting of the tomatoes, The Gartner rasa it improves memandangkan hujan sudah mula turun di kawasan Kajang and the temperature is more accommodating for the plants to set fruits compared to the previous weeks. Sebab itulah buah di tangkai yang lebih tua kurang buahnya compared to tangkai yang lebih muda.

Tangkai buah pertama pada pokok ini.
Tangkai buah kedua pada pokok yang sama.
So, now the target adalah make sure buah menjadi dengan jayanya. Selagi belum merasa buah yang pertama, kenalah jaga baik-baik kesemuanya. Haha.

OK. That's all for now.  Thanks for reading. Gardening Rocks!

2 comments:

  1. wow,impressive la en.tarique......jaga elok2......karang merajuk pulak tomato2 tu kalo tuan dia x jaga. x pasai2 terjun ke tanah sebelum usia....keke (gurau je ya en.tarique)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu Qistina..kalau dia terjun ke tanah sebelum usia, menitis air mata laa saya..hahaa..

      Delete